Tuesday, January 31, 2012

Aku, kolej dan rp

Salam sejahtera semua..

Awal tahun memang banyak sangat kerja yang nak dibuat... Pelan taktikal, pelan operasi, carta gantt, rancangan pelajaran tahunan.. bla.. bla..

bukan mudah menjadi seorang pendidik sebenarnya... kalau nak disenaraikan, tidak cukup 2 helai kertas kajang... kalau pernah perasan, di mana-mana sahaja laman sembang.. fb, twitter .... mesti ada yang rajin tolong senaraikan "kerja cikgu"... dari tukang ajar ke tukang hantar anak murid sakit sehinggalah ke tukang sapu... semua cikgu yang buat... dan cikgu-cikgu ni sangat rajin dan tidak merungut-rungut walaupun terpaksa kerja lebih masa jika dibandingkan dengan penjawat yang lain..

sekarang, hari bekerja 5 hari seminggu. bekerja 12 bulan setahun. tetapi ada guru bekerja 7 hari seminggu.... walau ada yang kerkata,
"cuti sekolah, cikgupun cuti"
mungkin 10% sahaja yang bercuti... 90% lagi kena habiskan masa cuti dengan aktiviti sekolah yang telah dirancang...

eh! apa kena mengena "kolej" tu?

kolej? sekolah? sama ke?
sekarang ni sekolahku dinaiktaraf menjadi kolej. tetapi pelajarnya adalah pelajar lepasan pmr. baru nak masuk 16 tahun.. masih berfikiran anak-anak.. so sama je sebenarnya tetapi tugas mengajar tetap sama malah kami pendidik di kolej ni bekerja 8-5 sama dengan penjawat yang lain... diluar waktu rasmi, kami masih melakukan tugas lagi... di padang, di kelas tambahan... hehehe

memang penat dan ralat sebenarnya..

"jangan merungut"
"kerja dengan ikhlas"

rp? ala semua cikgu tahu...
ringkasan pengajaran..
sekarang dah tak pakai buku.. guna helaian kertas.. masuk dalam fail




Aku, kolej dan pendidikan sivik

Salam sejahtera semua

Ermmm... pagi-pagi hari di bilik guru..
aku belek-belek dulu surat khabar yang ada di atas meja ..
mencari sesuatu yang boleh kujadikan bahan untuk mengajar hari esok.
Sehelai satu persatu ku selak..
namun tiada satu yang menggamit hati melainkan gambar seorang penyanyi terkenal negara yang kulihat makin berisi penampilannya. Berbadan duakah dia?

Aku terus memerhati dan mencari-cari..
"buang masa je" berdetik di hati..

aku lantas bangun menuju meja kerjaku.
meja usang yang terus setia bersamaku sejak lebih sedekad lalu...
terus membuka gajet kesayanganku...
"ahhhuarghh...."
hai, pagi-pagi lagi aku dah menguap...
kelas hari ini hanya bermula jam 2.30 petang... ada lebih kurang  5 jam lagi..

"tengok buku sivik la..."
sejak berkhidmat selama hampir 19 tahun, tak pernah aku mengajar subjek ini... walau dalam proses pengajaran dan pembelajaranku, sering aku menyelitkan nilai-nilai murni bagi mengusik sedikit emosi pelajarku...

pendidikan sepanjang hayat...
macam membosankan..
tapi aku boleh je suruh pelajarku menghuraikan satu persatu maksud, definisi dan contoh sekali..
ok.. dah dapat idea...

tiba-tiba..
"puan.. jom kita ke kafeteria.."
aku tersenyum..
jommm.. dalam hati berbunga riang.. hehehe
bersambung...

ini bukan sarapan pagiku..
sekadar berkongsi..
jamu mata..

