Monday, February 28, 2011

Saman Traffik

Salam sejahtera semua..

Saman: Kaunter Trafik Dibuka Sehingga Pukul 12 Malam 
 
Cepat.. cepat.. ada +- 20 minit lg...
 
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang masih belum berpeluang membayar saman mereka, boleh berbuat demikian apabila kaunter pembayaran trafik dilanjutkan sehingga pukul 12 malam ini.
Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama berkata pembayaran saman boleh dibuat di semua kaunter trafik dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.
Hari ini adalah hari terakhir bagi orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka sebelum tindakan senarai hitam diambil kerana gagal berbuat demikian, dikuatkuasakan semula esok.
Kabinet pada 11 Ogos tahun lepas memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan.
Orang awam yang dikenakan saman atau kompaun sebelum 1 Disember layak mendapat kadar potongan 50 peratus. - BERNAMA

Sunday, February 27, 2011

Jalan-jalan ke lumut

Salam sejahtera..


nak berjalan jauh, sukar pulak nak adjust program tuisyen anak. untuk meluangkan masa, cukup sekadar bersantai di Lumut aja..
bukan nak promosi Lumut, tapi kepada sesiapa yg nak menghirup udara segar laut, silalah datang...



 ikhwan dan izham...
(nurul tak ikut... )


 merenung tenggelamnya matahari


merebut peluang... makan ais kerim..

***bila hujung minggu, cuti sekolah dan baru dapat gaji...memang ramai orang..



Saturday, February 26, 2011

Udang goreng bercili

Salam sejahtera
cuti hujung minggu mesti nak masak untuk keluarga..
dah lama tak tayang lauk pauk kat sini..

jom kita tengok..


resepi simple..
  1. goreng udang garing, angkat
  2. tumiskan bawang putih, bwg merah, cili blend, sos cili, sos tiram
  3. bila sambal dah masak, masukkan udang dan bawang besar
  4. akhir sekali masukkan madu ~ sekejap je.. kacau angkat..

post 700: Banjir... atau banjir kilat di kl???

Salam sejahtera semua..
Bila hujan lebat melanda...
saliran sungai longkang tersekat, 
air sungai melimpah....

 adakah kita perlu menangis?



 air surut sedikit.. 
nasib baik kereta tak masuk sungai...


bila dah tenggelam, boleh digunakan lagi?


Thursday, February 24, 2011

Cuti pertengahan penggal

Salam sejahtera semua..

2 minggu lagi dah nak cuti sekolah.
nak pergi jalan-jalan habiskan duit kat mana ye?

pergi melancong dengan anak-anak dengan suami
kat pantai? kat gunung? kat hutan? kat tempat sejuk? kat tempat panas?

best kan? jom cuti...

Bengang

Salam semua..
sebagai manusia biasa, rasa bengang, marah memang pasti kita rasa..

sesekali bengang.. nak meluahkan perasaan kat blog tercinta ni..

setiap hari pergi bekerja seawal 7.00 pagi.. walau ada dua hari kelas petang .. sepatutnya datang jam 10.00 pagi.. tapi kerana komited kerja, datang juga jam 7.00.

masuk aja dalam lab terus buat kerja. sama ada persediaan mengajar, buat soalan latihan, menanda hasil kerja pelajar, atau buat kerja "kerani" -macam-macm la.. siapa yg jadi cikgu, dia tahu la... non stop sampai waktu balik 2.35 petang ... kadang-kadang terlajak sampai 6.30 ptg...

