Wednesday, December 1, 2010

Nasi ayam

Salam sejahtera semua...
Amboi! Amboi! Amboi!  ... pepagi buta dah tayang menu nasi ayam... tak apalah.. Mana tahu hari ni ada yang mengidam... ha cepat-cepat pergi pasar beli bahan-bahan..

BAHAN UNTUK NASI:
Beras
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (diketuk)
Air rebusan ayam

CARA MEMBUAT:

  • basuh beras seperti biasa
  • masukkan halia dan bawang putih
  • Masukkan air rebusan ayam dan tanak seperti masak nasi biasa ( kalau nak wangi boleh masukkan sehelai daun pandan)
BAHAN AYAM:
300g daging ayam tanpa tulang
5 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT:
  • gaul rata ayam pada tepung
  • gaulkan juga garam dan serbuk kari
  • panaskan minyak dan goreng sampai masak
  • angkat dan hidangkan
BAHAN UNTUK SOS
5 sudu besar sos cili
3 biji cili
sedikit halia

CARA MEMBUAT:
  • kisar semua bahan dengan air suam dan hidangkan

***jangan lupa kepada yang suka sayur, boleh makan dengan salad... yummy!

2 comments:

  1. KakLin, goreng ayam tu pakai kari and tepung beras? This is totally new to me...

    Terliur jugak nak cuba ni...nampak menyelerakan lah picture tu, a very nice caption!

    ReplyDelete
  2. kak. macam tau2 je saya baru balik maslee beli barang2 dapor
    dalam kepala da plan nak masak nasi ayam. resepi kite lebih kurang same jek,cume cara masak ayam tu je lain.. i love ur entry! =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...