Tuesday, March 29, 2011

rasa macam nak jual....

Salam sejahter semua..



ini adalah ketuhar percuma yang saya dapat tahun lepas
sebab saya diiktirafkan pembaca buku ke-dua terbanyak 
dalam pertandingan yang dianjurkan oleh panitia BM di sekolah saya...

sehingga saat ini, 
ketuhar ini masih disimpan rapi di dalam stor rumah
adakah saya tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi?
sebenarnya saya masih mencari kerajinan
untuk menggunakannya..
atau..
jual saja????

***ada ke yang nak beli?


Sunday, March 27, 2011

diari seminggu...

Salam sejahtera semua
semoga semuanya diberkati Allah sentiasa.....

hehehe.. nak tergelakpun ada sebab ramai bertanya-tanya kenapa tak update blog?
entah ye.. kekadang mood lari..

sepanjang minggu ni macam-macam hal yang berlaku...
terasa lelahnya...
okayle tengok gambor je le ye..

 
 bermula dengan ujian setara 1 pada hari selasa hingga khamis...
menjadikan aku kelam kabut menguruskan hal ehwal peperiksaan


 ..dan keputusan SPM 2010 dikeluarkan pada hari Rabu
..best student 8A
menambah kalut sebab ramai guru ada tugas lain...


 .. baru nak menarik nafas lega...
hari jumaat ada pulak mesyuarat agung PIBG ke~16



 dua dalam satu...
akujanji anak2 dengan ibubapa SPM2011


mesyuarat.. mesyuarat.. mesyuarat..

***dan seperti biasa kerja rutin ni akan berterusan hingga hujung tahun...
kredit untuk Li Na dan Daniel untuk semua foto.


Friday, March 25, 2011

kerja, kerja, kerja.. jom makan aiskrim..

Salam Sejahtera semua..

Mula je sekolah selepas selesai bercuti.. kerja, kerja, kerja.. sampai nak makan  aiskrim pun tertangguh.. hehehe
tapi dalam suasana yang mendung dan sejuk hujan ni.. tak kiralah...



ermmm.ermmm... sedapnya.. ais krim strawberry.. siap ada buah sekali...

***selagi ada hayat.. kerja dunia tak akan selesai..

Tuesday, March 22, 2011

Orang memberi, kita bergaya..

Salam sejahtera semua.

dah malam.... esok hari rabu... walau mood bercuti masih berlegar di segenap ruang yang ada, kerja tetap diutamakan. tadi bermula ujian setara di sekolah. seperti biasa, tugas s/u peperiksaan wajib dilaksanakan... hehehe..

balik dari bercuti hampir 9 hari... ramai rakan-rakan yang bertanya

"ke mana cuti?"
"balik kg ke?"
"tak pergi tengok wayang?"
"cuti dalam negeri ke melancong fly fly?"
"Cuti menjahit baju ke?"

wah! banyaknya soalan!!!... mungkin ini jawapannya...

"tidak ke mana-mana.. di rumah aja"
"balik bandaraya.."
"tengok, merong mahawangsa"
"ongkos tak cukup lagi.. camno nak fly fly?"
"jahit! sempat siap sepasang je"

dalam pada sibuk di dapur menghabiskan cuti .. sebenarnya menggebukan badan.. huhuhu..
balik dari bercuti ...


owhhh! bertambah lagi koleksi yang ada...

thanks kak khushah... jiranku yang ke vietnam...
thanks nurul aka tukang cerita.. rakan sekerjaku yang ke bandung...


bestkan? dapat juga merasa... tak semestinya yg di luar negara je.. kalau g cameron ke, melaka ke, kelantan ke..aku terima dengan hati terbuka...

terima kasih semua yang sudi ...

Sunday, March 20, 2011

aduh.. sudah bersawang.. eh?

Salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, selesai sudah sesi cuti pertengahan penggal. esok bermula episod kerja rutin.
Belum cair idea karat..
nanti-nantile kita citer ye..

berderet kerja rumah nak diselesaikan..
hehehe..

Wednesday, March 16, 2011

Bestnya balik bandaraya....

