Tuesday, April 21, 2009
Hebatnya seorang IBU...
Ibu dibekalkan syurga di kakinya, di matanya, di bibirnya, pada suaranya, pada gayanya, pada sentuhannya dan pada didikannya. Pendek kata ibu yang hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga.
Menjahit yang tercerai, merawat yang terluka, menghibur semua kepedihan,menyatukan semua yang berderai, penyandar kepada kelesuan dan mendingin segala kebakaran walau semaraknua api, mengalah dalam semua pertandingan, penyuluh dalam semua kegelapan, penunjuk kepada semua yang sesat, penderma kasih yang tak bertepi dan penghangat pada yang kesejukan.
Pembekal kepada yang putus bekalan dan telaga cinta yang tidak pernah kering kasih dan cintanya untuk diceduk oleh semua yang kehausan cinta, pergeseran dan pendengar kepada semua berita walaupun yang merobek isi hatinya dan perindu yang tidak pernah padam rindunya dalam apa jua keadaan, biarpun yang dirindu sudah mahu melupakannya.
Pengawal yang tidak pernah hilang kawalan dan pemerhati yang tidak pernah hilang fokusnya dan pembekal yang tidak pernak kehabisan stoknya dan pemberi yang tidak pernah mencatat apa yang diberi dan tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya.
Perawat yang tidak putus pesakitnya serta pemesan yang tidak pernah lapuk pesannya. Pendoa yang doanya tidak mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih.
...maka benarlah kata pujangga, mahkota cinta suci itu ialah "memberi bukan memiliki".
Benarlah ungkapan kasih dan cinta ibu membawa ke syurga....
MAMPUKAH KITA MENJADI IBU YANG HEBAT???????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
puitisnya madah cikgu ni..
ReplyDeleteSyurga itu dibawah tapak kaki ibu..
ReplyDeleteYaaaaaaa...i agreed..
Tahniah pada akak yg sudah menjadi sorang Ibu... :p
Saya mampu jadi BAPA yg hebat..
hahaha...
salam..
ReplyDeletesyukurla dah sembuh akak den neh...
x taula nak cakap..rasanya dak ni belum tentu bole jadi mama yang baik sebaik mama dak ni..huhuhu...
ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku...
ReplyDeleteEll,
ReplyDeletepastinya ibu yang baik akan jadi ibu yang hebat...
Man,
ReplyDeleteInsyaAllah, man juga pasti hebat!
lillies,
ReplyDeleteinsyaAllah one day you'll be a good mom...
elmariachi,
ReplyDeletesayang ibu sementara masih ada di dunia ni...
Hmmm..mcm2 dugaan untuk menjadi seorang ibu..kehebatan bukan kayu pengukur. Pengorbanan ibu tidak terhingga hebatnya, namun seorang ibu perlu ada kepercayaan kepada kehebatannya dalam mendidik anak2nya sendiri sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri.
ReplyDeleteKemenjadian anak2nya menjadi manusia berguna adalah kayu pengukur kehebatan seorang ibu sebenarnya.
Salam
Salam Ida,
ReplyDeletememang respect sangat pada ibu yang anaknya "menjadi".