Sunday, September 21, 2008

Bonda

Semalam baru berkesempatan balik ke kg bertemu bonda kesayangan. Dah lama sangat rasanya tak bertemu dengan mak. Dah lama sangat tak mencium tangannya dan mengucup pipi mak. Maafkan anakmu kerana keadaan yang tidak mengizinkan walaupun cuba berbuat demikian.

So semalam aku mengambil kesempatan untuk berbuka puasa dan bersahur dengan mak. Aku masakkan dia mee goreng (rencah udang besar-kerna ku tahu mak suka makan udang), keli masak lemak cili api, ayam berempah dan suamiku belikan murtabak. Berselera sekali ku lihat mak berbuka puasa bersama kami tambahan pula cucu-cucunya memang kuat makan... Lagi seronok le mak aku.

Bonda tersayang

Emakku dah 67 tahun usianya. Namun masih lagi sihat walau sesekali mengadu sakit lutut. Emak dah banyak berjasa kepada anak-anaknya (yg enam orang tu). Sekarang biar emak relax dan habiskan masa menambah bekalan untuk hari akhirat.

Besarnya pahala dan ganjaran yang Allah berikan kepada kita jika kita berbakti pada ibu. Hanya dengan menatap wajah ibu kita dah dapat pahala, inikan pula jika kita mendoakan kebahagiaannya dunia dan akhirat. "Jengok-jengok" la ibu selalu sementara mereka masih ada di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...