Tuesday, December 9, 2014

Cik Cinderella dan Encik Tengku

Salam sejahtera semua...


Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni ditinta oleh AIRISZ... Saya suka sangat baca novel AIRISZ ni. Dulu dah pernah baca Cik Bunga dan Encik Sombong. Novel kisah cinta ni santai dan ada unsur lucu..

Sedikit sinopsis yang saya dapat kongsikan..

"Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada seorang mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku SHA. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, jadi ada sebab ke aku nak sukakan dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia ASHRAF... Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan ASHRAF.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opppsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makanpun sanggup. Cerdik sungguh!!

Tapi kan, suatu hari Daniel bagi aku sejambak bunga . Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highland terbalik.. Tak percayalah....

Tapi semuanya menjadi amat sukar.. Aku tak mampu tolak amanat arwah ibu dan aku juga tak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel. Siapa harus aku pilih??? Ashraf atau Daniel?"

Novel ni ada 475 mukasurat dan berharga RM21.00
Selamat membaca!

6 comments:

  1. Wah, cantiklah blog ni..suke..suke..suke..jom tgok blogbsaya lak:
    danishdaMiadaris.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih noradyani. Nanti ada kesempatan akak jenguk blog awak ye.

      Delete
  2. Dh lama x baca nobel. Ntah bila nk start blik. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheayang.. saya suka beli banyak2 baru baca... macam nak pitam.. haha

      Delete
  3. Salam singgah!!
    Macam best jer novel tu...kesudahannye apa :p
    saya suka tulisan ramlee awang murshid..tapi dah tertingal beberapa novel sejak ada anak kecik...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...