Hari ini puasa untuk hari ke 12. Balik sekolah tadi, lepas solat Jumaat suamiku ajak pergi kedai cari baju Melayu Raya. Tapi semuanya not our taste. Ada yang cantik tapi tak sesuai warna tema. So, plan cari kat Ipoh or KL. Dah 2 tahun suamiku tak menempah baju. Tailor tu kedekuit sangat. Mintak discount tak dibaginya. Padahal regular customer. So lebih baik beli siap, jimat dan puas hati.
Dah penat round satu Manjung, fikir nak masak apa untuk berbuka puasa. Teringat pulak nasi ayam. So beli bahan-bahannya, inilah hasilnya. Nasi ayam, cucur udang + sos cili (buat sendiri tau) dan air tebu.
Nasi ayam ni memang favourite Ewan + Nurul
Cucur udang ni kalau cicah dengan kuah kacang lagi sedap.
emm...yum..yum...sedap ye...
ReplyDeleteromi berbuka puasa dengan famili kot?
ReplyDelete