Sunday, September 28, 2014

Kerabu pucuk paku bersama taugeh dan kerang

salam sejahtera semua,

hari minggu ni lewat update blog sebab baru nak berehat selepas 6 hari bekerja... dah nak malam baru sempat. kerja-kerja di rumah kena buat juga.. sejak dua menjak ni, jarang sangat masak di rumah. Anak-anak dan suami request juga masak itu ini... tapi sudahnya makan di luar juga..hari ni masak juga lah.. nasi ayam  untuk nurul dan izham... gulai pucuk ubi dan telur ayam untuk suami. bertambah-tambah makannya... hihi

Tapi malam ni bukan nak share resepi nasi ayam atau gulai pucuk ubi tu... tapi nak share resepi kerabu pucuk pakubersama taugeh dan kerang..
jom!

Bahan-bahan:
  • kerang 1/2 kilo
  • pucuk paku 2 ikat
  • taugeh  50 sen
  • segenggam udang kering
  • kerisik dan setengah cawan santan [diperah dengan air suam dari setengah biji kelapa]
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 biji cili api
  • sebiji limau nipis diambil airnya
  • garam secukup rasa
Cara buat:
  1. rebus kerang dan keluarkan isinya.
  2. celur taugeh dan tapiskan.
  3. celur pula pucuk paku. Pastikan air mendidih panas baru masukkan pucuk paku. [kalau air tak mendidih, pucuk paku akan lebam] tapiskan.
  4. tumbuk cili api dan udang kering yang telah disangai.
  5. hiris halus bawang kecil.
  6. dalam bekas menggaul, masukkan kerisik, santan, cili, udang kering, bawang kecil dan garam. gaul hingga sebati. masukkan garam secukup rasa dan air perahan asam limau. 
  7. akhir sekali gaulkan pucuk paku bersama taugeh dan kerang.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...