Sunday, August 29, 2010

Ayam kicap bersos tiram



akak ni kalau masak, main campak-campak je. tak pandai pulak nak create resepi... tp sebab ada yg dah menunggu-nunggu resepi ni... buat jugak la... sorry ye kalau tak menjadi..

bahan-bahan.
  1. ayam sebelah (untuk 5 orang makan)
  2. 3 sudu cili kisar
  3. serai sebatang - dihiris kasar
  4. bawang kecil 5 ulas ~ tumbuk
  5. bawang besar sebiji ~ hiris bulat
  6. bawang putih 2 ulas ~ diketuk
  7. seinci halia ~ dihiris
  8. lada benggala ~ potong dadu
  9. sebiji tomato, dibuang biji ~ dipotong dadu
  10. 5 sudu sos tiram
  11. 2 sudu sos cili
  12. kicap
  13. setengah cawan air
(sudu~sudu besar tau)

cara memasaknya:
  • gorengkan ayam yang telah digaul dengan garam kunyit. ketepikan.
  • tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan cili kisar hingga betul-betul masak.
  • masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap~kacau hingga mendidih dan masukkan air.
  • setelah betul-betul mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, serai, lada benggala dan tomato.
  • masukkan garam secukup rasa..
  • masak hingga kuah agak pekat..

sedia dihidang bersama nasi putih...

selamat bersahur dan berbuka puasa..

11 comments:

  1. Saye pon masak kicap arini Kak Lin.. Heehee.. :)

    ReplyDelete
  2. tnx a lot...an idea for tomorrow ^.^

    ReplyDelete
  3. adik bakal doktor....
    resepi akak nipun guna kicap. saje je pelbagaigayakannya.
    selamat berpuasa ye hana..

    ReplyDelete
  4. elmariachi,
    sahur ni kena gaya menunya, bertambah dua tiga kali..

    ReplyDelete
  5. UmmiRosma,
    kita change menu ye.. tp your sheperd's pie tu memang menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. eishh.. eishh.. eishh.. MENYELERAKAN SUNGGUH ;D

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan buat kamu..sekali-sekali cikgu bagi resepi tentu terbaikkan.

    semuga demam dah bertambah baik..susah gak ek bila cikgu demam

    ReplyDelete
  8. along,
    bila-bila free dan rajin..boleh cuba ...

    ReplyDelete
  9. kak ina kl,
    boleh le masak sikit-sikit.... tp tetap tak boleh lawan akak..

    alhamdulillah dah banyak baiknya.. tinggal suara je yg masih serak..

    ReplyDelete
  10. aahhh.. sedap nye kak lin ooii..
    nak try la..
    thanks yer..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...