Tuesday, September 30, 2014

Selamat tinggal September 2014

Salam sejahtera semua..

Seperti sedetik waktu...
rasa baru semalam 1 september
hari ini telah 30 hari diharungi

moga Allah memudahkan segalanya..
memohon agar kejayaan sentiasa seiring detik waktu
agar tidak jemu
agar sentiasa istiqomah

terima kasih Allah
kerana sentiasa mendengar rintihan dan harapan
biar diri ini sering alpha....


 

Spaghetti Aglio Olio

Salam sejahtera semua,



pagi pagi dah tayang gambor makanan.
tak apalah kan..
selera memang hari-hari berubah.
kalau semalam, rasa nak makan nasi ayam..
kelmarin rasa nak makan rojak mamak..
hari ni seleranya nak makan spaghetti  pulak..

sayapun bukannya pandai sangat masak.
lebih-lebih lagi yang western.
agak-agak je. tengok resepi kat en. gugel, mana yang ada bahan di rumah.. masak je..
kata orang, main campak campak..
janji sedap. cukup asam garam
dan habis dimakan.

ok. hingga jumpa lagi..
chow chin chow !

Monday, September 29, 2014

Hari kopi antarabangsa

Salam sejahtera semua..

Hari ni 29 hb September 2014 adalah hari kopi antarabangsa..
Semua pun suka minum kopi. Tak kira lah kopi O atau kopi susu ... panas atau sejuk...
Masa saya dalam pantang.. kopi adalah minuman wajib...
tak tau kenapa dan tak pasti apa rahsianya..
tapi.. masa saya mengandungkan anak ke dua... saya memang hantu kopi... sudahnya dapat anak gelap.. hahaha
eh! itu mitos je..
apa-apapun... kopi adalah salah satu feberet saya...
:)

Bermulanya Penilaian Akhir Sem 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Salam sejahtera semua,

Hari  ni mulanya  Penilaian Akhir Sem 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi pelajar Kolej Vokasional (rintis) se Malaysia.

InsyaAllah dengan amanah yang diberikan.. sebagai Ketua Pengawas.. akan melaksanakan segala tugas dengan komit.
Tapi hari pertama dah buat hati rasa bengang..
kalau disenaraikan.. banyak sangat..
tapi.. simpankan saja dalam hati..
biarlah belajar bersabar dan bekerja penuh integriti dan mendoakan agar semua nya dipermudahkan.

Semoga semua anak didik dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik dan lancar..

All the best!



Hari ni paper Bahasa Arab, Bahasa Cina, Control System dan Industrial Switchboard.

Sunday, September 28, 2014

Kerabu pucuk paku bersama taugeh dan kerang

salam sejahtera semua,

hari minggu ni lewat update blog sebab baru nak berehat selepas 6 hari bekerja... dah nak malam baru sempat. kerja-kerja di rumah kena buat juga.. sejak dua menjak ni, jarang sangat masak di rumah. Anak-anak dan suami request juga masak itu ini... tapi sudahnya makan di luar juga..hari ni masak juga lah.. nasi ayam  untuk nurul dan izham... gulai pucuk ubi dan telur ayam untuk suami. bertambah-tambah makannya... hihi

Tapi malam ni bukan nak share resepi nasi ayam atau gulai pucuk ubi tu... tapi nak share resepi kerabu pucuk pakubersama taugeh dan kerang..
jom!

Bahan-bahan:
  • kerang 1/2 kilo
  • pucuk paku 2 ikat
  • taugeh  50 sen
  • segenggam udang kering
  • kerisik dan setengah cawan santan [diperah dengan air suam dari setengah biji kelapa]
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 biji cili api
  • sebiji limau nipis diambil airnya
  • garam secukup rasa
Cara buat:
  1. rebus kerang dan keluarkan isinya.
  2. celur taugeh dan tapiskan.
  3. celur pula pucuk paku. Pastikan air mendidih panas baru masukkan pucuk paku. [kalau air tak mendidih, pucuk paku akan lebam] tapiskan.
  4. tumbuk cili api dan udang kering yang telah disangai.
  5. hiris halus bawang kecil.
  6. dalam bekas menggaul, masukkan kerisik, santan, cili, udang kering, bawang kecil dan garam. gaul hingga sebati. masukkan garam secukup rasa dan air perahan asam limau. 
  7. akhir sekali gaulkan pucuk paku bersama taugeh dan kerang.