Monday, January 30, 2012

Mee banjir udang kuala sepetang

salam sejahtera semua

masa cuti raya cina yang baru ni kan saya ke taiping... bersama anak dan suami ,,, kat sini link nya..
saya teruja nak pergi makan kueh teow dolly yg famous tu..
"ala mak, tak payah pegi.. lambat nanti"
"alahai.. kempunan le.. mana ewan tau?"
"kat dalam tv dah citer dia masak guna dapur arang..berejam menunggu"
"okay  okay.. kita pegi kuala sepetang la.. cari mee banjir udang mak teh"

jalan-jalan, dari kauh kami dah nampak banyak kereta dipakir di bahu jalan... sekadar lalu dan kami nampak memang ramai umat manusia...
dihadapan lagi.. sekitar 3km.. ada lagi..
"mee banjir udang mak jah"
punyalah ramainya... ramai dari yang tadi..
"mana-manalah.. janji boleh isi perut..

kami berpatah balik ke gerai mak teh memandangkan gerai mak jah lagi ramai dan penuh dengan manusia lapar,,

kami menunggu juga mencari tempat yang kosong. 5 minit kemudian baru dapat order.. aku dan suami order mee banjir udang dan anak-anak nasi goreng udang.



 haaaa.. inilah rupa mee nya..
rasanya biasa je ..
macam rasa mee bandung

mungkin sekali ni aja pegi.. selepas ni.. cari kedai lain pulak


on the way balik ke seri manjung, kami sempat ke kolam air panas
merendam kaki yang kebas-kebas ...
aduiiiiihhhhh.. panas betul airnya..
tp best


Buat insan yang berfikir ~ kejadian janin

salam sejahtera

sekadar berkongsi info tentang kejadian manusia(janin) dan bukti kebenaran Al Quran.




ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Kemudian nutfah itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu (‘alaqah) Kami jadikan segumpal daging (mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.
 -Surah al-Mukminun ayat-14
 
 saya berterima kasih kepada senior saya,Dr. Zainur Rashid atas perkongsian ilmu ini...
sila ke link beliau untuk selanjutnya..

Tahniah Awan Nano.. AJL 26

Salam sejahtera semua...

haaa ... kan betul tekaan akak. Lagu Awan Nano ciptaan M. Nasir, nyanyian Hafiz menang AJL 26.
Tahniah!
Walaupun penyanyinya Hafiz cuma berkaki ayam dan simple sgt pakaiannya, beliau mampu membawa pulang dua kemenangan sekaligus termasuk Vokal terbaik.

Berikut senarai pemenang AJL 26 2012:
Lagu Terbaik
1. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
2. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)



Persembahan Terbaik
1. Alyah - Kisah Hati (Manusia Putih/Manusia Putih)



Vokal Terbaik
1. Hafiz - Awan Nano (M.Nasir/Budi Hekayat)




Tahniah kepada semua pemenang..


 kredit utk TV3 untuk foto..

Sunday, January 29, 2012

Kenapa ada yang dengki?

Salam sejahtera semua


kenapa ada sifat hasad dengki dalam diri manusia?
rasa tidak puas hati kejayaan orang lain
biarkan saja..

seseorang itu berjaya kerana usahanya..
tak kiralah usahanya itu usaha yang ikhlas atau tidak

yang penting
jangan berhasad dengki..
siapa kita untuk dengki mendengki?


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 26 2012

Salam sejahtera semua...

entri ini saya siapkan beberapa jam sebelum siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke 26 berlangsung... Semua sedia maklum jam 9:00 malam nanti di TV3.. ramai yang akan menghadap kaca tv masing-masing..
atau sekiranya tidak berkesempatan menonton, boleh klik kat bawah ni..

ANUGERAH JUARA LAGU 26

ATAU pegi je kat tonton.com

mungkin ramai sedia maklum komposer dan artis mana yang bertanding . Berikut disenaraikan giliran lagu yang bertanding malam ni...

1. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
2. Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
3. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
4. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
5. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
6. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
9. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
12. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)


Agaknyalah lagu mana yang menang ye?
Awan Nano?



