Thursday, November 17, 2011

Wang bantuan RM100

Salam sejahtera semua..

banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2012 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah tahun hadapan..

mungkin kepada yang "berada", apalah sangat bantuan RM100 itu..
namun begitu bagi kami sekeluarga.. tetap bersyukur dan akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Terima kasih kepada kerajaan...

Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...

Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..



 pn kamariah bersama anaknya yang belajar di sekolah kami..
.. pun dapat
:)


kredit untuk vokasma today untuk foto...

4 comments:

  1. Semoga Allah memurahkan rezeki kita di hari mendatang...amin...

    ReplyDelete
  2. aminn.. tapi kecian kat budak maahad taafiz seluruh malaysia.. diorg xdapat lgsung :(

    ReplyDelete
  3. ummi, kita sebagai hamba sepatutnya sangat bersyukur... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...