Salam sejahtera semua
Antara tujuan utama ke perlis, ialah nak cari seluar track untuk ikhwan. kot la ada size 4XL ke.. maklum aja.. anak bujang tu sangat le besarnya. Bila dah sampai ke Padang Besar, selepas melalui ladang tebu di Chuping, hari tersangatla panasnya...
kali terakhir ke padang besar
pada tahun 2003
masa tu balik dari langkawi
... dan sedang mengandungkan izham 7 bulan..
inilah pokok tebu..
terus ke pasar bulat...
masing-masing teruja nak beli spek..
konon panas.. mata tak tahan
tapi sebenarnya tak tahan nak peghabih duit..
di pasar bulat ni macam-macam ada.. tapi kebanyakannya dijual baju, seluar, jaket, t-shirt (pastinya yg cetakrompak tak asli)... harga boleh runding.. tapi macam biasale kan.. kebanyakan pekedai dah pandai letak harga yang sama... harga seluar track kebanyakannya dari RM15 - RM25 ikut size... broochpun banyak kat sini..
selepas penat memusing, banyak juga borong sebab t-shirt size besar banyak kat sini.. kat manjung susah nak cari size especially untuk ikhwan. ingatkan nak lunch kat sini, tp orang ramai sangat, lagipun en. suami agak keberatan nak makan kat tempat camni, so kamipun teruskan perjalanan ke kuala perlis...
.. kepada yang nak terus ke hadyai, boleh ikut sini... hehehe
wah macam saloma la pakai spek
ReplyDeletecg imanshah,
ReplyDeletewakakaka..