Saturday, December 31, 2011

ke Zon dan Pasar Karat

Salam sejahtera semua

tak habis lagi nak cerita bab pegi JB.
Selepas ke JPO, kami redah terus ke Johor sebab dah lama sangat kat JPO tu dan bukannya beli apa-apa.

Pusing punya pusing sebab dah berubah sangat jalannya.. guna GPS tapi ntah ke mana-mana peginya..
At last jumpa juga stulang laut dan cari gerai makan kat situ. Perut dah mendidih sebab lapor..

Selepas makan dan solat, kami jenjalan ke tZon. saja nak ambik angin sejuk. Nak lepas ke S'pore.. tak ada pulak passport. Lama jugak kami kat situ. Tapi tak sempat jumpa Siti Nurhaliza sbb dia dh balik. (ada program dgn Miss Universe).

Kami tawaf sampai pagi .. sempat ke Pasar Karat (macam uptown)..
penat tapi best..

 sepupusepapat berfoto depan selat tebrau



 sebab time krismas, ramai pulak yg sudi jd santa




 suasana di pasar karat JB
murah dan kena pandai pilih..


Johor Premium Outlet ~ JPO

Salam sejahtera semua




Apa yang best kat sini?
kat mana ni?
cari apa kat sini?

Mula-mula datang memang rasa macam nak balik je.. punya lah ramainya manusia..
Adik tanya kita nak pegi jalan2 ke mana.. tak plan pun.. sekadar ronda-ronda Johor ok je.. so adik bawak kat sini. Dekat je dengan rumah dia.

Kat sini outlet barang branded spt gucci, coach, adidas, dkny, bonia, ... ish tak tau nak menyebutnya.. tempat ni baru dibuka. memang masa kami pergi ada sale sampai 80% diskaun tapi sbb bersesak dengan orang yang ramai... tak jadi le...
kat butik coach paling ramai beratur..

kebanyakan yg datang tu warga singapore.. bandingkan harga RM dgn dollar s'pore.. mesti lagi murah kat sini. Ada juga yang berkenan tapi biar dulu le.. next time boleh datang lagi or pesan je kat adik..

Jalan-jalan ke johor

Salam sejahtera semua

cuti sekolah jalan-jalan ke johor rumah adik. Sebenarnya dari tahun lepas cadang nak pergi tapi tak sempat. Kami bawa mak sekali dan along serta familipun ada.  Kami pergi hari sabtu 24/12. Memang masa tu jalan memang sesak sebab ramai yang mengambil peluang cuti sempena krismas..

Dah lama sangat tak datang Johor. Hampir 20 tahun sebab waktu last datang dulu tahun 1992. Masa tu sambung belajar di UTM Sekudai.. Bayangkan...

perjalanan yang jauh (hujung Malaysia) dengan kereta yang banyak di highway.. namun masa tu hari mendung dan hujan renyai.. so tak la terasa stress sangat.

 tengok la awan hitam di langit tu...

perjalanan hampir 4 jam..
lega bila sampai rumah adik di Kulaijaya..

cuti sakan

salam sejahtera semua..
lamanya saya tidak update!
tak apa..
saya pasti ada yang menjengah ke sini..
tentunya hampa sbb tiada entry baru..

tahun baru 2012 menjelang kini
meninggalkan 2011 penuh kenangan

saya dan keluarga memang bercuti sakan kali ini.
bukanlah ke manapun..
banyak di kampung dan berjumpa sanak saudara..

mungkin waktu cuti sekolah ni aja yg sempat kami berkumpul bersama sanak saudara
waktu lain masingmasing sibuk bekerja dan bersekolah..
apa-apapun memang saya bercuti sakan..

OSBON menang Maharaja lawak mega

Salam sejahtera semua..


Walaupun ramai yang menjangkakan BOBOI menang, tapi OSBON memang mantap.
Tahniah buat OSBON (Os dan Abon) kerana menang hadiah RM350 000.00 .

berakhirnya ppsmi..

Salam sejahtera semua
akhirnya ppsmi menjadi ppsmbm...
memang rata-rata pelajar terutama di luar bandar lebih suka belajar sains maths dalam bahaa melayu berbanding bahasa inggeris

sebagai guru math... memang kesian tengok murid susah nk faham istilah.. nak faham contentpun perit...

apa-apapun ilmu yg baik boleh diteruskan...

