Thursday, December 23, 2010

Daging masak lada hitam

Salam sejahtera semua,
dah lama rasanya tak post entry masak-masak kat sini..
semalam akak beli daging, tapi tak tau nak masak style apa. Kari? rendang? masak lemak cili api? rasanya semua dah selalu sangat.
Teringat pulak nak masak something yang simple je.. semua bahan yang diperlukan ada.. so..
inilah hasilnya..



BAHAN-BAHAN:
500g daging
2 biji ubi kentang
seketul lobak merah
5 helai cendawan
1 biji cili merah
1 biji lada benggala
sebatang serai
2 sudu besar lada hitam
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
rempah penumis (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
garam, gula...


CARA MEMBUAT:
  • bersihkan daging  ~ rebus bersama garam
  • tos air rebusan
  • ubi kentang dan lobak merah dipotong dadu ~ direbus dan ditoskan
  • cili merah, lada benggala dan bawang besar dipotong dadu
  • lada hitam dikisar 
  • panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, halia, bawang putih, serai
  • masukkan sos tiram dan sos cili
  • masukkan daging yang telah direbus tadi bersama ubi kentang dan lobak merah..
  • jika hendak berkuah sedikit, masukkan air rebusan
  • akhir sekali masukkan lada hitam, lada benggala, cili merah, cendawan dan bawang besar, garam gula secukup rasa
***ada yang letak kicap untuk nampak lebih hitam...
 

6 comments:

  1. Looks lovely..nak buat jugaklah...

    ReplyDelete
  2. anak-anak pun suka dengan masakan ni..senang di buat sedap di makan

    ReplyDelete
  3. kak ina,
    betul tu..
    lg mudah, lg sedap!

    ReplyDelete
  4. cg imanshah,
    tos bukan sos
    tos - asingkan air rebusan dengan bahan rebusan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...