Keputusan penuhnya saya update kemudian ye..
datang balik tau..

update: untuk mengetahui keputusan penuh: klik SINI...


XPDC HAJI

Salam sejahtera semua

saya sedang baca buku ini. Terpanggil untuk membacanya sebab saya masih belum sempat menjadi tetamu Allah menunaikan fardhu haji. InsyaAllah jika suatu hari, dengan izin Allah, ada rezeki saya ke sana dan jika diberi kelapangan waktu, saya juga ingin mencatatkan pengalaman saya menerusi blog saya. Kalau dapat tulis sebuah buku.. ok jugak..

Buku yang ditulis oleh cikgu Haji Zainal bin Haji Bujang setebal 240 ms ini mengisahkan tentang
pengalaman beliau pertama kali naik haji. Dikisahkan dalam bentuk penceritaan yang menarik. Disulami dengan peristiwa suka duka. Kisah pertama kali naik haji selalunya adalah yang paling syahdu dan merupakan memori pertama yang paling tulen dan sejati. Nostalgia pertama mampu menjadikan kita tersenyum ria atau merintih duka di penghujung usia. Penulis menitipkannya di dalam XPDC HAJI sebagai kepincangan dan kelemahan haji pertamanya sebagai iktibar untuk bakal-bakal haji yang akan menjejak kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya.

jom baca...

Zoo Taiping

Salam Sejahtera semua..

Sempena cuti tahun Baru Cina yang panjang, saya dan suami sempat bawa anak-anak ke destinasi percutian antara yang popular di Perak ni.. Mana lagi.. Zoo Tepen le..
Nak pergi jauh, tak nak sesak-sesak dengan manusia lain yg nak balik kg beraya...

Sebenarnya dah banyak kali pergi.. tapi nak juga pergi.... janji pergi..hehe



Dah banyak berubah... maklumlah dah hampir dua tahun tidak berkunjung ke situ...
Nurul dan Izham sempat berfoto di depan pintu masuk.
kaunter tiketpun dah diubahsuai..
dah cantik dan bertambah besar...
tapi kalau nak masuk, sila bayar ye... RM12 bagi dewasa...



punyalah ramainya manusia kat sana.. tersnap pulak foto mat bangla ni.. hehe
antara foto yg diambil hari tu...


 ni tempat rehat selepas penat memusing sekitar zoo. kat sini juga boleh buat foto shoot dengan ular albino.. kalau tak takut or geli geleman le..



ikan-ikan ni memang gemok-gemok.. senang hati kot sbb ramai yg datang bg makan..



sempat bergambar kenangan.. sebelum balik


bila pulak nak sampai lagi kat sini...

Saturday, January 28, 2012

Majlis Rumah Terbuka Malaysia ~ Tahun baru Cina 2012

Salam sejahtera

Malaysia negara majmuk.. Bermacam kaum. Pelbagai perayaan.

Saya tinggal di Seri Manjung.. berhampiran Sitiawan. Penduduk Sitiawan majoritinya cina. Tahun ni sempena perayaan tahun baru cina, diadakan majlis rumah terbuka Malaysia TBC..







ook.. boleh ramai-ramai pergi ke sana...
tengok apa yang ada..
jalan sudah pasti sesak

Ahli Parlimen Lumut, YB Dato' Seri Kong Cho Ha merangkap Menteri Pengangkutan pastinya sibuk sana-sini memastikan setiap persiapan terurus sempurna.  Melawat tempat sambutan, temuramah dengan rtm1 ...




kredit  fbDato'SeriKong..

Friday, January 27, 2012

Nasi ayam

Salam sejahtera
anak-anak saya memang suka makan. sebab tu mereka membesar bagai johan.. hahaha.
Mereka suka makan sebab emak mereka ni suka masak yang sedap-sedap...
hahaha bila lagi nak puji diri sendiri..

hari ini masih lagi bercuti sempena tahun baru cina. semalam tak sempat masak. beli laukpun bukan anak-anak nak makan sangat. Akhirnya membazir.. buang dlm tong sampah.

