Friday, August 27, 2010

Ada tugas yang perlu diselesaikan




hari ini Jumaat. Penghulu segala hari. Kebetulan menyambut cuti Nuzul Quran. Subhanallah menyambut nuzul quran pada malam jumaat di bulan ramadhan yang mulia...

moga kita semua sempat sampai ke penghujung ramadhan dan diizinkanNya menyambut ramadhan untuk tahun-tahun seterusnya..

bila bersekempatan bercuti hujung minggu selama 3 hari ni, macam-macam rancangan yang nak dibuat. alhamdulillah kerja-kerja di sekolah selesai buat sementara waktu setelah hampir 2 minggu pelajar tingkatan 5 menghadapi trial spm exam. moga cikgu-cikgu berkenaan, cepat-cepat tanda kertas supaya boleh berhari raya dengan tenang.. hehehe.

bila sebut pasal hari raya, hari ni dah 17 ramadhan. kenalah buat persiapan yang patut untuk sambut raya. disebabkan tidak pandai memasak kuih muih, (tunjuk je kat kedai...) maka lebih selesa untuk menjahit baju..




apa lagi...
semua alatan tu dah lama terperap dalam almari...
hari ini kita keluarkan balik...



aduhhh...
jahitla mana yg patut..
mana-mana sempat,
siap dua tiga pasangpun jadila..


... dan petang ni
bercadang nak masak mee goreng
untuk berbuka puasa..

4 comments:

  1. mengancam yang sekejap je selesai disental...

    ReplyDelete
  2. oh akak pandai buat baju kurung yea. Bagus and you are saving lots of money. In fact jika ada masa terluang bole jugak ambik upah yea..

    ReplyDelete
  3. ummiRosma,
    pandai buat bj kurung pesak je. boleh la sikit-sikit untuk pakai sendiri n anak2. tp akak tak ambik upahpun.
    so far ok la, since i know how to sew, i've never been to the tailor tau.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...