Friday, December 31, 2010

Di ambang 2011 ~ edisi 5


Salam sejahtera semua



juadah istimewa penghujung 2010

ikan kembong masak asam pedas
dan
sotong bersos tiram..

***nak resepi?
ala.. simple je masaknya..
tunggu tahun depan ye..



Di ambang 2011 ~ edisi 4

Salam sejahtera semua




gambar diambil masa pameran MAHA 2010

simple n nice..
"abang, bila abang nak buat balik kolam yang dah kering kontang tu?"
"teringat ikan ikan kita yang dah arwah tu"
"mesti nyaman bila tengok liuk lintuk ikan tu..."

semua tu ayat-ayat cinta untuk suami dari kami semua..

***you can do it!


Di ambang 2011 ~ edisi 3


Salam sejahtera semua


semakin penuh..
adakah digunakan sepenuhnya?
kalau boleh nak tinggalkan tabiat ni tahun 2011 nanti.
mungkinkah tercapai?

***alamak.. ada lagi rupanya
tapi order bulan 11 punya,,,
hehehhe.



Di ambang 2011 ~ edisi 2


Salam sejahtera semua


Tahun 2010
kami jalan-jalan 
ke MELAKA Bandaraya Bersejarah..

***anak-anak dah semakin meninggi... 

Di ambang 2011 ~ edisi 1

Salam sejahtera semua


hampir 5 jam lagi, kita nak menjengok pintu tahun baru 2011..
Malam ni ingat nak belanja anak-anak dan bapa anak makan.
Sate pun sedap!

***Jom! akak belanja

Terminal bersepadu selatan

Salam sejahtera semua..

salam pagi Jumaat..
mungkin ramai yang dah tahu apa dia  Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni...



Terminal yang berkonsepkan ''pengalaman lapangan terbang'' bagi perjalanan bas ini menjanjikan kemudahan yang setaraf dengan piawaian antarabangsa bagi penumpang-penumpang bas dari Utara dan Selatan Semenanjung.




Terminal itu mempunyai enam tingkat, 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna.

Terdapat juga 44 ruang perniagaan termasuk empat restoran dan ruang medan selera serta gerai, selain dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Terletak di Bandar Tasik Selatan..TBS akan dibuka secara rasminya esok 1/1/2011..
Jom ramai-ramai kita menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

***Teringat zaman naik bas Foh Hup ulang alik puduraya - kajang nak balik UKM Bangi.... ermmm

Thursday, December 30, 2010

Semua kerana cuti menang bola...

Salam sejahtera semua...

saja nak share.. tak sudi tak apa



tetiba traffic meningkat kerana cuti menang bola..
thanks gugel..
i luv u..

Tidak boleh marah!!!!!! Tidak cuti....


Salam sejahtera semua...


Semua bergumbira pabila PM isytihar esok Jumaat 31/12/2010 sebagai cuti umum.

huhuhu... 
tetapi..
aku dan geng seangkatan
wajib
hadir mesyuarat...
okay, tak marah .. tak marah .. tak marah
tidak juga jealous .. tidak juga cemburu.. tidak juga jaki...

hehehe...
kerana aku..
insan yang menurut perintah
kalau ingkar perintah?


***lihat pemandangan indah tempat mencari rezeki... sejuk hati... :)

Mencari 300th follower

Salam sejahtera..

hehehehe.. buat penutup tahun 2010 ni...
ala.. jangan le gelakkan akak..baru 300 dah kecoh sedunia.. orang lain dah juta jutan tak herannn
tak apalah
siapa yang kena, layan shoutbox akak ye.. tinggal jejak or komen or link kat entry ni,,
thanks..
*** lagi 3 dik.. hehehe


SYIRIK KECIL

Salam sejahtera semua,

dah lama pulak tak berdakwah di medium maya ni.. hehehe

jom!

WASIAT RASULULLAH SAW ~ 76 ~  SYIRIK KECIL

RASULULLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya kebimbangan yang sangat membimbangkan atas umatku adalah syirik kecil."
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah syirik kecil itu?"
"Riya'"
ALLAH SWT berfirman pada hari kiamat ketika memberikan balasan kepada manusia dengan balasan yang sesuai dengan perbuatannya: "Pergilah kepada orang-orang yang telah kamu membuat riya' terhadap mereka di dunia, lalu lihatlah apakah kamu mendapat balasan di sisi mereka."
[HR Ahmad]

***Mudah-mudahan kita terhindar dari perbuatan riya'...
so jgn riya' sangat bila Malaysia menang piala AFF Suzuki...

Kuali oh kuali

 Salam sejahtera semua..


 dah lama sungguh akak beli kuali ni...
tapi tak sempat lagi nak digunakan

sayangpun ada...


 tengok rupa dia yang berkilat tu...


beli kuali, dapat pulak hadiah tapis ni...


 bila masak rendang, kuali lama ni jugak yang sedap dipakai...