Hari ni menu simple yag anak-anak pasti suka.. apa lagi nasi ayam la..

Sangat senang nak buat. Kena buat sup ayam dulu baru masak nasinya.

Hari ni saya ubahsuai sedikit selera sayurannya. Selalu saya potong timun dan tomato .. makan camtu aja. Tapi hari ni saya buat salad timun + kobis + tomato + bawang + cili + mayonis. Simple tapi anak-anak mesti makan sebab ada sos mayo tu..



ayamnya saya goreng biasa je. nak panggang.. malasss..


lihat sup ayam saya yg berminyak tu.. minyak ayam je..
kenapa berminyak? sebab saya masukkan "bont##" ayam heheh

gambar nasi ayam saya ni saya dah letak cantik..
tetiba nasi tu menggelongsor jatuh..
saya bukan tukang masak pro
apatah lagi pakai camera hfon cp ayam je...
 oh lupa pulak.. kalau nak resepi
silakan klikklik..


Operasi membayar cukai...

Salam sejahtera semua..
Masih lagi bercuti walau ada anak-anak yang dah mula sekolah.
Awal tahun sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.. membayar segala yang patut... dapat bayaran RM300 (tq pak jib).. macam tak cukup je..

Bila tengok tarikh januari dah hampir ke penghujungnya dan sementelah masih bercuti, ajak suami melunaskan segala urusan cukai.. apa lagi kalau bukan cukai pintu dan cukai tanah. Nanti bulan mac/april sibuk pulak dengan cukai pendapatannya...

disebabkan ada perkhidmatan "drive thru" di majlis perbandaran manjung, mudah sangat nak membuat urusan.



saya sudah bersiap sedia dengan bayaran secukupnya, tetiba petugas kaunter tu kata
"masih bayaran lama"
hehehe.. alhamdulillah.. dan disebabkan saya bayar penuh untuk setahun..
"nanti ambil hadiah di kaunter atas"
ingatkan malas nak keluar kereta.. terpaksa jugak..



inilah hadiahnya... sehelai tuala muka..
ok.. sesiapa yang tinggal di manjung, sila jelaskan bil cukai anda dalam bulan january ni
dan boleh claim tuala ni..

selesai urusan di MPM, kami terus ke pejabat tanah pulak.. ramai juga manusia di sana. terus ke kaunter pertanyaan sebab dah berzaman tak dapat bill.. 



seperti yang dijangka, sejak saya tinggal di rumah terkini, saya belum pernah membayar cukai tanah.. hehehe..
kena denda tu tak apa..
tapi saya bengang dengan keraninya yg banyak mulut tu... malazzzz nak bebel.. saya yg bayar cukai, bukan ko...

selepas melayang beberapa hinggit.. saya rasa sangat lega sebab saya hanya perlu fikirkan perkara yang sama setahun dari sekarang.. hehehe

kesian juga pada seseorang sebab 11 tahun tak bayar cukai...
terpaksa le keluar duit ribu reban hehehe
 

Sunday, January 22, 2012

kueh teow sup

Salam sejahtera semua

cuti seminggu tanpa ke mana-mana menjadikan aku seorang surirumahtangga sepenuh masa. Seawal subuh, mata tidak boleh lelap. nak sudahkan baca buku cerita agak malas. Maka hari ni dengan pantas ke pasar.
"kalau lambat, habis pulak tulang lembu tu..."
"ala... tak payah masak..."
"mana boleh.. nanti kelaparan"

tak sampai setengah jam bershopping barang keperluan sekurangnya untuk dua hari, pantas aku balik dan menyediakan juadah tengahari. Breakfast sekadar roti canai..

sambil menunggu daging di tulang empuk, sempat lagi buat 5S.. sisih la.. apa lagi. Dapat kosongkan 3 tong baju.. buang buang buang... dah tiga tahun tak usik..


