Sunday, September 28, 2008
Saturday, September 27, 2008
Pengirim kad ni kawan cyber yang baru. Siti Khuzaimah. Terima kasih lah sudi kirimkan kad ni. Jauh datangnya dari Perth Australia.
Kad ni kiriman NURUL. Ustazah yang comey. Comey comeypun anak dah dua. Terima kasih. Selamat beraya utk Nurul dan keluarga. Menghelip-lip kita raya tahun ni...
Thursday, September 25, 2008
Kad Raya dan hamper daripada Tirana
Terima kasih Tirana.
Kad raya daripada CTM
Debaran menanti kehadiran Syawal 1429H
Award dari Tirana
Tuesday, September 23, 2008
Kiriman Kad Raya
Buah tangan....
Sunday, September 21, 2008
Bonda
Bonda tersayang
Emakku dah 67 tahun usianya. Namun masih lagi sihat walau sesekali mengadu sakit lutut. Emak dah banyak berjasa kepada anak-anaknya (yg enam orang tu). Sekarang biar emak relax dan habiskan masa menambah bekalan untuk hari akhirat.
Besarnya pahala dan ganjaran yang Allah berikan kepada kita jika kita berbakti pada ibu. Hanya dengan menatap wajah ibu kita dah dapat pahala, inikan pula jika kita mendoakan kebahagiaannya dunia dan akhirat. "Jengok-jengok" la ibu selalu sementara mereka masih ada di dunia ini.
Thursday, September 18, 2008
My ex-student
Gambar kat atas tu adalah gambar anak muridku yang belajar kat STESMA tahun 2000-2001. Dulu dia student PKE6. Tentu sesiapa yang jadi cikgu kepada Ahmad Farieth Bin A S Ahmad Tajalie ni berasa bangga dengan apa yang dilaluinya sekarang. Untuk pengetahuan semua, Farieth ni sedang buat master di The University of Sheffield, UK (MSc in Data Communication Engineering).
Masa dia kat STESMA dulu, aku ajar dia Add. Math. Si Farieth ni selalu risau sebab dia rasa dia tak boleh buat Add Math. Boleh dikatakan setiap hari datang jumpa aku tanya calculation Add Math. Sebenarnya aku tahu dia boleh buat. Risau je lebih. Bila result SPM keluar , senyum sampai ke telinga.
Selepas habis buat matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis (2002 to 2003) Farieth sambung belajar di Universiti Malaya, (2003 to 2007) Kursus : BSc (Hons) in Telecommunication Engineering). Sebelum dia pegi UK dia ada dtg ke STESMA. Tak sangka pulak dia terjumpa blog aku ni...
Sepanjang karierku sebagai guru, tiada hadiah yang paling berharga melainkan melihat kejayaan anak didik dan mereka mengingatiku... Thank you Farieth.... hope pelajar yang lainpun sama....
Wednesday, September 17, 2008
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT :
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah iqra iaitu baca dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu 'ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Rujukan:
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Monday, September 15, 2008
Yum-yummy - bubur nasi minangrawa
Hari ini masak bubur nasi dengan roti telur je. Pekena air sirap. Ada orang kata bubur nasi tu 'moi'. Tak kesah apapun namamya. Janji kenyang. Anak-anak no halnye. Senang je masaknya. Resepi aku:
2 pot beras
2 biji ubi kentang
karot
udang kering, isi ayam
bawang kecil, bawang putih, halia ---> tumbuk
serai, bunga lawang, kulit kayu manis
1. Rebus beras sampai jadi bubur dan masukkan segala bawang yang ditumbuk, masukkan serai, bunga lawang + kulit kayu manis.
2. Ubi kentang, karot dan ayam -----> aku suka rebus di periuk lain dan bila dah empuk masukkan dalam periuk "moi" tu.
3. Masukkan garam dan daun sup yang dihiris. Kacau sampai pekat (suka hati masing-masing sebab ada orang suka cair, ada orang suka pekat - terpulang)
4. Bila nak makan, hidangkan bersama telur masin @ kacang tanah goreng @ bawang goreng.
Umphhh... sodap...
Sunday, September 14, 2008
Ramadhan ke 14
Lepas tu baru boleh cantumkan bahagian badan dengan pesaknya.
dah siap sebelah.
dah ready untuk di kelim bahagian tangan dan bwh baju
Ada 3 lagi menunggu untuk dijahit tulang belut...
Mak, ewan, nurul punye
Semua punye.
Friday, September 12, 2008
Hari ke-12 Ramadhan
Thursday, September 11, 2008
Masih tidur....
Wednesday, September 10, 2008
Kasut Raya
Doa seorang ibu
1. Banyakkan solat hajat.
2. Berpuasa.
3. Baca Al Quran surah Yassin selalu. Sekurang-kurangnya 40 kali.
4. Banyakkan berdoa supaya anak-anak sentiasa diterangkan hati mereka.
(dlm bulan Ramadhan baik untuk kita berdoa 10 minit sebelum berbuka puasa kerana pada masa ini malaikat turut sama mendoakan kita)
5. Banyakkan bersedekah.
6. Berilah anak-anak makan makanan yang boleh menajamkan minda mereka...ala semua orang
tau ... kismis, kurma, examo...
Mungkin korang banyak lagi tips yang boleh kita share.
Tag Ramadhan (Silaturahim sesama Bloggers)
Aku pun nak tag kengkawan gak:
[1. Kak CTM] [2. Rosmah] [3. Azreen] [4. Orang Rawa] [5. Romi]
Tuesday, September 9, 2008
UPSR 2008
Ramai gak anak cikgu STESMA yang ambil UPSR tahun ni. Semoga semuanya berjaya. BEST of luck.
Saturday, September 6, 2008
MRSM Kuantan ...masih di situ?
Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu di situ. Terima kasih cikgu, kawan-kawan dan semua.
2006, aku berkesempatan ke MRSM Kuantan bersama familiku. Tak banyak bezanya. Bertambah cantik. Pastinya aku bangga....inilah sekolah mak ...