Selamat mencuba.

Saturday, September 27, 2014

Pemenang selfie~wefie merdeka kvsm

Salam sejahtera semua..

Ingat tak entry saya tentang selfie~wefie merdeka kvsm?


ok ok.. sebab dah selesai sambutan bulan merdeka..
dengan ini diumumkan pemenangnya..
pelajar saya dah dapat hadiahnya..
hadiahnya monopod [untuk 2 hadiah utama], keychain dan wang tunai...

Tahniah untuk semua pemenang.
kat sini saya tayang gambor yang dikirimkan pemenang no 2 dan 1...


 yang ni pemenang tempat ke dua.
pemenangnya ialah Syazwan Salim...
bagus sangat picture ni sebab guna kerusi instead of monopod..
hahaha



ok.. 
ni pemenang tempat pertama..
penyertaan dari Rasyidah Nadzri
eh! macam iklan gigi pulak kan kan?

pelajar saya ni kreatif.. tapi pemalu hehe..

Kenapa black out?

Salam sejahtera semua

Pukul 230 pagi semalam rumah saya black out...
Dah kepanasan dan berpeluh hingga pagi..

"Alamak... hari sabtu ada LADAP.. baju tak gosok lagi"
"Tak apa.. harap pagi esok ada la letrik tu..."

Ermmm.. tunggu sampai jam 6 pagi... masih gelap.. hanya ada cahaya lilin.. huhu
sampai hampir 8 pagi...
sudahnya cari baju dan tudung yang tak perlu gosok




entah di mana silapnya..
rumah jiran semuanya terang benderang..
nasib baik dapat suami yang pakar letrik..
tapi kena tunggu sampai selesai LADAP dan urusan lain..
hampir 3 ptg.. baru ok...
tq darling.. :)

Aku, LADAP dan Frog-vle

Salam sejahtera semua,

Dah nak jam 12 tengahari. Perut pun dah kenyang.. Jamuan bihun sup. Tadi dah dengar "ceramah" dari BSN..
Macam biasa.. dengar nak suruh daftar utk kredit card... buat personal loan..

sekarang ni taklimat tentang frog VLE.. Mungkin sekolah lain dah lama dengan benda ni... hahaha



inilah antara hasilnya..
dah ada account sendiri.. dah ada account utk ibubapa..
lepas ni kena explore sendiri pulak..

Aku, Sabtu dan LADAP

Salam sejahtera semua,

hari ini Sabtu... tidak bercuti..
Hadir ke tempat kerja untuk menghadap LADAP..
LADAP ~ Latihan dalam Perkhidmatan.

Pagi lagi.. LADAP pun belum bermula..

Sekadar membaca notis tentatif program yang dikatakan akan bermula jam 830 pagi dan berakhir pada 1230 tengahari..
Kalau dilihat aturcara.. mungkin akan menambahkan ilmu..
jangan pula menambahkan waktu dengan kebosanan...
think positive!

sama-sama tunggu...


Friday, September 26, 2014

Sedapnya sate

Salam sejahtera semua..

Semua orang suka makan sate. Kalau yang tak suka tu mesti dah tersangat jemu...

Sate adalah makan sarapan pagi buat orang Muar. Selain makan mee bandung Muar. Macam pelik je kan.. tapi itu memang hakikatnya.

Saya juga suka makan sate. Sejak kecil, arwah abah selalu beli sate bila dapat gaji.. hehe..
Arwah abah suka sate perut.. Tapi sekarang ni susah nak dapat sate perut. Biasa sate ayam atau sate daging lembu..

Sate kat foto ni saya makan masa saya bermalam kat hotel New Regent, Alor Setar.. Kalau tak silap harganya RM1 secucuk. Masa tu ada promosi makan sate... ok la rasanya...


Makan sate mesti makan dengan timun atau bawang untuk menghilangkan toksik yang terhasil apabila sate dibakar...

ke Restoran Hj Midin Murtabak

Salam sejahtera semua..

Tiap petang lepas habis kerja jam 5, memang saya dan suami akan terus ke kedai makan untuk minum petang sekaligus makan malam. So, bila balik ke rumah.. dah tak masak la jawabnya..