ada masa "terluang", bermaksud masa subjek kita tiada dalam jadual waktu, waktu tulah kita nak buat segala macam kerja termasuk menyapu, mengemas.. paling tidak menulis rancangan pelajaran untuk hari seterusnya..
.. dan waktu inilah yang kita akan dapat jadual ganti (relief) untuk cikgu yang tidak hadir...
kalau seorang cikgu A tak hadir sekolah, jika hari tu dia ada 6 waktu mengajar, 6 waktu itu akan di"reliefkan" kepada cikgu lain yang akan masuk ke kelas . Cikgu lain, B akan masuk kelas cikgu A dan mengajar atau beri latihan  supaya masa tidak terbuang dan yang penting keselamatan pelajar terjamin... Nanti ada pulak yang patah riuk berkuntau...
Haaa... ini lah yg menjadikan aku bengang...
setiap minggu aku akan dapat relief.. dan kadang- kadang dalam seminggu tiga kali relief...
bukan aku berkira.. ala.. berkira le tu...
tapi macam tak adil pulak sebab ada cikgu yg langsung tak pernah dapat relief..
mentng mentang jadual aku kosong waktu pagi sebab aku ada kelas petang.. so, sedap je bagi kat aku relief...

bengang betul la.... eh.. maaf la kalau ada yang tak suka.. tapi aku rasa aku nak luahkan apa yg aku tak puas hati..

Monday, February 21, 2011

Anak dan ayah

Salam sejahtera semua..

ikhwan dah tingkatan 3...
bila beruniform pengakap....
sama macam ayahnya..
nasib baik ayahnya ada misai...
hehehe

Rahsia bulan kelahiran.. antara percaya atau tak...


Salam sejahtera semua..
Salam pagi isnin..
semua ada fb kan?
dah ramai sangat yang tag akak benda ni..
sekadar suka-suka boleh la...
percaya atau tak?
mungkin dah suratan takdir atau kebetulan...
kalau suka nak tengok apa rahsia, klik kat rahsia...

Sunday, February 20, 2011

Hari ini nak masak rendang ayam...

Salam sejahtera semua..

hari Ahad hari untuk famili..
kalau hari untuk famili tentunya nak mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan memasak makanan kegemaran... kita makan untuk hidup.. bukan hidup untuk makan .. okay...

sementara suami tersayang ke pasar membeli bahan, isteri sempat lagi melayan blog..
okay, everyone, enjoy your weekend holiday...

Saturday, February 19, 2011

hari ini sekolah... okay....

Salam sejahtera semua,
hehehehe... suka sangat ketawa..
bukan ketawakan diri sendiri
tetapi ketawa malu sebab di hari yang orang lain bercuti.. aku kena pergi sekolah..

hahahaha
dalam islam kita boleh ketawa 2 harkat je..
dalam blog ni tak apa kot?

tapi hari ni sekolah dan aku mengajar dari 9:45am till 12:45 pm... non stop..
(termasuk mengganti waktu si tc.. jgan marah...)
aku suka sebab aku memang prepare giler untuk pengajaran dan pembelajaran hari ni...
.. dan of coz.... anak didikku sangat faham dengan apa yg aku ajar..

hehehehe

ketawa lagi...

Wednesday, February 16, 2011

kembali bersiaran...

salam sejahtera..

lama sungguh tak update!
menyambut maulidur rasul .... sudah...
Mubarak majid  Hosni Mubarak pun dah letak jawatan...
DUN Tenang telah kembali tenang...
Ally Iskandarpun telah tertunai hajatnya bertunang....

dan hari ini di penghujung hari Rabu.. minggu ke tiga bulan Februari... baru berkesempatan meng"angkat tarikh"... blog ini...

mungkin ada yang telah lupa..
tidak kurang juga terjengah-jengah
pasti ada yang merindu
juga kehairanan
"kenapa kak lin tak up date?"
"kak lin dah jemu berblog ke?"

.. tiada apa-apa..
cuma ide tersangkut-sangkut
seperti enjin motor sangkut
sesekali seperti novel interlok...
tiba-tiba berdosa walau tidaksalahaturan...

mungkin jua faktor usia
menjadikan aku insan yang lebih sensitif
dan biarlah sesekali menyendiri....
hehehehe...