Thursday, December 15, 2011

Mi segera goreng

salam sejahtera semua..

sesekali pekena mi segera goreng amat sedap. pegi kedai mamak di seri manjung sangat mengujakan..
macam kat rumah tak boleh buat..
"cucur" dia yg best!

ada yang mengidam.. ok je..

Wednesday, December 14, 2011

izham dan cuti

salam sejahtera semua...

cuti sekolah makan tidur..
apa lagi..
berat badan akan bertambah..

tapi izham macam tu jugak..
hehehe

gambar ni masa kenduri saiful di ipoh..

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Pengantin Baru, Saiful dan Wani

Salam sejahtera semua..


Tahniah buat Saiful Zalmi Zamzuri dan pasangan Nurzawani..
Pernikahan yang berlangsung pada Jumaat 2 Disember 2011 di Pekan Baru Teluk Intan Perak.. 3Disember pulak adalah hari bersanding dan jamuan makan-makan.. Majlis bertemakan biru firus dn pink.. so cute

Saiful ni sepupu akak. Mak kami adik beradik. Kat sebelah kiri tu makcik akak.. Kanan sekali mak pengantin perempuan..
Hari Ahad 12Disember kenduri di rumah lelaki pulak..

Bila dah cuti sekolah memang ramai yang kahwin.. tahniah..

Friday, December 2, 2011

cuti-cuti penang dan aku

Salam sejahtera semua..
selamat bercuti kepada yang masih bercuti macam aku ni hehehe..
maklum lah cikgu.. harus bercuti kerana anak murid bercuti..
jangan la marah.. masa cuti ni bukan cuti sepenuhnya.. kerja cikgu ni macam-macam..
nanti tak berkat pulak gaji yang sebulan tu hehehe..

Cerita tentang cuti ni.. anak-anak yang lebih meragam. Dah 2 minggu bercuti.. isnin 28/11/2011 yang baru berlalu, aku dan anak-anak pergi jenjalan ke Penang.. dah lama jugak tak pergi ke sana.. Last pergi bawak anak-anak 3 tahun lepas tahun 2008... Dah banyak kali pergi sebenarnya.. tapi kali ni pergi bahagian selatan penang pulak.. ikhwan ajak pergi war museum.. ok jugak.. maklumla.. tahun depan aku dah mengajar sejarah .. apa salahnya kan..  nak pergi oversea yang guna passport tu.. belum lagi la nampaknya.. pergi je obersi naik feri hehehe..

kami ke sana se awal pagi... naik jambatan sebab lagi mudah ke bayan baru... tempat menginap di Hotel Seri Malaysia...  selepas check in, kami terus ke museum perang tu kat Batu Maung. Kali ni "berjalan" dengan mudah sebab dah ada gps... setting je.. ikut je arahan.... memang ada "papago' tu kat handphone, tapi leceh pulak kalau ada yg call or sms..


 yana (anak kakak), nurul dan izham
di RnR Gunung semanggol arah utara


 bayar tol RM7 ye kak...
kat sebelah kiri tu Pulau Jerjak..
next time boleh pergi sana pulak..


 hari isnin tu traffic tak sibuk 
mungkin cuti awal muharram 1433h
ramai yang lepk di rumah..


 kami di war museum ni hampir 2 jam..
penat juga sebab kena panjat memanjat,..
nak masuk kena bayar ye kak..
RM20 untuk dewasa
RM10 untuk kanak-kanak.
setahun sekali.. apa salahnya..



esoknya sempat ke tokong ular di Bayan Lepas..
sekadar bergambar
tak pergipun tengok ular-ularnya
tak sanggup... hehe


 sebelum balik ke manjung,
kami sempat menziarah rumah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dilahirkan..
masuk percuma..
sempat lagi anak-anak membeli buku nota dn pen sebagai kenang-kenangan..

*sempat makan nasi kandar.. terbau-bau rempah karinya yg lazat tu hehehe..

Monday, November 28, 2011

Roti canai dan aku..

