Monday, August 23, 2010
entry ke 447 ~ teruja...
hari ni isnin. semalam ahad.. suara masih lagi serak..
hai kak lin, suara rock lg?
bila nak baik suara tu?
sapu asam limau ngan kapur..
minum air kembang semangkuk
macam2 dah buat.. belum nak hilang lagi suara serak basah tu..
sekurang-kurangnya melatih untuk kurangkan bercakap di bulan puasa ni..
bila kurang bercakap, kurangla mengumpat.. hehehe
minggu lepas sempat balik gopeng berbuka puasa dengan mak, alongpun balik. meriah rumah mak di kg tu. kebetulan rambutan berbuah ranum.. abang eynol dan haris sempat mengait buahnya. anak2 rajin tolong mengutip buah yg gugur. bila time berbuka puasa memasing pulun makan rambutan.. aku sekadar merasa sebiji.. buat ubat.... takut terkilan..
sedap, manis.. tapi terpaksa ku tahankan... nanti hilang terus pulak suara ni.. camno nak mengajar?
hari ini pelajar form 5 masih lg menghadapi trial spm examinations. kerja tetap diteruskan... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
... dan there's something special .. sesuatu yg sangat istimewa happened today.. puan pengetua round satu sekolah beri token of appreciation untuk semua guru sempena persaraannya 1st september nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bersara di bulan puasa, bukan semua orang dapat merasai suasana berpuasa dalam bulan ramadan
ReplyDeletepersaraan yang diraikan dengan penuh kesyahduan.. walau saya bukan insan yang pandai meluahkan perasaan, namun tetap akan terasa kehilangannya...
ReplyDeleteSekali pandang kat puan siti arfah ni mcm penyanyi pujaan hatiku Uji Rashid. Anyway..selamat bersara...
ReplyDelete