Wednesday, July 29, 2009
Cemburu....
Setiap manusia mesti pernah berasa cemburu pada seseorang. Atau seseorang lain pernah cemburu pada kita....
Kenapa eh cemburu?
...kerna sayang?
...kerna marah?
...kerna benci?
...kerna dengki?
...kerna.... ???
banyak sangat yang negatifnya. kalau cemburu kerana sayang.... perlu berpada-pada. Cemburu pada suami... itu tandanya isteri sayang pada suami. Bukan saja-saja nak cemburu... kalau nampak suami asyik sembang dengan perempuan lain, si isteri mesti cemburu. Tak banyak, sikit mesti ada.. kan?kan?kan?
Ala biasa la isteri cemburu kat suami..
tp bila suami cemburu pada isteri? suami terlebih ego? atau isteri lebih berjaya daripada suami? tak pasti pulak kenapa.. hanya suami yg boleh jawab.
antara adik beradikpun boleh cemburu. Cemburu ayah sayang along lebih... cemburu ibu sayang usu lebih... macam-macam jenis cemburu...
Korang cemburu ke?

Thursday, July 23, 2009
kualiti udara di manjung tidak sihat
"kak lin, dah pindah rumah ye?"
"ye.. dah dekat bulan puasa... nak tak nak pindah juga walaupun hari ahad"
"teacher demam ke? suara macam hidung tersumbat"
:p
"teacher, you looks red today!"
:)
bertambah dengan kualiti udara yang tidak mengizinkan, dengan aktiviti yang sangat padat... tanpa memikirkan kesihatan diri.... maka tekak ini terpisat-pisat.. dah nak masuk seminggu... dan aku memang malas untuk memanjakan diri pergi klinik... macam sakit teruk. sekadar beli fisherman's friend... udah... minum air masak bergelen-gelen....
memang ambik masa....
semalam macam nak hujan... tapi tak jadi. kat manjung ni memang selalu camtu. Awan hitam datang macam nak ribut... akhirnya ditolak angin pergi ke tempat lain...
tak apalah... jangan stress. Think positive. terima segala ujian dari tuhan dengan penuh keredhaan.

Tuesday, July 21, 2009
Adik handsome?
Roti memang kegemaran Izham. Termasuklah roti canai. Sebab dah selalu sangat makan kat kedai mamak, jadi pelanggan yang setia. Setiap minggu kalau tak bungkus, mesti singgah makan kat Restoran Biriani.
Brother kat situpun dah jadi macam sedara. Kalau tak pekena roti canai, mee goreng dah tentu.. Am ni nampak je kecik, tapi kuat makan. Disebabkan selalu sangat ke situ, abang-abang tu suka mengusik Am.
"Adik handsome, hari ni nak teh o ais ke teh tarik?"
"Teh tarik" selamba je Am jawab...
Tapi jangan sekali kena usik/sakat kakak-kakak or kaum hawa... mencurah-curahlah tangisannya.....

Friday, July 17, 2009
Happy birthday "Warisku minangrawa"
Alhamdulillah. baru setahun jagung usia blog kesayanganku. Hari ini 17 Julai, happy birthday to you.
Kerna sayang, hari-hari ku menatapmu..
Kerna sayang jua aku sanggup berkorban untukmu..
dan kerna sayang jua, aku terkadang membencimu...
kerana sayang aku tetiba jadi cemburu...
Blogging jua menjadi medium aku mengenali ramai kawan-kawan di alam maya ini.
Tidak bisa menulis semua nama... namun kalian tetap di hati. Walau tidak pernah bersua muka, terasa mesra di hati. Mudah-mudahan persahabatan ini berkekalan.
Ramai yang bertanya .. kenapa minangrawa? kenapa tak minangkabau?
Sengaja letak minangrawa sebab suamiku orang minang dan aku orang rawa. itu saja sebabnya.
Sepanjang setahun ni dah 3 kali bertukar header. Layout pun adalah 2, 3 kali jugak aku tukar. Sekadar mengimbas kenangan... aku bukanlah expert or kreatif sangat... tp.. bolehlaaaaaa..

