Monday, June 6, 2011

Ke hospital manjung

Salam sejahtera semua..

hari ni dah isnin.. bermakna cuti sekolah ada lagi seminggu... tapi sakit di bahagian rahang ni tak jugak baik-baik... dah hampir seminggu. Mulanya ingatkan sekadar sakit sebab gusi bengkak atau panas dalam.. tapi bila melarat ke sendi tangan dan lutut.. nak solatpun susah... adusss.. terasa susahnya hidup bila nak makan pun susah... nak genggam tanganpun susah...

"Esok mesti pegi hospital"
"mak nak pegi hospital?"

.. kadang-kadang aku rasa hospital memberikan rawatan terbaik.  ke klinik swastapun ok... tp dah banyak kali sakit aku terus hospital je.. hospital ada kat sebelah rumah je.. hehehe

 kat kaunter ni urusan pendaftaran, ambil nombor giliran dan buat pembayaran
pembayaran cuma RM1
kalau ada 'guarantee letter' free of charge..


no 1146... so kena tunggu lagi 59 giliran
 biasalah hari isnin.. ramai orang
so, terpaksa menunggu hampr sejam setengah


 alhamdulillah bilik banyak .. ada 5...
aku masuk bilik 3 jumpa doktor..
lepas dia check rahang, bp dan jantung
dia bagi surat ambil ubat di kaunter ubat..
doktornya serius je...
(okaylah tu.. janji aku boleh baik)

sekejap je di kaunter ubat sebab orang dah tak ramai...
kat slip ubat tu aku nampak tulisan doktor tu arthritis...
alamak... dah tuanya aku...
lepas ni kena rajin minum susu..

zofen tu  ubat tahan sakit 
dan magnesium trisilicate co. tu ubat yang kena kunyah dulu baru telan..
rasa gula-gula mint!

ni ubat sapu kat sendi-sendi yang sakit..
berminyak dan berangin

google cari maksud arthritis

...dan alhamdulillah selepas makan ubat, ada rasa lega...

"sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati..."

3 comments:

  1. Semoga akak cepat sembuh ya...amin...

    Akak bole minum susu anlene. Saya pun minum pasalnya Habibati masih lagi breastfeeding. Calsium byk terhakis...

    By the way..kalo kat sana, hospital kerajaan tak perlu bayar ubat? Hanya bayar rm1 untuk registration?

    Kalo gitu samalah kat sini...alhamdullilah..kalo bebudak bwh 12, free of charge.

    Get well soon...

    ReplyDelete
  2. smg cepat baik ye...dapat tanda2 awal tu kira Alhamdulillah kan... selalu sibuk kat skolah sampai tak ambil perhatian pd kesihatan diri..so, bila time rehat ni, badan pun nak bermaja-manja...

    ReplyDelete
  3. Setuju with UmmiAfifah...kita kalo dah bz at school...kesihatan diri pun kurang diperhatikan.

    Get well the soonest...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...