Salam sejahtera semua..
Masih lagi bercuti walau ada anak-anak yang dah mula sekolah.Awal tahun sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.. membayar segala yang patut... dapat bayaran RM300 (tq pak jib).. macam tak cukup je..
Bila tengok tarikh januari dah hampir ke penghujungnya dan sementelah masih bercuti, ajak suami melunaskan segala urusan cukai.. apa lagi kalau bukan cukai pintu dan cukai tanah. Nanti bulan mac/april sibuk pulak dengan cukai pendapatannya...
disebabkan ada perkhidmatan "drive thru" di majlis perbandaran manjung, mudah sangat nak membuat urusan.
saya sudah bersiap sedia dengan bayaran secukupnya, tetiba petugas kaunter tu kata
"masih bayaran lama"
hehehe.. alhamdulillah.. dan disebabkan saya bayar penuh untuk setahun.."nanti ambil hadiah di kaunter atas"
ingatkan malas nak keluar kereta.. terpaksa jugak..inilah hadiahnya... sehelai tuala muka..
ok.. sesiapa yang tinggal di manjung, sila jelaskan bil cukai anda dalam bulan january ni
dan boleh claim tuala ni..
selesai urusan di MPM, kami terus ke pejabat tanah pulak.. ramai juga manusia di sana. terus ke kaunter pertanyaan sebab dah berzaman tak dapat bill..
seperti yang dijangka, sejak saya tinggal di rumah terkini, saya belum pernah membayar cukai tanah.. hehehe..
kena denda tu tak apa..
tapi saya bengang dengan keraninya yg banyak mulut tu...
selepas melayang beberapa hinggit.. saya rasa sangat lega sebab saya hanya perlu fikirkan perkara yang sama setahun dari sekarang.. hehehe
kesian juga pada seseorang sebab 11 tahun tak bayar cukai...
terpaksa le keluar duit ribu reban hehehe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.