Memang sekarang ni sangat letih dengan urusan kerja di kolej. Markah pentaksiran berterusan mesti diserahkan ke Unit Penilaian dan Pentaksiran secepat mungkin untuk urusan pelarasan markah... Masalahnya sikap segelintir pelajar yang langsung tidak ambil endah. 14 minggu pengajian, pastinya pensyarah akan memberikan kuiz, tutorial dan tugasan. Malangnya pelajar yang suka ponteng kuliah dan tidak mahu mengambil endah, suka-suka hati datang pada minggu 14.. minggu akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.  Inilah dilemma yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan yang terpaksa melayan kerenah pelajar yang suka bersikap "last minutepun boleh lulus"

Geram betul...

Tetapi itulah senario pelajar sekarang. Mereka lebih suka bekerja sepenuh masa dan menjadikan  belajar itu sebagai "part time".

Hari ni saya ajak suami dan anak-anak ke kedai mamak....
kerana Tension.... makan je ubatnya.. hahaha




Wednesday, September 24, 2014

Kalau aku jadi pengarah! haha......

Salam sejahtera semua.


Hahaha.. memang berangan.. kes berangan la ni.

Kalau.. kalau.. kalau je...

he he he..

Tak salah berangan kan?


Tuesday, September 23, 2014

UPSR 2014..... bocor lagi

Salam sejahtera semua..

Tak tau nak ulas bagaimana..
Selepas kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 disahkan bocor, timbul pula kenyataan mengatakan kertas Matematik dan Bahasa Tamil pula bocor..

Tidak mengerti kenapa ada manusia yang sanggup berbuat demikian..

Menjadi mangsa ialah anak-anak yang mengambil peperiksaan tersebut. Pastinya pelbagai rasa yang dirasai sekarang. Menanti tarikh 30 September dan 9 Oktober 2014 untuk peperiksaan ulangan... juga suatu yang menyakitkan...

Apa juga keadaan.. semua pihak kena tabah dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.. InsyaAllah semuanya akan dimudahkan..

All the best to UPSR candidates..


Sunday, September 21, 2014

Esok sekolah

Salam sejahtera semua..

Esok, Isnin 22/9/2014 akan bermula sekolah selepas bercuti seminggu.
Bagi anak-anak yang tinggal di Johor, Kelantan dan Kedah.. dah mula bersekolah hari ini Ahad..

Selepas bercuti... tentunya sesi persekolahan ini bukan untuk ber"main-main" lagi... peperiksaan sedang menunggu... Sama ada peperiksaan besar.. UPSR, PT3 ataupun SPM, STPM... peperiksaan akhir tahun juga menanti.

Semoga anak-anak akan terus istiqomah dengan sesi persekolahan..
Mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu
mudah-mudahan berkat ilmu di dada
anak-anak bakal mengemudi negara Malaysia suatu hari nanti...
InshaAllah..


Wednesday, September 17, 2014

Sebelum bercuti...

Salam sejahtera semua..

Oh! Oh! Hari ni dah Rabu. bermakna dah 5 hari cuti sekolah berlalu... Tapi saya tidak bercuti sebab kolej vokasional tidak bercuti.. ermmm...

Anak-anak bising..
"Mak, bila nak bawak kami pegi jalan-jalan?"
"Hari-haripun berjalan.. hari-hari bawak pegi pasar malam, makan kat luar, jalanjalan ke Lumut.."
Tak apa.. nanti kita pegi tengok abang wan.."

haaa.. kesian anak-anak.. walaupun yang di rumah tu tinggal berdua je..
tapi saya boleh ambil cuti. Lagipun encik suami ada hal ke Perlis..
"nak ikutlah!"

tapi sebelum bercuti, harus pastikan semua siap... kerja yang ada "dateline". Kuliah yang ada di"tukarganti" dengan pensyarah yang lain. Rumah juga harus dikemaskan... Barulah dapat bercuti dengan senang lenang...

Selamat bercuti and drive safely...


Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia ke ~ 51

Salam sejahtera semua,

Hari ini 16 September 2014, kita, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke 51 tahun. Alangkah bangganya kerana menjadi rakyat Malaysia yang berdaulat dan aman harmoni ini.

Hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.. Berkongsi hampir segalanya... terutama dari segi makanan... janji halal. Saya sendiri gemarkan roti canai dan kueteow goreng yang pastinya bukan makanan orang Melayu suatu ketika dulu.

Seperti mana kegemaran anak didik berbangsa cina terhadap nasi lemak, saya juga gemar kepada tosei... capati.. adoiyyyaaa..