Salam sejahtera semua

Breakfast for today....
roti canai dan vadai..
sebenarnya malas nak masak....
sepatutnya bercadang nak masak nasi himpit kuah kacang..
tersangat malas nak menggoreng kacang...
makanya ini lah yang terhasil..
enjoy!

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam sejahtera semua..
baru lepas tengok perlawanan bola antara Malaysia dengan Bahrain.. Kalah 2-3..
Hari ni bermulanya 1 Muharam 1433 Hijrah...
Selamat tahun baru semua. semoga azam tahun lama diteruskan sehingga berjaya dicapai..

tahun baru.. destinasi baru..

Friday, November 25, 2011

Memasak dan aku...

Salam sejahtera semua..
dah makan? masa menulis entry ni jam menunjukkan angka 8.00... 8.00 pagi.. perut macam dah berkeroncong tapi belum ada apa-apa makanan nak dimakan.. tak tahu nak masak apa hari ni..

Time bukan cuti sekolah, bila berdetik jam 8, terus menuju kantin.. makan apa yang ada kat situ.. tapi bila time cuti ni.. kena pulak malas nak ke mana-mana, memang kena kreatif menggunakan apa yang ada dalam peti ais tu... 
Bila search balik apa yang ada kat dlam blog ni... bukan banyak resepi pun.. ada lah sikit-sikit.. tu pun resepi biasa je.. 
jom la.. tengok apa yang ada kat sini. manalah tahu.. ada idea apa nak masak..

 
semalam dah masak kerang rebus.. lama tak masak sebab "malas" nak memberus kulit kerang tu.. hehehe..
En gugel, thanks for the foto..

Thursday, November 24, 2011

Cuti sekolah dan aku...

Salam sejahtera semua..
dah seminggu tak update blog.. apa khabar semua? sorry la ek.. bila on internet, blogwalking.. fb... terus lupa nak update blog sendiri... hehehe
hari ni khamis dah hampir seminggu bercuti..
apa cerita cuti sekolah?
setakat ini masih di manjung.. belum ke mana-mana destinasi pelancongan lagi.. keadaan cuaca yang tak menentu.. membataskan niat..

Jemputan kenduri kahwin agak berderet-deret.. tak tau nak pergi yg mana satu.. baju "baru"pun kena ada.. hehehhe..

setakat ni masih okay lagi.. tenangkan fikiran dulu... bukan tak ada kerja sekolah yang nak dibuat walaupun cuti sekolah.. biar dulu le..

walau apapun, cuti hampir 7 minggu.. macam lama.. tapi sebenarnya sekejapje...
ok.. Selamat bercuti semua...

Thursday, November 17, 2011

Wang bantuan RM100

Salam sejahtera semua..

banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2012 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah tahun hadapan..

mungkin kepada yang "berada", apalah sangat bantuan RM100 itu..
namun begitu bagi kami sekeluarga.. tetap bersyukur dan akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Terima kasih kepada kerajaan...

Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...

Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..



 pn kamariah bersama anaknya yang belajar di sekolah kami..
.. pun dapat
:)


kredit untuk vokasma today untuk foto...

Keputusan UPSR 2011

Salam sejahtera semua

haaaa.. jeng.. jeng..
hari ini akan diumumkan keputusan peperiksaan UPSR 2011...


so.. kepada semua yang akan mengambilnya.. best of luck...
tahniah kepada yang berjaya dan jangan berputus asa kalau kurang berjaya..

Wednesday, November 16, 2011

Istana Lama Di Tutup Secara Rasmi

Salam sejahtera semua



KUALA LUMPUR 16/11/2011: Pintu masuk utama Istana Negara di Jalan Istana, di sini dikunci secara rasmi semalam dengan penuh istiadat menandakan perpindahan rasmi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong ke Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Istiadat khas menurunkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dimulakan dengan perarakan masuk pengawal istana dan panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianggotai dua pegawai dan 58 anggota lain-lain pangkat diiringi pasukan pancaragam RAMD. Bendera diturunkan tepat jam 9.25 pagi dengan penuh hormat diiringi tiupan ‘Paluan Akhir’ menandakan secara rasmi bangunan berkenaan tidak digunakan lagi dan berpindah ke Jalan Duta.



kredit untuk :Berita harian


Tak sempat nak pergi.. selalunya lalu je.. mungkin lepas ni boleh ronda ronda jalan duta pulak..

