Thursday, September 25, 2008

Debaran menanti kehadiran Syawal 1429H

Jika dihitung-hitung dengan kalkulator (mentang-mentangle chek-gu Math), ada lima hari lagi nak beraya. Ingat di hati nak tangguhkan dulu blog memblog ni. Maklum aje kena buat persiapan utk beraya. Tahun ni beraya kat rumah mertua, so aku le tulang belakangnya sebab mak mertua dah tak ada ( raya tahun lepas mak mertua meninggal dunia - sob-sob).
Mengapa aku rasa lain sangat untuk beraya tahun ni di rumah mertua. Ye la, selama 13 tahun menjadi menantu mithali kepada arwah mak mertua, arwah memang sangat suka kalau tahun tu giliran kami beraya di rumahnya. Masak lemang, merendang, merebus ketupat, masak laksa, kek oren,.... macam-macam la... Aku paling suka kuah kacangnya. Memang kaw-kaw. Malam raya selalunya akan ada orang datang bertakbir beramai-ramai. Selalunya rumah kami yang paling akhir disinggah oleh rombongan tu. Namun 2, 3 tahun kebelakangan sejak arwah selalu sakit-sakit, rumah kami adalah rumah pertama yang akan diserbu. Rendang minang... memang itulah yang dicari.
Kini, kehadiran Syawal 1429H bakal menjelma. Pastinya suasana raya seperti selalu akan berubah. Namun aku pasti akan menyediakan juadah raya seperti yang arwah buat. Mungkin tak sehebat masakan arwah, tapi akan kuwariskan untuk zuriatku pula...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...