Tuesday, February 1, 2011

tips menghargai dan gembirakan isteri

Salam sejahtera semua..

Isteri ~ pelengkap kepada kehidupan sebuah keluarga.
            ~ pendorong kepada kejayaan suami.


kebanyakan isteri bekerja dan mereka juga turut memikul tanggungjawab terhadap suami, anak-anak..

Wahai sang suami... hargailah dan gembirakan hati isteri...

~ Anggap isteri diri sendiri
   Alangkah bagusnya kehidupan suami yang dijaga sempurna oleh si isteri. Makan, minum, pakaian, belaian...    apa salahnya suami juga membelai isteri dengan kasih sayang...

~ Bantu isteri ringankan tugas
   biasakan menolong isteri.. baju kotor masukkan dalam bakul pakaian kotor.. tolong basuh pinggan, tolong memasak atau menyidai pakaian... hehehe

~  Ciuman istimewa buat isteri
    kuasa ciuman suami sangat memberi kesan sehingga mampu meredakan kepenatan dan kemarahan seorang isteri... bila kali terakhir anda mencium isteri anda?

~ Penuhi hajat isteri 
   penuhi hajat munasabah isteri terutama pada hari istimewa seperti hari lahir atau pada hari ulang tahun perkahwinan. pasti isteri tersenyum riang walau pemberian anda kecil dan murah..

~ Bawa isteri bercuti
   bercuti dapat merehatkan minda dan mencatatkan memori indah... dekat atau jauh bukan ukuran...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...