Salam sejahtera semua
bulan januari dah masuk minggu ketiga.. sekejap je rasa
bulan januari.. seawal 5 januari..
suami menyambut ulangtahun kelahirannya.
selang lapan hari, ikhwan, putera sulungku pula menyambut hari kelahirannya.
Ini menjadikan aku mengenang kembali saat-saat melahirkannya
dilahirkan tepat 12:07 tghari, 13 januari
dengan berat 2.60 kg, ikhwan dilahirkan tidak menangis
terdapat sedikit bengkak di kepala
menyebabkan dia dimasukkan ke dalam incubator
ohhh... perasaan cemas berbaur gembira..
kata doktor "tersepit masa dilahirkan"
yang pasti setelah 16 tahun berlalu,
ikhwan berupaya menjadi pelindungku...
5 hari berlalu..
hari lahirku pula..
tahun ini masuk ke angka 44
pusing ke manapun tetap 44
namun aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk
terus beramal kepadaNya
dan aku berdoa semoga
kebahagiaan, keselesaan, kesihatan
ini menjadikan aku hamba Allah yang redha, bersyukur dan sentiasa akan berusaha
sebaik mungkin
aku juga berdoa semoga aku kekal menjadi anak yang baik kepada emakku, arwah abahku, arwah emak mertuaku dan papa mertuaku
menjadi isteri mithali kepada suamiku
menjadi emak penyayang kepada zuriatku
menjadi guru yang berbakti kepada anak didikku
menjadi sahabat yang disayangi sepanjang masa
alhamdulillah..
bulan ini kami berkongsi kebahagiaan itu..
Selamat Hari Lahir Kak Hazlin.. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteSemoga akak berbahagia di samping keluarga tercinta.
tq cikgu nur..
ReplyDeletesemoga hidup kita sentiasa diberkati Allah.. aminnn..