Sunday, September 14, 2014

DIA... Cinta Yang Kucari

Salam sejahtera semua,

Tajuk novel terbaru yang saya beli..
DIA... Cinta Yang Kucari digarap oleh Rehan Makhtar.
Rehan Makhtar juga adalah penulis novel Suami Tak Kuhadap dan Tiba-tiba Dia Ada.


Saya baru menelaah bab 3. Best! Membanca sinopsisnya biasa aja.. Macam novel cinta yang lain juga..

Jom tengok apa sinopsisnya:

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenarnya. 

"Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir..."-  FAREED AL-FATTAH.

PAYED dalam penantian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

"Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan..." -  FAREED AL-FATTAH.

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.

Namun perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

Mampukan dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?

2 comments:

  1. Salam ziarah. Datang sini. Baca2, tengok2 dan follow.. Jemputlah ke blog sy juga. Follow sekali. Heheh. http://haziyatulnajihah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam kenal! ^_^ Thanks tinggalkan link di KB. Selamat membaca!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...