Wednesday, June 29, 2011

Milo ais

salam sejahtera semua

musim panas ni..
sedapnya dapat minum ais

milo ais..
yummy

Wednesday, June 22, 2011

mesyuarat... lambat ambil nurul

Salam sejahtera semua..

alamak! mesyuarat pulak jam 1.. kenapa baru dapat surat?
i got that letter yesterday morning..
how come i just get it now?...

mesyuarat 1 petang bermula hampir 15 minit lewat..
bla..bla..bla..bla.. alamak my turn is no 16... ermmm ermmm

layan ajelah..

"mak, nurul dah balik!"
jam di telefon bimbit 2:07
"okay.. mak mesyuarat ni! tunggu!"

bla.. bla.. bla..
okay, kita rumuskan...

"mak! lambat lagi ke?"
"okay, 5 minit lagi"

menjeling jam dinding 2:35

jam di dashboard kereta 2:58
aduhai.. kesiannya
dah balik jalan kaki ke
menangis ke

dari jauh aku nampak nurul masih di tempat menunggu.. duduk lantas berdiri bila sedar kehadiranku..
"sorry, jom kita g kfc hehehe"

nurul tersenyum lebar..
 :)

Tuesday, June 21, 2011

kerja yang tertangguh.. sabar ajelah....

Salam sejahtera semua..
kenapa mesti ada kerja yang tertangguh?
kerana segelintir manusia yang tidak pernah prihatin, kerja rutin jadi tertangguh...
kalau kerja yang perlu diselesaikan itu hanya melibatkan orang perseorangan... tak siap langsungpun tak apa..
contohnya kalau aku jahit baju aku sendiri, aku tak siapkan, aku yg tak dapat pakai.. padan muka aku.. huhuhu

tapi kalau kerja perlu satu pasukan.. dan masih tidak memberikan kerjasama..  semuanya berkait-kait..
urghhh...

tak apalah... mungkin kesabaran itu adalah perkara indah yang perlu ada di saat stress begini...

Wednesday, June 15, 2011

Penat rasanya

Salam sejahtera semua..

"Ermmm.. sedapnya bau.. chef Haris sedang memasak...."
"ayah masak apa dik?"
"macam bau goreng ikan bilis je"
"tak apalah.. sesekali ayah pulak masak.. selalu mak yg masak..."

sejak sembuh dari sakit ni, aku jarang sangat memasak.. bila rasa sangat sihat, baru masak.. itupun yg simple aja.. hari ni walau banyak waktu free untuk mengajar, tapi aku banyak habiskan masa dengan membuat kerja sampingan.. jumpa Pn. Big Boss bincang pasal analisis exam.. sebab line internet di sekolah ting toing, aku ambil kesempatan bincang pulak dengan Pn. second boss tentang program kecemerlangan... haaa hampir dua jam berbincang, aku tersedar perut dah berkeriyut... dah 1:30... bila nak lunch? makanan di kantin for sure dah habis.. nanti 2:45 ada meeting sukan pulak.. aduhai...

tak kira, aku bergegas balik rumah .. tengok ada nasi sejuk dan kari semalam.. makan ala kadar, siap sedia pulak nak pergi meeting...
selepas hampir sejam, bergegas pulak ke urusan seterusnya...

hari hujan renyai-renyai tapi tiada tanda nak berhenti... penat sungguh hari ni...


... dan sehingga entry ni ditaip, aku tak sabar nak tengok hasil masakan chef Haris.. heheheh

ni propa je from En gugel..

Tuesday, June 14, 2011

wow! cutenya..

Salam sejahtera semua..

"Puan Hazlin, boleh datang ke %&$#@*% sekarang....?"
"alamak, dah nak maghrib... esok boleh?"
"boleh!.. tp call i dulu okay :)"


"En. Soo, boleh i datang 3:30 ni?"
"yes u can"

dari jauh dah nampak En. Soo tersenyum meleret... terus membukakan pintu untuk kami masuk...
jom!

WOW!.. itu perkataan pertama bila pertama kali melihatnya, menyentuhnya... hehehe...

..dan aku jadi tak sabar...

