Thursday, July 16, 2009

Aku bukan sahabat sejati?

Assalamualaikum.. dah lama rasanya tak mengn3 di rumah ni. Mintak maaf juga kepada semua rakan-rakan yg rajin berkunjung dan meninggalkan komen namun tanpa balasan.

Mungkin masih dalam mood yang kurang baik kerana banyak yang merungsingkan kepala... macam-macam ... from A to Z.. bukan lah dinamakan manusia jika tidak diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Tajuk n3 tu sebenarnya dah lama terperam ... sengaja tak dipublishkan... ntah cammana teringat.
..................

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
................................

Lazimnya memang sesiapapun suka mencari sahabat sejati. Namun pernahkah kita terfikir untuk menjadi sahabat yang sejati kepada orang lain?

Adakah kita sanggup melakukan apa saja yang tersenarai untuk menjadi sahabat sejati? Adakah aku sahabat sejati?

Wallahualam..

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...