Sayang selalu;
Thursday, July 16, 2009
Aku bukan sahabat sejati?
Assalamualaikum.. dah lama rasanya tak mengn3 di rumah ni. Mintak maaf juga kepada semua rakan-rakan yg rajin berkunjung dan meninggalkan komen namun tanpa balasan.
Mungkin masih dalam mood yang kurang baik kerana banyak yang merungsingkan kepala... macam-macam ... from A to Z.. bukan lah dinamakan manusia jika tidak diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Tajuk n3 tu sebenarnya dah lama terperam ... sengaja tak dipublishkan... ntah cammana teringat.

..................
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
................................
Lazimnya memang sesiapapun suka mencari sahabat sejati. Namun pernahkah kita terfikir untuk menjadi sahabat yang sejati kepada orang lain?
Adakah kita sanggup melakukan apa saja yang tersenarai untuk menjadi sahabat sejati? Adakah aku sahabat sejati?
Wallahualam..
Saturday, July 11, 2009
Moga kau Mengerti
Telah datang satu runtunan rindu
Menyusup sehingga aku terkaku
Bolehkah aku seru namamu
Pada setiap penghujung rindu ini?
Atau sering-sering
Aku berbisik sendirian
Kirim pada angin
Bercerita tentang rindu padamu!
~Adeena Adalia Rasya
Pengarang : Lily Haslina Nasir http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Sibuk berkemas-kemas untuk pindah rumah, novel ini sempat lagi aku baca. Novel setebal 533 mukasurat... terpisat-pisat mata nak menyudahkan bacaannya... Sesekali tersenyum kembali kerana bait-bait ayatnya dan pengkisahan tentang Adeena seolah-olah mengisahkan tentang si penulis itu sendiri...
Hai Lily, macam baca kisah benar je... Tapi harap-harap watak kejam Kamali tu bukan yang sebenar ye.. hehe.. Cik Lan romantik ke???
Wednesday, July 1, 2009
gaji oh gaji...
Hari ni baru 1 hb Julai 2009. Kalau bekerja sebagai staff kerajaan, congak-congak baru 5 hari dapat gaji...
Bagi yang naik gaji bulan Julai, 25 julai nanti barulah dapat tambahan kenaikan gaji. itupun kalau kerani up to date... kalau tak.. bertunggak lagi.
Cerita pasal gaji ni memang takkan habis. Sampai pencen... lepas pencen, cerita pasal dapat pencen pulak. kalau ambik skim pencen. kalau ambik skim kwsp? atau kerja swasta .....????
Cerita tak cukup gaji bulanan, memang dah selalu kita dengarkan. Ada juga kengkawan yang seminggu dapat gaji dah termenung makan maggggiiiii. Bayar bil, bayar hutang piutang... sekejap je duit gaji merasa dipegang. Zaman canggih sekarang ni, silap haribulan, langsung tak merasa pegang duit gaji... al maklumlah.. zaman e-banking ni. Bayar bil semuanya online... bayar hutang kredit kad, pun pakai online.. memang sah tak merasa pegang not-not biru hijau merah...
Respect pada kengawan yang simpan duit gaji banyak-banyak. Setiap bulan, 60% duit gaji harus disimpan dan dilaburkan. Simpan dalam akaun tetap. yang tak boleh keluar.... dulu-dulu simpan tabung haji... bila tak berduit, segan nak pegi cop jari kat kaunter tabung haji. Tapi sekarang? cucuk je kat atm.. sekejap je lesap....
bagi yg makan gaji... dan dah tentu tiap bulan dapat gaji... sesekali kena beringat juga..
tapi bagi yang pelik ...
""kerja penat penat... gunalah duit gaji tu... simpan banyak-banyakpun belum tentu sempat kita guna.. apa susah... hujung bulan dapat lagi..."""
?*$??!!#$... no komen.......
Subscribe to:
Posts (Atom)