Wednesday, April 29, 2009
Maafkan cikgu....
"Saya dah pesan banyak kali..., tapi kamu tidak pernah nak mengendahkannya... cikgu rasa sangat kecewa dengan kamu... Maafkan cikgu. Buat masa ini cikgu tak boleh nak tengok muka kamu...
you better go..."
Tanpa meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan, Harith (nama sebenar) berlalu begitu sahaja dari makmal matematik. Bukan niatku untuk menidakkan hak Harith untuk belajar di kelas tambahan yang ku adakan sebentar tadi, tapi aku terasa begitu kesal dengan tindakannya. Larangan supaya setiap pelajar tidak membawa handfon ke kelas apatah lagi menggunakannya.. telah dilanggar oleh Harith. Bukan setakat menggunakannya sewaktu kelasku, dia juga dengan selambanya mengambil kesempatan "mengecas" bateri handfonnya.
Apa dan dimana silapku? Adakah laranganku itu olok-olok? pada situasi ini handfonnya perlu dirampas dan aku tak boleh maafkan dia... untuk waktu itu..
Aku cukup sedih dengan sikap pelajrku yang masih belum serius dalam pelajaran. mereka tidak sedar exam is just round the corner. Bila dapat result, baru terkebil-kebil..
arghhhh.... yang pasti... maafkan cikgu kerana cikgu masih ada lagi 37 orang pelajar yang cikgu nak endahkan... yang nak belajar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berat sungguh tangjwb guru adakalanya melebihi tjgjwb ibubapa... hargailah guru, kerana mereka kita berada 'ditempat' sekarang...
ReplyDeletemujur la aku ni dah duk PKG...turun sikit darah tinggi aku ni. kalau tak..penuh dgn DNA aku kat badan budak macam tu.
ReplyDeletesalam kunjungan pertama.
ReplyDeletesebab tu saya tak boleh jd cikgu. tak cukup sabar nak hadap budak2. kagum pada mereka yg jd cikgu.
btw, larangan tu ada, cuma rasanya banyak sekolah tak kuatkuasakan betul2. kalau tegas dan terus rampas, mesti pelajar tak berani bawak handphone ke sekolah lagi. entah bila masa nak tumpu pada ajaran cikgu, kalau sepanjang masa dok main sms. pelik la budak2 sekarang.
kabussenja,
ReplyDeleteitu cabaran menjadi pendidik. harus tabah dan cekal..
Onez,
ReplyDeletedalam meniti usia 40an, malas dah nak marah-marah. Tapi bebudak ko sajo mintak-mintak tangan aku...
Imm,
ReplyDeletetq sudi datang menjengah.
Kerjaya guru bukan lagi dipandang mulia oleh sesetengah orang kerana mereka menyatakan guru malas, tidak bertindak mengikut apa yang dikuatkuasakan bla.. bla.....
namun hakikatnya itulah perubahan masa dan zaman... pelajar dulu tak sama dengan pelajar zaman sekarang.
guru dulu juga tak sama dengan guru sekarang...
kak lin,
ReplyDeletezaman dulu agaknya cikgu tak stress macam ni ye.. kita ingat lagi.. atuk kita, moyang kita, mak kita tu semua cikgu yg garang.. bukan murid aje, anak cucu pun tak berani angkat muka. rotan tu memang lekat kat tangan. kalau tak sempat capai rotan, kena libas dgn paip getah. kat sekolah zmn kita dulu, cikgu disiplin bagi penampor jepun pun selamba..
sekarang semua tak boleh ye! tu sebab budak byk lemak.. kat kawasan kita ni ada mak bapak bela anak sampai bawak parang ke sekolah.. kesian cikgu..
sabar sabar lah ye kak lin.. jgn stress sangat, nanti kena darah tinggi mcm mak kita dulu
Lily,
ReplyDeletetu la... bila dah berumur ni, akak mals dah nak marah-marah. tapi ngajor bebudak sekarang memang mencabar. bila dibelai, banyak sangat manjanya. dimarah.. merajuk pulak...
betul tu.. sabar je...
kak lin, dulu masa saya kat sana pun saya penah 2 3x rampas hp budak.. tengah cas jugak dlm kelas.. memang geram sebab rasa mcm depa nie saja nak mencabar kita..
ReplyDeletePaling tak leh lupa..Dah rampas pastu hp tu plak ilang dalam tgn kita.. ntah sapa yang rembat pun saya tak tau.. Nasib ada ckg Wan menyelamatkan keadaan... Bior depa rasa, jgn pulangkan balik hp tu...
pelajar2 alaf baru ni mmg mcm ni... sesetengahnya mmg sgt kurang ajar.. kalau umur dah 17 thn apa yg bleh dibuat lg... sabar je la... yg penting kita tak termudarat..
ReplyDeleteMaz,
ReplyDeleterasa nak bagi penampar Jepun... tp hati kecil masih berkata sabar. Akak tengok semakin teruk betul bebudak ni..
azreen,
ReplyDeletetu la... kena banyak-banyak bersabar. kalau tak sabar... hehehe..
tak nak komen lebih2...
ReplyDeletesebab kita sama2 guru..
fhm2 sndirilah feel bdk2 skrg..
cuma satu jer nak tanya..
dlm byk2 nama.
knp nama harith yg dipilih?
sian dato harith tuh k.lin..
merajuk kang, sapa nak pujuk?
:)
saya selalu hadapi situasi spt ini.ketegasan cikgu sangat dipuji.
ReplyDeletetc,
ReplyDeletememang nama budak tu harith...
anak laut,
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan :)
tegasnya cikgu...
ReplyDeletetakooooot den...
sabo kak ye..
saya pon nak blajo dgn akak jugak..
can I techer??
:)..profession perguruan dah 3 minggu lebih saya tinggalkan, tapi masih terbayang2 lagi time mengajar dulu..sometimes i do miss the school..:)
ReplyDeleteKak Hazlin cakap rawa dengan ur family ke? I want to polish up on my rawa, but tak de member lah, well adalah member lelaki, but sogen awak!
Ida,
ReplyDeletemesti rindu punya.. akak yg tak datang seharipun, terasa-rasa nk pegi sekolah.
kat rumah akan cakap rawa dengan anak-anak. suami akak orang minang. tp jarang cakap minang. bila dia marah, baru keluar minangnya. So rawa lebih dominan kat rumah. kena ajar.. kalau bukan kita.. hapusla..bahasa tu...
kat sekolah akakpun ada orang rawa. akak cakop rawo sang bilo jumpo dio. cikgu lelaki juo..