Tuesday, November 15, 2011

Selamat pengantin baru

Salam sejahtera semua

sempena tarikh 11.11.11
ramai yang mengambil kesempatan
melakar sejarah peribadi..

tarikh ni juga dipilih oleh Munira Azizuddin Shah
bersama pasangannya Mohd Al Najiv Hassan
untuk menikah dan seterusnya 12.11.11 untuk majlis persandingan..

tahniah kepada sepupuku Munira bt Azizuddin Shah
didoakan semoga perkahwinan kekal abadi dunia akhirat
dikurniakan zuriat soleh solehah.. 
Amin..


 posing dulu sblm bernikah





 ibu bapa pengantin perempuan..


Jamuan high tea sempena meraikan pelajar

Salam sejahtera semua..

pada petang  jumaat 11/11/11 yang lepas telah diadakan majlis jamuan "hightea" .
Jamuan yang diadakan di Teluk Batik Resort, Lumut itu
bagi meraikan pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2011..

tahniah semua..



kredit gambar untuk Vokasma Today..

Friday, November 11, 2011

11.11.11

11.11.11
pada 
11:11 am
dan
11:11 pm

mungkin 
tarikh nikah, tarikh lahir,

angka yang mudah...

Wednesday, November 9, 2011

Chicken chop

Salam sejahtera semua

kalau ditanya pada anak-anak zaman sekarang..
"suka makan ayam?"
pasti jawapannya
"sukaaaaa!"

anak-anak memang suka makan ayam..
tak kira ayam goreng, ayam kari, ayam masak lemak...
kalau makan di kedai..
chicken chop pastinya menjadi hidangan yang dipilih..

tapi akak ni tak pandai masak menu ni..
"ala.. gugel je.."
"beli le buku resepi"
"print je dari internet"

sebenarnya tak rajin lagi nak mencuba resepi ni..
insyaAllah suatu hari nanti
akak pasti akan buat sendiri jugak..

kita jeling-jeling ajalah hidangan chicken chop yang biasa kami order..

 yang ini spaghetti chicken chop with black paper sauce


 yang inipun sama..
spaghetti ganti dengan garlic bread


ini stail lain pulak
chicken chop dgn mandarin sauce..

SPM 2011 minggu depan...

Salam sejahtera semua...


pejam celik pejam celik, pelajar tingkatan lima dah semakin hampir nak menghadapi peperiksaan SPM.
kertas pertama.. Bahasa Melayu... memulakan sesi pertarungan isnin ni 14 Nov 2011..

kepada semua yang akan mengambil SPM 2011 ni,
cikgu doakan agar semuanya dapat menjawab soalan dengan tenang, penuh yakin 
dan berdoa serta bertawakkal kepada Allah 
agar segala usaha yang dilakukan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Kejayaan anak didik adalah kejayaan para guru..


Myspace Good Luck Comments
semak jadual exam kat sini..


Tuesday, November 8, 2011

Tengahari baru dia aktif..

Salam sejahtera semua..

Sepatutnya hari ni ada kelas dari jam 10:30 pg sampai 2:00 ptg..
tapi pelajar tingkatan 5 ada taklimat pulak pada jam 12:00 tgh.

so sementara tak ada apa nak buat,
sempat lagi nak up date blog..

tengok header blog ni macam dah lama..
nak buat yang baru..
malas nak edit mengedit..
so. edit sikit sikit je dulu..
"sebenarnya jealous tengok blogger lain dah berkali kali tukar header.."

sambil tenung kat wall ni terperasan iklan nuffnang yang menari-nari..
selalunya jarang nampak iklan ni aktif..
"yela.. selalu bukak dah tengah malam"
seronok seronok..



tq mr nuffnang.. lain kali bagi lagi ye..

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha di kuala lumpur

Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah kami selamat sampai di gombak pada jam 6:30pm sabtu...
walau agak penat tapi lega sbb kami tak perlu bersesak dan terperangkap di jalanraya.
Lorong menghala ke kl lengang.. kesian pulak bila tengok deretan kenderaan di lorong ke utara
bersesak-sesak.. ntah bila agaknya dapat sampai ke destinasi masing-masing...