Monday, June 13, 2011

hari pertama sekolah

salam sejahtera semua
hari ni hari pertama sekolah selepas bercuti dua minggu..
nothing special..
memulakan hari dengan mengadap lappy.. tp no networking... hampeh..
calling/sms rakan-rakan yg masih belum key in markah mid year exam.. actually tak suka nak enterframe.. but have to!
sorry ye kawan-kawan.. yg nyata credit i yang lebuh!!!
bila mengenangkan kerja sampingan, tak suka.. i like to teach, teach and teach..
buat analisis markah untuk pelajar kelas sendiri.. ada 3 orang yang masih ditahap lama.. dah belajar setahun enam bulan.. tp macam tak boleh lepas ke markah B.. macam tak belajar apa-apa.. why?

nampak gayanya cikgu yang kena struggle lebih..!!! huhuhuh

Sunday, June 12, 2011

Alhamdulillah.. beransur sihat..

Salam sejahtera semua..

setelah bercuti sekolah 2 minggu, dan merasai kesakitan akibat sakit lutut dan sendi tangan.. alhamdulillah Allah telah beri kesempatan untuk sembuh..
Tetap bersyukur kerana sangat sedar akan kebesaran Allah..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
mungkin juga sebagai kifarah kepada dosa yang dilakukan..
walau sakit, sempat jua ke KLCC dan Langkawi..

Alhamdulillah dan terima kasih rakan blogger yang mendoakan kesejahteraan..

Monday, June 6, 2011

Ke hospital manjung

Salam sejahtera semua..

hari ni dah isnin.. bermakna cuti sekolah ada lagi seminggu... tapi sakit di bahagian rahang ni tak jugak baik-baik... dah hampir seminggu. Mulanya ingatkan sekadar sakit sebab gusi bengkak atau panas dalam.. tapi bila melarat ke sendi tangan dan lutut.. nak solatpun susah... adusss.. terasa susahnya hidup bila nak makan pun susah... nak genggam tanganpun susah...

"Esok mesti pegi hospital"
"mak nak pegi hospital?"

.. kadang-kadang aku rasa hospital memberikan rawatan terbaik.  ke klinik swastapun ok... tp dah banyak kali sakit aku terus hospital je.. hospital ada kat sebelah rumah je.. hehehe

 kat kaunter ni urusan pendaftaran, ambil nombor giliran dan buat pembayaran
pembayaran cuma RM1
kalau ada 'guarantee letter' free of charge..


no 1146... so kena tunggu lagi 59 giliran
 biasalah hari isnin.. ramai orang
so, terpaksa menunggu hampr sejam setengah


 alhamdulillah bilik banyak .. ada 5...
aku masuk bilik 3 jumpa doktor..
lepas dia check rahang, bp dan jantung
dia bagi surat ambil ubat di kaunter ubat..
doktornya serius je...
(okaylah tu.. janji aku boleh baik)

sekejap je di kaunter ubat sebab orang dah tak ramai...
kat slip ubat tu aku nampak tulisan doktor tu arthritis...
alamak... dah tuanya aku...
lepas ni kena rajin minum susu..

zofen tu  ubat tahan sakit 
dan magnesium trisilicate co. tu ubat yang kena kunyah dulu baru telan..
rasa gula-gula mint!

ni ubat sapu kat sendi-sendi yang sakit..
berminyak dan berangin

google cari maksud arthritis

...dan alhamdulillah selepas makan ubat, ada rasa lega...

"sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati..."

Saturday, June 4, 2011

Myvi baru 2011

Salam sejahtera semua..

alahai menawan sungguh..
booking sekadar RM400.00. 
cepat cepat..


atau klik je kat sini.