****dik, semoga rindu itu terhapus...

Monday, February 14, 2011

Tidak sihat dan jadual ganti

Salam sejahtera semua..
hari ini isnin... masih sekolah.. esok baru cuti sempena maulidur rasul..

sejak semalam dah batuk selsema..
"cuti je",  kata sang suami....
"sayang la.."

aku gagah juga... kerana memikirkan kelas tak banyak..

seawal pagi .. dah dapat surat jadual ganti... adoiiii..
dalam hati berkata,"sepatutnya dengar cakap suami".. huhuhu

Sunday, February 13, 2011

Paper bag...

 Salam sejahtera semua


hari tu.. entah bila, tak ingat.. teringin nak makan burger mcD.. drive thru je.. maklum jam dah menunjukkan hampir tengah malam....

punya lama tak pegi mcD, beg plastik dah tukar beg kertas huhuhu


yang ini my hubby punya...

Tarikh keputusan peperiksaan SPM 2010

Salam sejahtera semua,

sekarang ni semua bekas pelajar tingkatan 5 2010 sedang semakin berdebar menantikan keputusan peperiksaan SPM 2010.
Macam-macam jangkaan tarikh..
tahun lepas dinobatkan pada 11 March 2010 bersamaan hari Khamis..

so, bila agaknya? di facebook rata-rata mengagak pada 13 March 2011..
tunggu saja makluman daripada KPM..

tiada tajuk

Salam sejahtera,

kenapa pulak tak boleh insert gambar?
ni yg buat mood merudum..
ok lah ..
terbantut mood.....

Saturday, February 12, 2011

tahniah ally iskandar ~ pertunangan 11022011~

Salam sejahtera semua...

menjeling @rotikaya kisah ally iskandar bertunang dengan nur aisyah zainal...
tahniah diucapkan.. jeling-jeling jugak kat fb ally...
cantik tarikh tunang..
muga sampai ke jinjang pelamin..

kredit untuk rotikaya.com


berbaloi-baloi

salam sejahtera semua..
 
bila anak menjadi pengawas, bila cikgu lantik di bulan februari.. makanya aku terpaksa menjahit untuk itu...
cari je kain kat kamdar!

 tak perlu yang mahal

paling kurang kena buat dua pasang...





siap sepenuhnya..

berbaloi-baloi...

Thursday, February 10, 2011

Jangan marah, cikgu...

Salam sejahtera semua..


jam 6.30 petang baru saya balik dari sekolah...
bukan, bukan! bukan saya mengajar sesi petang...
tapi memang waktu mengajar saya sampai petang..

mesti ada yang terkejut.. tapi camtulah.. 2 hari seminggu saya akan ada kelas petang bersama anak murid saya.. jam 7:00 pagi saya dah gerak ke sekolah... break sekejap untuk makan tengahari dan solat zuhur.. saya terus kan kelas saya dengan pelajar saya hingga jam 5:40 petang...

setiap kali kelas petang saya akan beri pelajar saya assessment... untuk mengelakkan mereka mengantuk dan lagipun memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran.. bila buat assessment tu, mereka akan concentrate .. masing-masing siapkan tugasan.. selagi tidak siap, saya akan setia menunggu...

....dan hari ni, saya tetap memberikan pelajar saya tugasan.... tidak sukar .. sekadar satu soalan simple dan saya arahkan mereka compile, running dan print terus tugasan mereka.. print termasuk 2 tugasan lepas yang tidak sempat dicetak kerana ketiadaan printer..

namun, saya berasa sungguh ralat kerana ada tiga empat orang pelajar yang ambil mudah tugasan mereka... dengan selamba mereka kata;
"esok je lah saya print"
"dah 5:30, nanti lambat balik"
"coding saya yg lepas tu dah hilang, cikgu"
"ada banyak virus la.."


ayat-ayat cinta mereka membuatkan saya bengang kerana mereka tidak bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.. selamba ambil mudah.. tugasan hari ni sangat mudah untuk diselesaikan dan mereka sibuk buat kerja lain...
"ala cikgu, jangan la marah"

.... dan saya terpaksa denda mereka ... "siapkan hari ini juga!"

maka.. saya balik dari sekolah jam 6:30 petang... ada sejam lagi sebelum waktu asar berlabuh...

ingin bercuti....