Saya teringat masa saya bersekolah rendah, saya bersekoah di SRK Gopeng. di Kopisan Gopeng. Satu kelas ada pelbagai kaum. Melayu, Cina, India, Benggali..  Cikgunya pun sama.. Kami dibesarkan sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia yang menagih ilmu untuk memajukan diri dan keluarga. Ingin sekali berkongsi bahawa budaya mengunjungi kawan-kawan masa musim perayaan dah lama wujud. Begitu juga berkongsi permainan tradisional masing-masing..

Sesungguhnya.. amat bertuah sekali rasanya mendiami bumi Malaysia ni. Asal saja kita semua pandai menjaga keamanan dan kesuciannya. Usah kita berpecah belah kerana "orang luar" sentiasa menunggu masa dan ketika kita lemah sahaja.Fikirkan kebahagian dan kemerdekaan generasi akan datang.

Saya berdoa semoga Malaysia akan menjadi negara maju di mata dunia tanpa meminggirkan nilai-nilai murni yang menjadi tonggak keharmonian kita semua. Amin.


Sunday, September 14, 2014

DIA... Cinta Yang Kucari

Salam sejahtera semua,

Tajuk novel terbaru yang saya beli..
DIA... Cinta Yang Kucari digarap oleh Rehan Makhtar.
Rehan Makhtar juga adalah penulis novel Suami Tak Kuhadap dan Tiba-tiba Dia Ada.


Saya baru menelaah bab 3. Best! Membanca sinopsisnya biasa aja.. Macam novel cinta yang lain juga..

Jom tengok apa sinopsisnya:

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenarnya. 

"Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir..."-  FAREED AL-FATTAH.

PAYED dalam penantian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

"Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan..." -  FAREED AL-FATTAH.

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.

Namun perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

Mampukan dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?

Wednesday, September 10, 2014

Doa untuk anak menghadapi peperiksaan

salam sejahtera semua

Semalam, hari ini dan esok adalah hari peperiksaan UPSR bagi pelajar Tahun 6. Selepas itu diikuti peperiksaan PT3 dan seterusnya peperiksaan SPM.

Bagi pelajar yang menghadapinya, selain dengan latihan ulangkaji yang berterusan, doa juga memainkan peranan. Sama ada doa dari diri sendiri atau doa dari guru dan terutama ibubapa.

Jom kita amalkan.. InsyaaAllah.. disamping ulangkaji yang kita buat... kita pasti berjaya..




Tuesday, September 9, 2014

Sambal tumis rimbang

Salam sejahtera semua

Hari ini masih mood makan-makan dan masak-masak.

Pernah makan terung rimbang ni tak? Terung ni boleh dimakan mentah [jadikan ulam], direbus, digulai atau disambaltumiskan.


lebih sedap jika disambaltumiskan bersama ikan bilis..

Resepi sambal tumis rimbang dan ikan bilis

  • terung rimbang
  • ikan bilis
  • cili kering ~ dikisar
  • bawang putih, bawang merah ~ dikisar
  • bawang besar dihiris bulat
  • santan pekat
  • minyak masak.. garam, gula secukup rasa
Cara masak :
  1. panaskan minyak masak untuk menggoreng ikan bilis.
  2. ikan bilis digoreng sebentar.. jangan garing nanti keras. Angkat dan ketepikan.
  3. Minyak menggoreng tadi di tumiskan bawang + bawang putih kisar dan masukkan cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. dah pecah minyak, masukkan terung rimbang dan santan pekat. Santan pekat ni saya masukkan dalam dua sudu besar je.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis , garam gula secukup rasa..
Selamat mencuba..

*terung rimbang tu saya masukkan bulat-bulat. kalau nak belah dua pun boleh..

Monday, September 8, 2014

Chicken Chop

Salam sejahtera semua


Mintak maaflah kalau ada yang kecur air liur.. Tapi anak saya memang suka sangat.. Kat mana? RTC Gopeng.
Setiap kali balik kampung, kami mesti singgah kat sini.
Anak saya memang sangat sukakannya..
Harga?
RM9.50

Bihun soto ayam.

Salam sejahtera semua

Hari ni idea yang datang ialah nak buat posting tentang makanan..
hahaha
amik kawwww!!!


Bihun soto ni saya beli kat RTC Gopeng. Kat situ ada banyak kedai makan dan saya memang suka makan bihun soto ayam..

Oh harganya? yang ni hanya RM5.50....
sedapnya...

