Salam semua..
sebagai manusia biasa, rasa bengang, marah memang pasti kita rasa..sesekali bengang.. nak meluahkan perasaan kat blog tercinta ni..
setiap hari pergi bekerja seawal 7.00 pagi.. walau ada dua hari kelas petang .. sepatutnya datang jam 10.00 pagi.. tapi kerana komited kerja, datang juga jam 7.00.
masuk aja dalam lab terus buat kerja. sama ada persediaan mengajar, buat soalan latihan, menanda hasil kerja pelajar, atau buat kerja "kerani" -macam-macm la.. siapa yg jadi cikgu, dia tahu la... non stop sampai waktu balik 2.35 petang ... kadang-kadang terlajak sampai 6.30 ptg...
ada masa "terluang", bermaksud masa subjek kita tiada dalam jadual waktu, waktu tulah kita nak buat segala macam kerja termasuk menyapu, mengemas.. paling tidak menulis rancangan pelajaran untuk hari seterusnya..
.. dan waktu inilah yang kita akan dapat jadual ganti (relief) untuk cikgu yang tidak hadir...
kalau seorang cikgu A tak hadir sekolah, jika hari tu dia ada 6 waktu mengajar, 6 waktu itu akan di"reliefkan" kepada cikgu lain yang akan masuk ke kelas . Cikgu lain, B akan masuk kelas cikgu A dan mengajar atau beri latihan supaya masa tidak terbuang dan yang penting keselamatan pelajar terjamin...
Haaa... ini lah yg menjadikan aku bengang...
setiap minggu aku akan dapat relief.. dan kadang- kadang dalam seminggu tiga kali relief...
bukan aku berkira..
tapi macam tak adil pulak sebab ada cikgu yg langsung tak pernah dapat relief..
mentng mentang jadual aku kosong waktu pagi sebab aku ada kelas petang.. so, sedap je bagi kat aku relief...
bengang betul la.... eh.. maaf la kalau ada yang tak suka.. tapi aku rasa aku nak luahkan apa yg aku tak puas hati..
selamat pagi cikgu
ReplyDeleteinilah lumrah kehidupan seorang pendidik..
bukan marah atau sakit hati...kalau boleh adil dan saksama..
hujung2 depa kata tak ikhlas??
ala...bukan tak ikhlas..tapi faham2 kita kerja satu bumbung kan??
rezeki buat sklrg...
tibe2 teringat waktu sekolah dulu2..palin takut kalau cikgu ganti tu cikgu garang.. seram...
ReplyDeleteayu,
ReplyDeletesesekali hati dan perasaan kita perlu juga kita nak jaga.. asyik nak jaga hati orang je..
cam sedih je bunyinya huhuhu...
minna,
ReplyDeletecikgu ganti garang sebab cikgu tu sebenarnya takut...
sabar jer la cikgu....apa kata cikgu pulak cuti....
ReplyDeleteshah-kayrul
ReplyDeleteye sabar.. tq
nanti saya pulak cuti ye..
tahun ni tk pnah cuti lagi.....
ReplyDeleteeh, tapi ari tu ada minta tolong kak lin 'jaga' kan budak saya sat...
akak marah tak?
tc,
ReplyDeletemarah ek?
tak marah kat tc..
cuma frust je kat org lain
akak dah lupakan pun...
tc baca entry akak kat sini http://hazlinnazri.blogspot.com/2011/02/hari-ini-sekolah-okay.html
...