Wednesday, November 16, 2011

Istana Lama Di Tutup Secara Rasmi

Salam sejahtera semua



KUALA LUMPUR 16/11/2011: Pintu masuk utama Istana Negara di Jalan Istana, di sini dikunci secara rasmi semalam dengan penuh istiadat menandakan perpindahan rasmi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong ke Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Istiadat khas menurunkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dimulakan dengan perarakan masuk pengawal istana dan panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianggotai dua pegawai dan 58 anggota lain-lain pangkat diiringi pasukan pancaragam RAMD. Bendera diturunkan tepat jam 9.25 pagi dengan penuh hormat diiringi tiupan ‘Paluan Akhir’ menandakan secara rasmi bangunan berkenaan tidak digunakan lagi dan berpindah ke Jalan Duta.



kredit untuk :Berita harian


Tak sempat nak pergi.. selalunya lalu je.. mungkin lepas ni boleh ronda ronda jalan duta pulak..

2 comments:

  1. assalamualaikum kak lin..
    ayu baca gak metro awal pagi tadi ttg istana....

    dulu kesana zaman kecik2..
    tinggal kenangan...

    ReplyDelete
  2. tu la ayu, tak pernah akak pergi ke sana..
    rasa sayula pulak heheh..
    tp yg kat jln duta tu mesti lagi best!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...