Salam sejahtera semua..
Bila cuti sekolah, peluang yang ada ...
balik bandaraya..
kenapa?
orang yang duk kat kl akan balik kg.. kami pulak terbalik..
kira balik kg jugakla.. sebab balik kg changkat gombak kuala lumpur..

tak banyak kg yang ada di bandaraya tu..
kg baru, kg padang balang, kg changkat, kg apa lg ek?
setahu aku, yg lain2 tu semuanya deretan  rumah teres dan taman-taman....

oklah ye.. moh le kita perabihkan cuti yang ada.. kerja sekolahpun dah siap..
ada masa nanti teman up date blog ye..

Tuesday, March 15, 2011

earpuff dan jagung rebus

Salam sejahtera semua..

Bila ke Cameron Highland hari tu, sampai kat kedai terus nak beli earpuff... entah kenapa bebudak suka sangat.. kat cameron tu bukan le sejuk sangat.. tp biasa le.. terbang RM7... tak tau le kalau kena tipu.. kut ada yg lebih murah...

hehehe.. puas hati?
nasib baik tak "pow" opah..

sempat jugak rembat baju sejuk
RM16..
rasa sangat mahal.. tp beli jer..
tengok le senyum izham lebar sungguh!



apa juga yg dibeli, jagung ni juga yang sedap..
orang kata jagung cameron.. (kat pahang)
ada juga orang kata jagung simpang pulai je... (kat perak)

tengok ramai sangat memborong jagung.. aku tak belipun
tapi along beli, bagi kat aku
hehehe..
balik manjung terus rebus..

***ada yg tanya, tak beli strawberry ke?
yg tu mesti ada...

Monday, March 14, 2011

Masih bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung wariskuminangrawa..

Hari ni bangun dengan segar sebab petang semalam tetiba diserang sakit perut yang amat sangat... berpeluh menahan sakit perut.. tak tahu kenapa.. bukan bejot! mungkin lepas makan ais krim potong perisa pulut hitam.. terus memulas...

apa-apa hal pun.. sepanjang malam rasa lemah je.. nak mulakan hari isnin ni dengan lebih bertenaga.. walau cuti sekolah.. tapi tugasan tetap berlaku.. kena standby jadual exam untuk cikgu-cikgu.. ermmm :)

okay, first thing first, thanks kepada semua yang sudi mengunjungi blog ni dan wishes for my wedding annv. begitu juga kepada rakan facebook. 16 tahun rasa masam sedetik waktu, sekelip mata.. namun hakikatnya banyak yang dipelajari.. banyak yang perlu difahami.. bukan sekadar mengenali pasangan anda, malah lebih dari itu.. bila dapat cahayamata, juga lagi besar tanggungjawab...

okay, teruskan bercuti untuk cikgu-cikgu dan anak-anak...
mandi-manda kat teluk batik pun ok gak...



***belum boleh bercuti lagi sebab anak ada kelas tambahan..

Saturday, March 12, 2011

Happy 16th Wedding Anniversary

Salam sejahtera semua
semoga semua rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini sentiasa dalam rahmat Allah..

Alhamdulillah.. aku tetap memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana masih diberi nafas dan ruang waktu untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 16 tahun....

Sesungguhnya nikmat alam perkahwinan ini melengkapkan kehidupanku bernama wanita...
aku sangat berterima kasih kepada emak kerana dengan gerak hatinya menyuruhku meneruskan tugas pendidik di bumi Manjung, menemukan aku dengan jodohku...

bermula dengan jamuan raya, 
ada yang dah mula nak candid kami bersama
hehehe.. kelakar...


tanggal 27.08.1994
aku bertunang
.... tak sangkakan....


mula sibuk menguruskan hal-hal pernikahan..
.... :)


dah ditentukan Ilahi jodohku bersama rakan setugas
selamat dinikahkan pada 12.03.1995
...orang rawa bertemu orang minang..

Alhamdulillah.. bahtera perkahwinan selama 16 tahun 
tetap meneruskan pelayarannya hingga ke syurga (InsyaAllah) 
mudah-mudahan dengan berkat doa semua ....

***setiap tahun pasti berhajatkan sesuatu yang baik...

Friday, March 11, 2011

...dan cutipun bermula...

Salam sejahtera semua..

cuti pertengahan penggal pertama dah bermula..
apa rancangan agaknya cuti ni?
nak kahwin?
nak makan angin naik kapal terobang?
nak duk diam kat rumah je?
nak join group mengaji pegi umrah?

atau sekadar nak melekat depan komputer update blog?

apa-apapun... selamat semuanya..