inilah hasilnya..
lunch n dinner for today

Thursday, January 19, 2012

Berkongsi bahagia di bulan Januari

Salam sejahtera semua

bulan januari dah masuk minggu ketiga.. sekejap je rasa
bulan januari.. seawal 5 januari..
suami menyambut ulangtahun kelahirannya.

selang lapan hari, ikhwan, putera sulungku pula menyambut hari kelahirannya.
Ini menjadikan aku mengenang kembali saat-saat melahirkannya
dilahirkan tepat 12:07 tghari, 13 januari
dengan berat 2.60 kg, ikhwan dilahirkan tidak menangis
terdapat sedikit bengkak di kepala
menyebabkan dia dimasukkan ke dalam incubator
ohhh... perasaan cemas berbaur gembira..
kata doktor "tersepit masa dilahirkan"

yang pasti setelah 16 tahun berlalu,
ikhwan berupaya menjadi pelindungku...

5 hari berlalu..
hari lahirku pula..
tahun ini masuk ke angka 44
pusing ke manapun tetap 44
namun aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk
terus beramal kepadaNya
dan aku berdoa semoga
kebahagiaan, keselesaan, kesihatan
ini menjadikan aku hamba Allah yang redha, bersyukur dan sentiasa akan berusaha
sebaik mungkin
aku juga berdoa semoga aku kekal menjadi anak yang baik kepada emakku, arwah abahku, arwah emak mertuaku dan papa mertuaku
menjadi isteri mithali kepada suamiku
menjadi emak penyayang kepada zuriatku
menjadi guru yang berbakti kepada anak didikku
menjadi sahabat yang disayangi sepanjang masa

alhamdulillah..
bulan ini kami berkongsi kebahagiaan itu..


Monday, January 16, 2012

Beli tupperware lagi...

Salam sejahtera semua

mulai tahun 2012 ni, sejak sekolah dah naik taraf kolej,
masa bekerja dah jadi 8 pagi hingga 5 petang.
so, pergi kerja lewat 30 minit dari biasa..
makanya, sempat sangat-sangatlah nak buat sarapan untuk anak-anak...

bukan setakat sarapan ye.. siap bekal sekali..
bila tengok stok tupperware...
banyak yang terlalu besar..
yang kecil comel semua hilang???
bukan hilang.. kadang-kadang bawak balik kg..
atau letak merata-rata.. bila cari tak jumpa...

langkah paling pantas..
beli je yang baru..
bukan mahalpun...
hehehe
so,
boleh menambah koleksi.. 
heehe..

Thursday, January 12, 2012

Doa dimudahkan segala urusan dan hajat

Salam sejahtera semua


kadang-kadang kita rasa kita susah sangat melalui hidup ini.. ada je yang tak kena..
so.. sekadar berkongsi doa ini untuk kita sama-sama amalkan.
dengan doa yang khusus ini, semoga urusan kita dimudahkan Allah..

terimakasih untuk DSonline.

Seribu Bintang

Salam Sejahtera semua...


entah kenapa tetiba teringat nak nyanyi lagu ni...
lagu ni famous sangat 20 atau 30 tahun yg lalu..
masa tu masih belajar di sekolah menengah..
ingat nak post videonya sekali.. tp line internet lembab.. so.. nyanyi tengok lirik je ye..


Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Korus
Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

( ulang Korus )

Jangan permainkan cintaku

Tuesday, January 10, 2012

Jadual gaji 2012

Salam sejahtera..
ok dah masuk minggu ke dua bulan januari 2012..
bila nak dapat gaji?
bulan januari mesti cepat sebab kawan-kawan bangsa cina nak raya..


so bolehle merancang apa nak beli, apa nak bayar, apa2 yang nak dibuat.....

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012

Salam sejahtera semua
saya ingin mengucapkan salam tahun baru 2012 kepada semua pembaca, pengunjung wariskuminangrawa
InsyaAllah semoga tahun baru..azam baru... semangat baru... semuanya lebih baik drp 2011...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...