***beli kuali mahal, tapi kalau tak dipakai, tak guna juga...

Jumaat 31/12/2010 cuti???

salam sejahtera...
baru je tengok nightline tv3...
jumaat cuti sebab malaysia menang piala AFF suzuki...

hehehe...

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah MALAYSIA! sekali lagi...

Salam sejahtera

TAHNIAH!
Malaysia menang dengan agregat 
4 - 2
piala AFF suzuki 2010..
tahniah!!!!!!!!!...

Good Luck Malaysia!

Salam sejahtera semua..

tepat jam 8.00 malam ni (kurang 25 minit waktu entry ni ditulis) akan bermula sepak mula perlawanan akhir (2) piala  AFF SUZUKI antara MALAYSIA dan INDONESIA..

Kali ni semua rakyat MALAYSIA mendoakan agar MALAYSIA menang lagi.. InsyaAllah!

***agak-agak berapa ye?

Entry petang hari

Salam sejahtera..
sorryle dah petang baru sempat nak buat enrty baru,..

"Hello, ye encik.. ini Majlis Perbandaran teeeet, boleh saya bantu?"
"Ya, salam sejahtera, saya Pn. teeeeet dari Fasa teeeeet nak bagitau lori sampah..."
"Sekejap ye puan, saya sambung ke bahagian berkenaan"

tiong tong ting tong

"Ye, boleh saya bantu?"
"Ini ha, nak buat aduan,... saya Pn. teeeeet dari Fasa teeeeet nak bagitau lori sampah..hari isnin tak ambil sampah.. hari ni dah rabu.. dah tengahari tak datang datang ambil sampah.. dah bertaburan... last ambil sampah jumaat minggu lepas...ke dah tukar jadual hari kutip sampah?"
"Kejap ye saya tanya pegawai berkenaan"
"Ermmm puan boleh cal lagi 10 minit?"
"Tak apalah, saya cuma nak buat aduan saja..."
"fasa teeeeet ya?"
"ya fasa teeeeet..."

"Abang! lori sampah ek?"
"Ye"
"Ha.. sampaipun.. kalau tak cal.. minggu depan pulak datangnya"

***begitulah ragamnya...

ini bukan depan rumah teman.. ini kat lain.. hehehe

Tuesday, December 28, 2010

ready for tuition!

salam sejahtera semua..
heheh.. tetiba pulak tajuk tu in english...
well... gediks hahaha

bukan apa.. sekolah dah nak buka, maka akupun nak bagi semangat untuk anak-anak untuk bersedia untuk menghadapi hari-hari persekolahan.. manalah tahu dapat cikgu garang tahap gaban.. tak la terkejut sangat. lagipun aku dah faham sangat dengan karenah sipewaris minangrawa ni...


yang paling bersemangat ialah si izham.. yang paling teruja ialah izham... hehehe
bila mula soalan (1) je...
"am nak soalan lain la.."
"soalan mak bagi tu susah nya..."

***bukan senang nak senang..

Hujan

Salam sejahtera semua..
salam tengahari..
dah makan semua?
tengahari ni hujan lebat di manjung..
syiokkk betul tidor..
atau golek-golek atas katil sambil berblogwalking...

****hujan yang turun, bagaikan mutiara...

Bila Jam dikunci

Salam sejahtera semua...
tq en gugel.. bg pinjam gambo!


bagaimana semua?
sudahkah bersedia?
tinggal beberapa hari saja lagi...

syhhhhh!

Monday, December 27, 2010

eh! dah malam...

salam sejahtera semua...

waktu di jam dinding sekarang 10.10 malam...

eh! dah malam rupanya.. hari cuti ada 6 hari lagi..
buat apa yang patut..

 "cari apa kak?"
"nak jahit kain sekolah ye?"

"minggu depan nak sekolah, baru nak jahit..."
"banyak menjahit ke kak?"
"tak juga... jahit awal, nanti tak muat pulak buka sekolah" ishhh alasan je tu...



nasib baik mesin jahit tua aku begitu setia pada ku....

