Tuesday, August 31, 2010

tetap meneruskan aktiviti kecintaanku...


.. ketika ini aku masih meneruskan pembacaan buku ni ke penamatnya...
bila nak habis?

Monday, August 30, 2010

Selamat hari kemerdekaan ke 53



Tema hari kemerdekaan ke 53 tahun 2010.
Bangga menjadi rakyat Malaysia.
Bumi Malaysia,
tanah tempat tumpah darahku,
betapa aku cinta padamu..
dan
akan aku pertahankan kesucian kemerdekaan ini..





sama-sama kita meraikannya...


Sunday, August 29, 2010

Ayam kicap bersos tiram



akak ni kalau masak, main campak-campak je. tak pandai pulak nak create resepi... tp sebab ada yg dah menunggu-nunggu resepi ni... buat jugak la... sorry ye kalau tak menjadi..

bahan-bahan.
  1. ayam sebelah (untuk 5 orang makan)
  2. 3 sudu cili kisar
  3. serai sebatang - dihiris kasar
  4. bawang kecil 5 ulas ~ tumbuk
  5. bawang besar sebiji ~ hiris bulat
  6. bawang putih 2 ulas ~ diketuk
  7. seinci halia ~ dihiris
  8. lada benggala ~ potong dadu
  9. sebiji tomato, dibuang biji ~ dipotong dadu
  10. 5 sudu sos tiram
  11. 2 sudu sos cili
  12. kicap
  13. setengah cawan air
(sudu~sudu besar tau)

cara memasaknya:
  • gorengkan ayam yang telah digaul dengan garam kunyit. ketepikan.
  • tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan cili kisar hingga betul-betul masak.
  • masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap~kacau hingga mendidih dan masukkan air.
  • setelah betul-betul mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, serai, lada benggala dan tomato.
  • masukkan garam secukup rasa..
  • masak hingga kuah agak pekat..

sedia dihidang bersama nasi putih...

selamat bersahur dan berbuka puasa..

cuti yang macam-macam

"abang kenapa kedai jahit tepi ni tak bukak lagi? cuti lg kot? yela semalam nuzul quran, hari ni ada apa-apa perayaan cina ke? chap goh mei ke, ching bei ke ?"

"ah, mengarutla.. cuba tengok jam tu.. baru 9.30 pg.. kenapala kita keluar awal sangat. cina tu tidor lagi.. takpun tengah makan.. tak apalah, kita pergi petronas dulu, isi minyak"

$#%@&&

"la.. tak bukak lg? jom kita pegi billion dulu. boleh jugak terus bayar zakat.."

selepas selesai bershopping, hampir jam 1.00 baru aku selesai berurusan dengan apek kedai tu.. bila agaknya aku boleh mula menjahit baju raya..
"lu datang petang-petang sikit.. takpun malam.. tp jgn lebih pukul lapan sebab kedai dah nak tutup..."

telekong yang aku basuh pagi tadipun dah nak kering. banyak pasang sekaligus aku basuh termasuk telekung hadiah daripada pn pengetua yang nak pencen next week... alhamdulillah.. boleh pakai sembahyang raya tahun ni...



ha.. cantik tak telekung ni?...
banyak betul kerawangnya..
i like!
tqvm pn siti..
(boss besar nak bersara 1 sept ni..)


"petang nanti abang jangan lupa beli kelapa parut dan pewarna hijau.. malas nak blend daun pandan.. and for sure.. gula kabung.."

...aku terlena sambil tengok shiela rusli n "ketuk-ketuk ramadhan" nya...

"aduhai abang sayang.. kenapalah abang tak pesan pada akak yg parut kelapa tu suruh ambil yg putih aje... kan dah lebam je rupa ondeh-ondeh ni... "

so, tak payah gatal-gatal nak snap rupa paras dak ondeh tu masuk blog... ha, jumaat dah masak popia goreng untuk berbuka puasa... semalam sabtupun nak popia goreng lagi.. itu belum lg nak goreng kueh teow.. nasib baik week end ni cuti lama.. tak kesah nak memasak. janji ada orang tolong. setakat beli kat pasar ramadhan yang belum tentu sedap, lebih baik masak sendiri.. penat sikit.. tp insyaAllah.. ganjaran pahalanya banyak..



ramai rakan-rakan blogger dok tayang menu berbuka puasa je..
apa kata akak tayang pulak menu bersahur..
4.30 pagi dok menggoreng ayam..
ini hasilnya..
ayam kicap bersos tiram..

nak menu ke?
tungguuuuuuuuu....