Saturday, September 6, 2014

Sambutan hari lahir Izham di SK KDSK

Salam sejahtera semua

 Izham.. [bertali leher] bersama guru kelasnya, cikgu Nieta.






Izham.. anak saya yang bongsu.. Tahun 2014 ni adalah hari lahirnya yang ke 11.
Saya dan keluarga jarang sekali meraikan hari lahir secara besar-besaran.. :)
Sekadar kecil-kecilan.. hadiahkan sebuah ciuman dan buat makan-makan di rumah atau ke kedai makan je. Anak-anak juga dah biasa...
Bila sekolah meraikan hari lahir murid-murid bagi program Guru Penyayang... dan menetapkan ibu bapa belikan kek untuk anak-anak.. saya ok je...
Bila anak menyambutnya dengan rakan-rakan yang mungkin tak mampu meraikan hari lahir.. dapat makan kek .. saya rasa sangat terharu...
Saya bersyukur kerana guru kelas Izham adalah guru kelas yang sangat sporting. Tak berkira. Alhamdulillah.

kredit untuk cikgu Nieta untuk foto..
TQ..


Friday, September 5, 2014

Pelajar ponteng kuliah... masalah siapa?

Salam sejahtera semua,

Saya mengajar  subjek Matematik di Kolej Vokasional. Mengajar pelajar diploma tahun 1 semester 2. Pelajar saya adalah antara pelajar rintis / pioneer KV seluruh Malaysia. Mungkin bila dah berada 3 tahun di kolej ni.. mereka dah makin bosan atau dah tak kuasa nak datang kuliah???

Foto ni saya kongsi bukan nak menjatuhkan maruah atau air muka sesiapa.. tetapi saya respect kepada pelajar yang rajin dan tekun dalam menuntut ilmu. Saya mengajar 3 kelas. Hanya pelajar yang sama saja tak datang kuliah. Juga pelajar yang sama je yang hadir setiap minggu. Hanya sekali je seminggu dorang masuk kelas saya. Bukan susahpun. Duduk dalam bilik kuliah aircond!.. tu pun masih malas. Saya bagi kuliah. Tugas mereka ialah study dan bila masa ada kuiz atau tutorial.. hadir dan buat.. itupun susah ke?

 pelajar saya yang rajin ponteng


 pelajar saya yang rajin hadir kuliah


pelajar saya yang banyak O O O tu memang anak orang kaya...

Saya fikir, ibu bapa sangat memainkan peranan jika anak tidak hadir kuliah... kalau anak dah tak minat belajar, datanglah ke kolej.. bincang dengan pensyarah dan pihak pengurusan. Kalau rasa pensyarah tak pandai mengajar.. bawa bincang...

Janganla terus tidak hadir.. ponteng.. tapi sampai masa nak lulus ... nak dapat diploma...

if you fail to plan.... you plan to fail....






Akasia TV3 : Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Salam sejahtera semua,


Memang musim drama adaptasi novel.. Telah disiarkan drama_adaptasi_novel di TV3 sekarang mulai 2 September 2014 jam 700 - 800 malam setiap hari [Isnin hingga Khamis].

Sinopsis:
Melina [SaraAli] adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman [Fahrin Ahmad] boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
 
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Thursday, September 4, 2014

Wednesday, September 3, 2014

Solat...

Salam sejahtera semua


Pertandingan selfie-wefie merdeka KVSM

Salam sejahtera semua

Sekejap masa berlalu.. hari ni dah hari ke 3 September 2014..
Masa tidak pernah menunggu kita..
Kita yang perlu mengejar masa..

Sempena bulan merdeka ni.. KVSM [kolej vokasional seri manjung] telah menganjurkan pertandingan selfie-wefie merdeka KVSM.. khusus buat pelajar KVSM sahaja..
Jika sambutan menggalakkan, pertandingan ini akan dibuka kepada semua warga KVSM..



Tuesday, September 2, 2014

Dah tak ada kerja lain ke?

Salam sejahtera semua




Pelik kan bila ada facebooker tu asyik update status je.. tak ada kerja lain ke? Hampir setiap saat dia akan update statusnya..
Atau akan tukar profile picturenya..
Hrmmm.. takkan nak tegur..
Nanti sentap pulak..


Ada juga manusia yang suka sangat like!
Hanya itu je kerjanya..

Macam-macam hal manusia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...