Pelepah betik hilangkan ketuat

Salam sejahtera semua..

pagi hari isnin ni nak share petua pulak...
ketuat? ala... baca bawah ni ..
menurut wikipedia..
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

okay..  macam mana nak buang ketuat ni?
kalau nak petua tradisionalnya...petik pelepah betik dari pokoknya terus titiskan getahnya  ke kawasan ketuat tu.. biarkan kering.. cuba beberapa kali dan ketuat tu lama kelamaan akan kering dan hilang..
 okay..  boleh cuba...

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH MALAYSIA!

Salam sejahtera..

TAHNIAH MALAYSIA !!!!
FINAL (1) PIALA AFF SUZUKI

MALAYSIA 3     INDONESIA 0

HOPE FOR THE BETTER RESULT
AT STADIUM GELORA BUNG KARNO INDONESIA..

INSYAALLAH
MALAYSIA BOLEH!!

Laut dan pantai





 


***indah ciptaan Allah...

500 BLOG!

Salam sejahtera semua..

jom ramai-ramai join


Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda 
akak seorang pendidik
bidang math dan computer programming
nak tau lagi boleh klik


dan tujuan jadi blogger ..
menambah kenalan, mencari kenalan,
berkongsi cerita, berkongsi resepi
seronok jadi blogger..

Birthday Calendar

Salam sejahtera semua...

terima kasih kepada yang sudi dan bersusah payah tag akak di facebook
ini sebahagian birthday calendar yang akak terima...

 





moga persahabatan yang terjalin
kekal selamanya..

Slot Akasia TV3 ~ Tiramisu

Salam sejahtera semua

Hari khamis dah selesai slot akasia ~ Seribu kali cinta..
happy ending (walau jalan cerita mcm tak logik je)

Mulai isnin 27/12/2010 bermula satu lagi slot akasia baru... macam best je..

jom baca sinopsis sikit...


Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Saturday, December 25, 2010

kasut

Salam sejahtera semua...









*** masing-masing boleh menilai...

masih bercuti

Salam sejahtera semua,
hari ini sabtu.. esok ahad...

aku masih bercuti.. meneruskan aktiviti jahit menjahit kerana penggal persekolahan baru dah nak bermula..
Kenapa aku tak beli siap je baju kat kedai?
bukan tak beli.. beli.. tapi anak dara aku nak aku jahit sendiri.. hehehe
report untuk pn pengetuapun dalam proses.. esok lusa siap la sblm hadir meeting..

okay.. selamat cercuti sbb hari ni hari natal bg yang menyambutnya..

mandi manda kat sungai jahang..
sejuk nyaman airnya..

Friday, December 24, 2010

buang atau sedekah?

Salam sejahtera semua..
salam pagi jumaat...

cuti cuti malaysia dah nak habis... ada saki baki sikit ni, mengemas rumah le jawabnya..
kalau ikut sistem 5S, mana-mana barang yang kita tak pakai lebih dari 6 bulan, boleh dibuang... ye ke?
tak tau la betul ke tak.. tapi aku rasa daripada memenuhkan almari dan tak digunakan,

macam ni haaaa....


 aduhai.... baju ni banyak sangat.. tapi dah banyak kali pakai... and out of date? hehehe
nak bagi anak pompuan...??? time kenduri kawin je dorang pakai...



maka, hari baik ... Jumaat ; penghulu segala hari... jom kita sedekahkan pada yang lebih memerlukan... baju sekolahpun ada...

***ada yang berminat ke?

Thursday, December 23, 2010

Jadual gaji 2011

Salam sejahtera semua.

2010 akan menutup tirainya tak sampai sepuluh hari lagi... Mana-mana yang dah buat azam baru, alhamdulillah. Mana-mana yang masih lagi terkial-kial dengan azam lama yang tak kesampaian... baharui azam tu dengan berazam untuk melunaskan azam yang lama.. hehehe..

Bukan nak cerita pasal azam... tapi nak bagitau tentang gaji... hidup tanpa gaji???? bagaimanalah agaknya...
Setiap bulan, ada je perancangan untuk gaji...
  • nak bayar hutang
  • nak bayar kutu
  • nak menambah simpanan insuran / tabung haji / 
  • nak kahwin
  • nak menambah anak
  • etc etc etc
okay lah...
sumber : jabatan akauntan negara.

klik untuk pembesaran..

PMR 2010 ~ tahniah buat yang berjaya..

Salam sejahtera semua...