Friday, August 27, 2010

Ada tugas yang perlu diselesaikan




hari ini Jumaat. Penghulu segala hari. Kebetulan menyambut cuti Nuzul Quran. Subhanallah menyambut nuzul quran pada malam jumaat di bulan ramadhan yang mulia...

moga kita semua sempat sampai ke penghujung ramadhan dan diizinkanNya menyambut ramadhan untuk tahun-tahun seterusnya..

bila bersekempatan bercuti hujung minggu selama 3 hari ni, macam-macam rancangan yang nak dibuat. alhamdulillah kerja-kerja di sekolah selesai buat sementara waktu setelah hampir 2 minggu pelajar tingkatan 5 menghadapi trial spm exam. moga cikgu-cikgu berkenaan, cepat-cepat tanda kertas supaya boleh berhari raya dengan tenang.. hehehe.

bila sebut pasal hari raya, hari ni dah 17 ramadhan. kenalah buat persiapan yang patut untuk sambut raya. disebabkan tidak pandai memasak kuih muih, (tunjuk je kat kedai...) maka lebih selesa untuk menjahit baju..




apa lagi...
semua alatan tu dah lama terperap dalam almari...
hari ini kita keluarkan balik...



aduhhh...
jahitla mana yg patut..
mana-mana sempat,
siap dua tiga pasangpun jadila..


... dan petang ni
bercadang nak masak mee goreng
untuk berbuka puasa..

Monday, August 23, 2010

entry ke 447 ~ teruja...


hari ni isnin. semalam ahad.. suara masih lagi serak..

hai kak lin, suara rock lg?
bila nak baik suara tu?
sapu asam limau ngan kapur..
minum air kembang semangkuk
macam2 dah buat.. belum nak hilang lagi suara serak basah tu..
sekurang-kurangnya melatih untuk kurangkan bercakap di bulan puasa ni..
bila kurang bercakap, kurangla mengumpat.. hehehe

minggu lepas sempat balik gopeng berbuka puasa dengan mak, alongpun balik. meriah rumah mak di kg tu. kebetulan rambutan berbuah ranum.. abang eynol dan haris sempat mengait buahnya. anak2 rajin tolong mengutip buah yg gugur. bila time berbuka puasa memasing pulun makan rambutan.. aku sekadar merasa sebiji.. buat ubat.... takut terkilan..
sedap, manis.. tapi terpaksa ku tahankan... nanti hilang terus pulak suara ni.. camno nak mengajar?

hari ini pelajar form 5 masih lg menghadapi trial spm examinations. kerja tetap diteruskan... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

... dan there's something special .. sesuatu yg sangat istimewa happened today.. puan pengetua round satu sekolah beri token of appreciation untuk semua guru sempena persaraannya 1st september nanti...


bukan tak biasa dapat hadiah..
tp yg ini sangat istimewa..
terima kasih..



selamat bersara pn siti arfah


Wednesday, August 18, 2010

selepas seminggu ramadhan...

macam dah lama tak up date blog. memang betul la tu.. banyak sebab.. demam, sibuk ber fb, kerja yang bermacam-macam..

apa-apapun, hari ini dah 8 Ramadhan... bermakna dah masuk hari ke lapan kita berpuasa. dah boleh muhasabah diri.. banyak mana amalan baik yang kita dah buat dan kita rebut untuk menambahkan pahala berganda...

..dan ramai juga yang tolong mengingatkan.. mungkinkah ramadhan ini adalah ramadhan terakhir kita? kita tak tahu ajal kita bila.. terima kasih kawan-kawan yg tolong mengingatkan...

walau bekalan akhirat dilipatgandakan, duniawi juga dilupa jangan..
biasala kan...
bila bulan puasa, ramai la yang rajn memasak.. tunjuk skil memasak yang dah setahun terpendam..
ramai juga yang tunjuk je kat param... (istilah baru pasar ramadhan?)
tapi setakat hari ini, tak pernah lagi ke sana...


berbuka puasa dengan
nasi goreng pattaya
pun best jugakkan????

Saturday, August 14, 2010

X-ray?


dah seminggu demam.. batuk masih belum hilang melangit.. suara dah tak keluar. badan ni sakit-sakit menahan posisi yg sesuai tiap kali batuk... takut terkucil...

pegi hospital je...
kenapa? abang nak tengok isteri abang ni masuk hospital ke?
tak la.. sekurang-kurangnya di hospital tu memang dorang check betul-betul... dah pegi klinikpun, teruk sgt batuk tu.. mlm je demam..


maka.. akupun ke hospital...

ting ting ting tong ting tong... penuh sabar adik si petugas kaunter pendaftaran melayan pelanggan..

ramainya orang..
semua berpenyakit... maklumlah hospital...
lambatnya nombor ni bergerak.. baru 6, aku? 21? congak-congak ada sejam lebih lg...

setelah puas berpusing di kerusi sempit itu, aku sempat menghabiskan beberapa m/s novel yg baru nak mula dibaca 'syurga di hati ifah', nombor 21 tertera di skrin kaunter...



sakit apa puan?
batuk ~ sekadar memberi isyarat kerana suaraku hampir tidak keluar
setelah diperiksa....
saya dapati paru-paru puan telah dijangkiti kuman. tolong pergi ke bilik 10 buat pemeriksaan x~ray...
sinar~x? ~urghhhh tak pernah kena camnipun selama hidup, maklum saja.. paling akhir melakukan sinar~x ialah 20 tahun lalu... nak masuk u buat diploma pendidikan... hehehe...