Salam sejahtera semua...

Alangkah seronoknya bercuti.. bersantai... melakukan sesuatu yang kita suka tanpa arahan sesiapa... melakukan sesuatu tanpa halangan...

teringin sangat untuk bercuti ... bercuti lama.. cuti tanpa gaji setahun????

Tuesday, February 8, 2011

Muhammad Zuhri Iman....

Salam sejahtera ..
Namanya Muhammad Zuhri Iman b Zahari
lahir 18.12.2010




anak saudaraku..
anak adikku noor mahani aka manja...
cucu emakku yang ke 11 ..
putih mulus kulitnya
mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dewasa kelak..


abang am tumpang sayang adik...

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Salam sejahtera semua..
jom join...


Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG ~ sudah
  2. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini ! ~ pun...sudah
  3. Tulis                                                                                                                                       SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??   ~ sudah juga
  4. Tinggalkan url anda diruangan entri en. ben di sini......    ~ sudah ye..
TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??

Friday, February 4, 2011

malas update

Salam sejahtera semua...
okay tak tajuk entry saya?

saya memang malas nak update blog saya bila cuti- cuti ni walau saya suka sangat ber blog walking...
semalam cik mazlin nordin singgah blog saya and jot something kat chatterbox saya... terima kasih ye.. lain kali datang lagi.. hehehe.. nanti korang pegi le blog dia ye. ada lagu sedap sedap... hehehe tolong promosi..

saya dah rasa seronok jadi suri rumah sepenuh masa sebab saya cuti seminggu .. urus anak-anak sekolah dan buat perkara yang paling saya suka.. menjahit baju..

okay lah saya tak boleh lama-lama depan lappy kesayangan ni...

***selamat bercuti semua.. ada dua tiga hari lagi...

Wednesday, February 2, 2011

kena saman

Salam sejahtera semua,
dah masuk hari ke enam bercuti...
telah selesai melunaskan hutang piutang yang ada..

banyak betul samannya..
"lain kali bawak laju betul.. tak le kena tembak!"

apa-apapun dah buat salah biarpun speed cuma beza 5 km... bayor aje le..



 selesai membayar saman, kita settlekan bil-bil pulak... 


***sesekali seronok juga bercuti time orang lain kerja...

Tuesday, February 1, 2011

tips menghargai dan gembirakan isteri

Salam sejahtera semua..

Isteri ~ pelengkap kepada kehidupan sebuah keluarga.
            ~ pendorong kepada kejayaan suami.


kebanyakan isteri bekerja dan mereka juga turut memikul tanggungjawab terhadap suami, anak-anak..

Wahai sang suami... hargailah dan gembirakan hati isteri...

~ Anggap isteri diri sendiri
   Alangkah bagusnya kehidupan suami yang dijaga sempurna oleh si isteri. Makan, minum, pakaian, belaian...    apa salahnya suami juga membelai isteri dengan kasih sayang...

~ Bantu isteri ringankan tugas
   biasakan menolong isteri.. baju kotor masukkan dalam bakul pakaian kotor.. tolong basuh pinggan, tolong memasak atau menyidai pakaian... hehehe

~  Ciuman istimewa buat isteri
    kuasa ciuman suami sangat memberi kesan sehingga mampu meredakan kepenatan dan kemarahan seorang isteri... bila kali terakhir anda mencium isteri anda?

~ Penuhi hajat isteri 
   penuhi hajat munasabah isteri terutama pada hari istimewa seperti hari lahir atau pada hari ulang tahun perkahwinan. pasti isteri tersenyum riang walau pemberian anda kecil dan murah..

~ Bawa isteri bercuti
   bercuti dapat merehatkan minda dan mencatatkan memori indah... dekat atau jauh bukan ukuran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...