Mee segera juga yang sedap

Salam sejahtera semua..





Balik dari sekolah sudah tentu lapar..
waktu itu adalah waktu yang ditunggu-tunggu
bila balik rumah terus mintak mee segera..
dah siap nasi dengan tomyampun tolak tepi..

nak kata apa lagi...
sesekali tak apa..

Thursday, March 10, 2011

berpoya-poya di cameron highland

Salam sejahtera semua...

pagi ahad 6/3/2011 dah memang ada kat rumah mak di gopeng.. so apa saja plan untuk bercanda?
jom g cameron..
jam 11.00 kami naik ke tanah tinggi tu..



pergi 2 kereta..
memang best..


tapi belum apa-apa lg.. dah ada pulak yg muntah.. hehehe



zahir fitri, yg hyperaktif.. aktif sungguh tak terlayan..

hahaha.. di kea farm.. apa lg.. janji ada je kertas kepala agong tu..
bukan selalu pergi walaupun dekat sesangat.. yg penting puas hati..

***ada banyak lagi.. nantile kita citer ye..

Wednesday, March 9, 2011

pening

Salam sejahtera semua..

entah kenapa tetiba pening..
mengadap lappy sedari pagi...
aduhh... buat jadual sampai fenin..

                                                                                        thanks en gugel.
kerja sampai pening..

Tuesday, March 8, 2011

Bercanda di hujung minggu...

Salam sejahtera semua..

kerana asyik bercanda-canda, terlupa pulak nak update blog.. tak apa, lelabah belum sempat buat sawang lagi... hehe

bila ada kenduri kahwin dan tiada aral melintang.. pastinya jemputan itu tidak akan dilepaskan begitu saja..


 perkahwinan ummi syakira dan ivan daniel di ipoh...
selamat pengantin baru 
semoga kekal bahagia dunia akhirat



bonda kesayangan dan makcik zan



hehehe... 
sempat pulak si ikhwan snap gambor ayam disalut kuah ni...

memang seronok dapat jumpa saudara mara..
lepas di ipoh, kami ke salak utara pulak
tengok kak yong n new born baby

sebab terlalu asyik tengok baby, lupa nak snap gambor.. hehehe
selesai sehari bercanda..

Friday, March 4, 2011

memang anak ayah...

salam sejahtera semua

sempena cuti maulidurrasul baru-baru ni, beberapa masjid di sekitar manjung mengadakan majlis ceramah dan bertujuan antaranya untuk menjalin ukhuwah sesama muslimin...

tengokla si izham asyik dengan pameran radio. minat ayahnya, dah berjangkit pada anaknya.. sebelah am tu orang kuat radio, en suhaimi aka cik mie




Thursday, March 3, 2011

Bila bosan, jom jalan-jalan kat "rumah" kawan-kawan

Salam sejahtera...

Mesti ada hari-hari yang kita rasa nak berBW je kan... tak buat apa-apa entry.. sekadar jalan-jalan .... kadang-kadang jd silent reader je..

tp terpanggil pulak nak copy paste award dari mak dara ni...
tetiba pulak tersuka...

'Create


***okay...  sesiapa yang rajin BW tu, boleh le ke blog mak dara ni ye... 
pssssttt... manalah tau boleh belajar tulis skrip drama...

Wednesday, March 2, 2011

Mesyuarat....

salam sejahtera semua...

sekarang ni di mana-mana sekolah sibuk dengan aktiviti sukan... sukan permainan pertandingan antara sekolah dan antara daerah...
kat sekolah akakpun sama juga..
hari ini saja ada dua event berlangsung..
bola tampar dan bulu tangkis  aka badminton.. hehehe

dalam pada tu, cikgu-cikgu lain juga sibuk mengajar dan ada juga mesyuarat  ~ sebelah petang..
termasuk le diriku ini...
masuk mesyuarat, kita fokus.. sebagaimana kita mengajar di dalam kelas...


*** masa mesyuarat ada yang terlebih suka bercakap...

Tuesday, March 1, 2011

Bulan march.... ujianpun bermula...

Salam sejahtera semua

....... ermmm.. cepatnya masa berlalu.. dah masuk bulan march..


bulan march..
bulan ujian
anak-anak semuanya menghadapi ujian bulanan I

so, apa lagi?
tutup tv,
shut down lappy
off handphone

open up your books
and read

study smart!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...