masa terus berlalu...

ermmm.... nampaknya semua ok.. paru-paru ok, jantungpun ok. tapi next week datang balik untuk kita buat follow up... saya beri puan antibiotik dan ubat batuk.. makan ikut aturan ye.. ~lembut sungguh suara doktor cantik manis yang aku nampak tertulis SAMANTHA TEH di tag namanya... aduhai...

selepas meninggalkan kaunter ubat, cepat-cepat aku beredar dari hospital yang pernah aku huni beberapa hari sewaktu melahirkan izham kira-kira 7 tahun lepas... hahahaha


dalam sakit-sakit, Allah tetap memberi rezeki..
syukur atas anugerah ini..
thanks abang kerana sudi mewakilkan diri ini...

Thursday, August 12, 2010

striving for a sun

daripada asyik tidur dan menambahlemahkan badan, nak mengaji Quranpun dah sudah... luangkan masa sekejap melayan drama tv konflik keluarga siam ni.... jom... 3.00 ptg


Sunday, August 8, 2010

demam..


hari ni dah ahad. esok, lusa, tulat... dah nak puasa. memulakan ramadhan dengan badan yang masih lagi demam, memang terasa sangat manja..

mulanya demam hari khamis lalu. balik dari hadir suatu majlis, rasa seram sejuk... terus aku telan ubat dan tidur... esoknya jumaat, pergi sekolah jugak walau badan ni rasa macam melayang-layang...

makan kuih je kak lin?
tak seleralah.. aku demam ni..

balik sekolah aku tidur.. tidur.. dan tidur.. memang rehat sepuas-puasnya... bangun ke bilik air, solat tidur lg...

kerja sekolah melambai.. tp ku pohon padamu ilahi, moga mendapat kesihatan yang baik.. agar dapat aku terus berbakti untuk anak didikku...


sekadar berkongsi kegembiraan...
penat kojo weh!

Thursday, August 5, 2010

....yang terakhir?

hari yang sengaja disantaikan walaupun macam-macam kena buat...pagi-pagi baru la sempat up date bahan presentation program teknik menjawab soalan...

tengah hari ada pulak mesyuarat.. kena attend walaupun dah tahu apa tugas yang kena dibuat. kenalah hadirkan diri dan tunjukkan muka.. nanti ada pulak yg mengata...

maka, ceramah pada petang semalam terpaksa diselesaikan awal 15 minit... pelajar form 5 tahun ni tak ramai.. campur tolak ada 255 orang je.. dan budak-budak ni bagi kerja sama bila suruh buat tugasan. tapi, biasalah kan bila petang, time tidur, ... biasanya manusia ni 45 minit pertama je yg boleh bg tumpuan.. lepas tu ramai la yg nak g toilet, nak tertidur, nak bising... apa-apa hal pun, terima kasih..





... mungkin ini yang terakhir..
sebab sejak dah bertukar bidang ni
kena beri tumpuan lebih pada tugas baru...

Wednesday, August 4, 2010

semarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang


Bulan Ogos menjelma kembali.
Bulan kemerdekaan.
Bulan patriotik.
Bulan nostalgia.

nostalgia?
kerana bulan ni ..
bulan ogos...
1994
aku bertunang
dengan "boyfriendku"
yang kini
menjadi suamiku...
sungguh bahagia..


...dan
ogos yang indah
bulan kemerdekaan
malaysia tercinta

sama-sama kita kibarkan ia..

1 Malaysia, menjana transformasi..

Tuesday, August 3, 2010

tiada kata secantik bahasa

hari sabtu bekerja... so kira satu hari cuti dah burnt.... hari ahad terlajak tidur selepas subuh... jam sebelas pagi baru terkocoh-kocoh buat breakfast. sekadar bihun goreng dan nasi goreng (yg lebih malam sabtu).. dan masak sambal tumis sardin...

nak buat teh tarik, mcm tak sesuai je .. hari dah tinggi... teh 'o' untuk anak2 dan nescafe untuk aku dan suami... kami brunch hari tu.. jam 12 cepat2 berkemas sbb jam 3 nak check in kat Ipoh...


sementara nak tunggu wedding invitation mlmnya, perut dah mintak diisi lagi... apa lagi, kedai mamak la... akupun rasa terliur dengan goreng paru dan kurma ayam dan nasi... tak tau apa kategori.. dinner or what?

selepas selesai kenduri dan perut bertambah kenyang... singgah lagi kat greentown, cari char kueh teow... bukan apa.. sesekali turun ipoh.. hahaha (padahal baru last week balik gopeng kenduri doa selamat) hehehe...



lalu kat jalan gopeng ni macam tenang je..
lepas round about menteri besar depan sikit ada hotel impiana (dulu casaurina)
depan lagi ada istana hinggap...
kalau malam, lg cantik.. banyak lampu-lampu



2 permata hati
yang harus dilayan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...