Keputusan PMR 2010 terbaik dalam empat tahun – KP

PUTRAJAYA 23 Dis. – Seramai 30,863 pelajar telah mencapai A dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
“Bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek meningkat sebanyak 2,675 orang berbanding tahun lalu.
“Bilangan yang mendapat semua E telah menurun daripada 397 orang pada 2009 kepada 386 orang pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama


 Pencapaian PMR yang terbaik

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya.
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

***tahniah sekolah bintang... terutama kepada cikgu-cikgunya..


Daging masak lada hitam

Salam sejahtera semua,
dah lama rasanya tak post entry masak-masak kat sini..
semalam akak beli daging, tapi tak tau nak masak style apa. Kari? rendang? masak lemak cili api? rasanya semua dah selalu sangat.
Teringat pulak nak masak something yang simple je.. semua bahan yang diperlukan ada.. so..
inilah hasilnya..



BAHAN-BAHAN:
500g daging
2 biji ubi kentang
seketul lobak merah
5 helai cendawan
1 biji cili merah
1 biji lada benggala
sebatang serai
2 sudu besar lada hitam
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
rempah penumis (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
garam, gula...


CARA MEMBUAT:
  • bersihkan daging  ~ rebus bersama garam
  • tos air rebusan
  • ubi kentang dan lobak merah dipotong dadu ~ direbus dan ditoskan
  • cili merah, lada benggala dan bawang besar dipotong dadu
  • lada hitam dikisar 
  • panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, halia, bawang putih, serai
  • masukkan sos tiram dan sos cili
  • masukkan daging yang telah direbus tadi bersama ubi kentang dan lobak merah..
  • jika hendak berkuah sedikit, masukkan air rebusan
  • akhir sekali masukkan lada hitam, lada benggala, cili merah, cendawan dan bawang besar, garam gula secukup rasa
***ada yang letak kicap untuk nampak lebih hitam...
 

Wednesday, December 22, 2010

KEPANTASAN MATA BLOGGER




En. Ben berkata:

"OK.. jika berminat nak terlibat dalam ini projek , maka buat satu entri ringkas .. Sila letak header ben ashaari  blog dan letak tajuk KEPANTASAN MATA BLOGGER .. Tinggalkan url korang di ruangan komen  .."

jom kita join..


en ben ni suka sgt buat contest...

Bila dah gaji..

Salam sejahtera semua,
20 hb Dis 2010, dah masuk gaji.. Macam biasa selesaikan dulu segala hutang piutang (eh! ada ke orang yang tak berhutang?) Mana-mana hutang yang tertunggak, pun kena selesaikan tahun ni. Kalau boleh tak nak bawak ke tahun baru. Tahun baru, itu cerita baru.

Bila dah gaji, banyak pulak sale sana-sini. Tu je jalan nak perabihkan duit... Sabar.. ingat .. kena beringat..
Masa sihat sebelum sakit..
Masa senang sebelum susah..



Tapi akak tetap tak boleh tahan nafsu.... 
nak beli jugak bekas sudu ni...
hehehe


E-Penyata Gaji untuk kakitangan awam

Salam sejahtera semua,

mungkin mana-mana yang bekerja sebagai penjawat awam dah tahu tentang e~penyata gaji . Zaman berjimat cermat dan berteknologi canggih, semuanya nak mudah...

Mulai Oktober 2010, penjawat awam boleh la menggunakan perkhidmatan  e~penyata gaji ni untuk memuat turun, mencetak slip gaji dan penyata pendapatan tahunan mereka.

boleh klik kat
lepas tu klik kat e~penyata gaji dan laporan

 Kalau baru pertama kali sampai ke laman tersebut,
klik ke link Pertama kali Mendaftar  
untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.


 okay,
key_in semua butiran yang dikehendaki..
no gaji?
boleh tengok pay slip lama 
atau
tanya pada kerani kat pejabat
hehe


Melalui dashboard ini,
pengguna boleh memilih untuk 
mengemaskini profil, tukar kata laluan dan sebagainya.
 
 

klik kat penyata gaji sendiri
dah boleh buat
pilihan
untuk
 urusan pencarian penyata gaji bulanan dan juga penyata pendapatan tahunan,
pengguna boleh klik di link yang telah disediakan mengikut keperluan masing-masing.
kalau nak memuat turun dan juga cetak salinan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan tersebut gunakan  format pdf.

Senang dan mudahkan???

***pastikan anda semua simpan password dengan baik.. nanti ada pulak yang suka-suka nak tengok berapa gaji anda.. manalah tahu...kot-kot ada yang nak skodeng gaji menteri?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...