Dewan besar, bangunan pentadbiran dan bilik kuliah.
Aku menjejakkan kakiku di MRSM Kuantan pada 1981. Memang very innocent. 5 tahun aku di situ menjadikan aku insan yang amat berdikari. Dulu bukan macam sekarang. Balik kg enam bulan sekali. So kawan-kawan, warden dan guru-guru tempat bergantung harapan mencurahkan episod sedih dan gembira. Semua kenangan tersusun kemas di lipatan sanubari.
Asrama, dewan makan, surau
Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu di situ. Terima kasih cikgu, kawan-kawan dan semua.
2006, aku berkesempatan ke MRSM Kuantan bersama familiku. Tak banyak bezanya. Bertambah cantik. Pastinya aku bangga....inilah sekolah mak ...
Salam.. saya ialah seorang guru di mrsm kuantan sekarang. Dalam pencarian info tentang sejarah mrsm kuantan, google menghantar saya ke blog puan. Tersentuh hati kerana bekas pelajar masih menyimpan kemas kenangan di mrsm kuantan.
ReplyDeleteKami dalam proses mengumpul bahan untuk penerbitan buku peringatan mrsm kuantan sempena sambutan 35 tahun mrsm kuantan tahun ini. Jika puan ada gambar2 lama yang boleh dikongsi, atau nama2 pelajar dari barch puan yang sekarang menjadi org2 hebat dalam kerjaya masing2, saya pohon jasa baik puan memberi info. Hubungi saya di azure2207@yahoo..com. Terima kasih.
wanshahriza,
ReplyDeleteterima kasih sudi berkunjung ke blog saya.. tidak berkesempatan melihat komen lama.. baru hari ini terperasan...