Dalam keletihan sempat ke giant beli barang keperluan utk raya... sekadar nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam dah ok la tu.. anak nak lontong ... buat juga la walau tak jumpa tauhu dan suun.

aidiladha disambut sederhana... slps smbhyg dan ziarah pusara arwah ibu suami.. kami ke rumah angah(adik arwah mak mertua) ...

terus kami "jalan-jalan" ke pusat bandaraya... Tengok gelagat warga asing yg memenuhi setiap ruang
Kuala Lumpur... mcm jakarta.. ada juga mcm hong kong
Walau apa juga persepsi... suasana raya di kg tak sama dgn d kuala lumpur

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Salam sejahtera semua..

dikesempatan ini ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha
buat semua rakan

tak kira di mana berada
semoga semua pengorbanan yang kita lakukan
seikhlas mungkin
dan
mendapat keberkatan
juga
pahala
yang setimpal
dari
Allah s.w.t..


Thursday, November 3, 2011

kata-kata Prof Ungku Aziz

Salam sejahtera semua..

minggu peperiksaan di sekolah telah selesai.
kepada pelajar tingkatan 4, masa yang tinggal lebih kurang 2 minggu ni
terus diisi dengan program yang dirancang secara ad-hoc..
terkini ialah program Karnival Best 4..
ala.. program sepak-sepak bola..

jadi le daripada tak buat apa-apa..
boleh jugak keluarkn peluh..


kepada pelajar tingkatan 5,
persediaan untuk menghadapi SPM pulak semakin rancak dijalankan
Program Kepung, Program Gerak Gempur, Program Mohon restu..
... dan macam-macam lagilah..

bagi cikgu-cikgu..
semuanya sibuk menanda kertas..
maklumlah markah peperiksaan semuanya kena selesai di "key-in" sebelum 11 hb Nov 2011
sambil-sambil tu sempat juga menjeling ke komputer riba masing-masing..

... renung-renungkan...
agaknya kita dalam kategori mana? 
hehehe..


Wednesday, November 2, 2011

mesyuarat mesyuarat

mesyuarat kurikulum telah diadakan pada hari isnin 31 oktober lepas. perbincangan
ttg ke arah persediaan spm 2011 yg akan bermula 14 november nnt.
Semoga anak didik dpt mmberi yg terbaik.

Friday, October 28, 2011

jom belajar buat origami dustpan

salam sejahtera semua..

dah lebih seminggu cuti sempena raya deepavali..
masa cuti ialah hari untuk mengemas rumah, menyapu lantai..
bila dah menyapu,
nak mengaut sampah ke tong sampah..
ntah ke mana pulak si penyodok sampah.. hehehe

apa lagi gugel kat u tube..
ok jom tengok..


Thursday, October 27, 2011

Dinner kueh pau

Salam sejahtera semua..

bila dah malas..
malam ni kita dinner
teh tarik
dengan 
kueh pau je..

ok??


terima kasih..

Salam sejahtera semua..

terima kasih 
kepada semua yang sudi hadir menyinggah di blog ni..


kalau datang blog ni tengok entry masih yang lama
akak minta maaf bebanyak..

terkadang idea tersangkut
terkadang tetiba kerja menyesak
terkadang kemalasan melanda...

tapi..
akak sayang anda semua
especially
my followers!!!



Sunday, October 23, 2011

cuti seminggu

salam sejahtera semua..
mulai hari ni.. Ahad sekolahku bercuti selama seminggu..
kerana pelajarnya tinggal di asrama.. 
kesempatan cuti, balik kampung yang lama
semoga semua pelajar dapat manafaatkannya dengan aktiviti berfaedah..

bagi diriku..
walaupun cuti..
anak-anak tak cuti..
mereka cuti sempena deepavali hanya 2 hari sahaja..
selainnya bersekolah seperti biasa...
untuk itu boleh la jadi full time housewife..

..dan dua tiga hari ni asyik hujan je kat manjung..
maka.. perut selalu je lapar
petang semalam suami begitu rajin bancuh teh tarik..
aku pulak dengan malasnya nak cari toaster..
bakar je roti atas kuali...

inilah hasilnya..
wakakaka...
hanguspun hangusla..
sapu sekaya..
habis juga...
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...