Langkawi ~ free trade zone

salam sejahtera semua
bila dah sampai perlis, menginap pulak berhampiran jeti kuala perlis... hati melonjak je nak ke pulau lagenda... jalan kaki je dah sampai jeti.. hehehe
apa lagi.. seawal pagi kami menapak ke jeti selepas sarapan di hotel. sekadar pusing-pusing, beli-beli .. okay gak.


memang ramai sangat orang nak ke langkawi.
maklum saja cuti sekolah
hampir sejam menunggu feri
oh.. lupa pulak.. 
tambang feri sekarang ni RM18/dewasa
dan
RM13/kanak-kanak


apa ada di langkawi?
macam-macam ada..
kalau singgah ke pekan kuah, memang syurga makcik-makcik..


hj ismail group.. 
dulu kedainya kecil je.. satu lot kedai kecil yang masih digunapakai
kat jeti langkawipun ada
tengok harganya sama je kat jeti atau di pekan kuah...
kami singgah kat sini
sebab nak beli pinggan..
bukan banyakpun
sekadar ada kadar...


memang rambang mata


langkawi saga
kedai ni kat depan kedai hj ismail group
macam-macam ada..



deretan kedai lain yang banyak di pekan kuah..

Friday, June 3, 2011

Mangga harumanis

Salam sejahtera semua

 
pernah tak makan mangga harumanis ni?
kalau tak pernah, mesti cuba..
mangga ni hanya sesuai ditanam di perlis indera kayangan.
memandangkan keadaan cuaca yang sesuai di sana.
buah bermusim ini banyak terdapat antara bulan disember ke april 
kalau mei-jun tu dah kira buah hujung...



enak dimakan begitu sahaja 
atau
makan bersama pulut

memang enak dan banyak permintaan 
dan tak hairan jika harganya boleh mencecah RM18 sekilogram.. 
biar berapa mahalpun harganya..
memang berbaloi sebab sedap, enak, manis dan bersari...

Pasar Bulat Padang Besar

Salam sejahtera semua

Antara tujuan utama ke perlis, ialah nak cari seluar track untuk ikhwan. kot la ada size 4XL ke.. maklum aja.. anak bujang tu sangat le besarnya. Bila dah sampai ke Padang Besar, selepas melalui ladang tebu di Chuping, hari tersangatla panasnya...

 kali terakhir ke padang besar 
pada tahun 2003
masa tu balik dari langkawi
... dan sedang mengandungkan izham 7 bulan..


 inilah pokok tebu..




terus ke pasar bulat...
masing-masing teruja nak beli spek..
konon panas.. mata tak tahan



 tapi sebenarnya tak tahan nak peghabih duit..


di pasar bulat ni macam-macam ada.. tapi kebanyakannya dijual baju, seluar, jaket, t-shirt (pastinya yg cetakrompak   tak asli)... harga boleh runding.. tapi macam biasale kan.. kebanyakan pekedai dah pandai letak harga yang sama... harga seluar track kebanyakannya dari RM15 - RM25 ikut size... broochpun banyak kat sini.. 

selepas penat memusing, banyak juga borong sebab t-shirt size besar banyak kat sini.. kat manjung susah nak cari size especially untuk ikhwan. ingatkan nak lunch kat sini, tp orang ramai sangat, lagipun en. suami agak keberatan nak makan kat tempat camni, so kamipun teruskan perjalanan ke kuala perlis...

 .. kepada yang nak terus ke hadyai, boleh ikut sini... hehehe

Cuti cuti utara

Salam sejahtera semua

hari selasa 31/5 hingga 2/6/2011 sempat juga kami sekeluarga jalan-jalan merehatkan minda ke utara tanahair.. bawa anak jalan-jalan ni kena sedia mental, fizikal dan paling penting "ongkos". maklum saja anak-anak dah besar.. walau dah pandai urus diri sendiri tapi  bila nak berbelanja, masih mengharapkan mak bapak.

Tema cuti sekolah kali ni ialah makan, lihat, beli... hehehe semuanya sederhana.. tidak "over" dan alhamdulillah perjalanan kami dimudahkan dari seri manjung melalui pulau pinang, kedah dan terus ke perlis.

belum mahu bercerita panjang.. nantilah kalau rajin...

perjalanan pergi balik sejauh hampir 700 km memang memenatkan tapi kami enjoy...

 perjalanan dari seri manjung seawal 7.00 pagi


 tidak singgah di kedah kerana nak terus ke perlis


 dah nampak pintu gerbang perlis indera kayangan..
kami terus ke padang besar

...
...
dan hari ketiga kami balik semula ke 
seri manjung..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...