Sunday, September 14, 2008

Ramadhan ke 14

Sementelah hari ini cuti, ambil kesempatan menyiapkan baju raya. Maklumlah, tinggal 2 minggu je nak raya. Sekolah akan mula cuti 27 Sept. So, aku kena siapkan dalam masa seminggu ni. Start cuti dah tentu nak balik kg. Bila dah balik kg tentunyalah kena uruskan hal di kg pulak. Tengok je apa aku buat ari ni...

Aku cantumkan leher baju dengan lapik leher.
Lepas tu baru boleh cantumkan bahagian badan dengan pesaknya.
dah siap sebelah.
dah ready untuk di kelim bahagian tangan dan bwh baju
Ada 3 lagi menunggu untuk dijahit tulang belut...

Disebabkan terlalu sibuk menjahit dan anak-anakku merengek nak berbuka puasa makan ayam KFC, terpaksa jugak ke Lumut mencari KFC. Ayahnye ke KL, mesyuarat. So, ini je buat berbuka puasa tadi. Gambo pun tak sempat ambik. Namun, syukur, alhamdulillah.

Izham punye

Mak, ewan, nurul punye

Semua punye.

Esok mula balik rutin biasa. Marking paper Trial bebudak. Satu kelas dah siap. Ada lagi dua kelas. Pulun, jangan tak pulun. Minta disihatkan badan.

4 comments:

  1. wahh..bestnya pandai jahit baju. say ni jahit lurus pon bengkang bengkok. huhuh.. nanti boleh le order kat hazlin ye.

    ReplyDelete
  2. wahh!cantik kain kurung tu! boleh jadi businesswoman ni..

    ReplyDelete
  3. saya--> boleh le jahit sikit-sikit. nak buat kuih raya tak pandai.

    ReplyDelete
  4. romi-->lambat lagi nak jd businesswoman.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...