Salam sejahtera semua..
Tiap petang lepas habis kerja jam 5, memang saya dan suami akan terus ke kedai makan untuk minum petang sekaligus makan malam. So, bila balik ke rumah.. dah tak masak la jawabnya..
Memang sekarang ni sangat letih dengan urusan kerja di kolej. Markah pentaksiran berterusan mesti diserahkan ke Unit Penilaian dan Pentaksiran secepat mungkin untuk urusan pelarasan markah... Masalahnya sikap segelintir pelajar yang langsung tidak ambil endah. 14 minggu pengajian, pastinya pensyarah akan memberikan kuiz, tutorial dan tugasan. Malangnya pelajar yang suka ponteng kuliah dan tidak mahu mengambil endah, suka-suka hati datang pada minggu 14.. minggu akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Inilah dilemma yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan yang terpaksa melayan kerenah pelajar yang suka bersikap "last minutepun boleh lulus"
Geram betul...
Tetapi itulah senario pelajar sekarang. Mereka lebih suka bekerja sepenuh masa dan menjadikan belajar itu sebagai "part time".
Hari ni saya ajak suami dan anak-anak ke kedai mamak....
kerana Tension.... makan je ubatnya.. hahaha
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.