Monday, February 28, 2011

Saman Traffik

Salam sejahtera semua..

Saman: Kaunter Trafik Dibuka Sehingga Pukul 12 Malam 
 
Cepat.. cepat.. ada +- 20 minit lg...
 
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang masih belum berpeluang membayar saman mereka, boleh berbuat demikian apabila kaunter pembayaran trafik dilanjutkan sehingga pukul 12 malam ini.
Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama berkata pembayaran saman boleh dibuat di semua kaunter trafik dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.
Hari ini adalah hari terakhir bagi orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka sebelum tindakan senarai hitam diambil kerana gagal berbuat demikian, dikuatkuasakan semula esok.
Kabinet pada 11 Ogos tahun lepas memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan.
Orang awam yang dikenakan saman atau kompaun sebelum 1 Disember layak mendapat kadar potongan 50 peratus. - BERNAMA

4 comments:

  1. tadi maghrib lalu kat IPD ipoh, mak aii penuh,,jam teruk

    ReplyDelete
  2. biasa le rakyat malaysia... :) suka last minute..

    ReplyDelete
  3. dengar2..kalau lewat bayar,,lagi teruk kan>>

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...