Wednesday, December 31, 2014

Minyak turun lagi

Salam sejahtera semua


Semuanya bermula 1.1.2015...

Sesi permulaan persekolahan 2015 ditunda

Salam sejahtera semua

Berikutan banjir di beberapa negeri di Malaysia.. maka KPM memaklumkan sesi permulaan persekolahan 2015 ditunda:

11/1/2015 bagi negeri yang sesi persekolahan bermula Ahad
12/1/2015 bagi negeri yang sesi persekolahan bermula Isnin




Misi bantuan mangsa banjir 2014

Salam sejahtera semua

Bertuah berada di bumi Malaysia. Rakyatnya saling membantu antara satu sama lain.
Moga amalan murni ini mendapat balasan yang setimpal.






Bantuan untuk mangsa banjir

Salam sejahtera


Banjir masih lagi melanda di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tidak dapat bayangkan bagaimana perlunya mereka makan pakai dan tempat berteduh sementara.

Ada rakan-rakan mencadangkan mereka diberi bantuan kurma selain biskut dan mee segera. Kerana kurma dapat memberikan tenaga yang lama jika dibandingkan dengan biskut. Betul juga.. walau agak mahal.. tapi nyata berkhasiat...


Mesyuarat di hujung tahun 2014

Salam sejahtera semua

Bermula 29/12/14 hingga 31/12/2014..
Mesyuarat pengoperasian KVSM akan berlangsung.

Mesyuarat dimulakan dengan
1. Mesyuarat Ketua Jabatan dan Ketua Unit bersama Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
2. Mesyuarat untuk semua pensyarah.
3. Mesyuarat Kewangan dan Aset untuk yang berkenaan.

Rasa macam nak pengsan...
Apaapapunkenaredha...



Selepas Banjir surut

Salam sejahtera semua

Tiada kata yang mampu diucap...
Biarlah hanya foto yang berbicara...
Setelah air bah surut...






Banjir di Lebuhraya Pantai Timur

Salam sejahtera





Beginilah keadaan lebuhraya pantai timur berhampiran Temerloh.
Banjir 2014. Saya pernah lalu lebuhraya ni pada tahun 2012.
Memang ngeri melihatkn keadaan banjir...

Banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang

Salam sejahtera semua..

Tiap kali musim tengkujuh.. negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia memang akan mengalami banjir. Namun pada tahun 2014 ni banjir di 3 negeri ni memang sangat buruk.

Banyak tempat yang ditenggelami air hingga mencecah paras bumbung. Sekolah yang bertingkat-tingkatpun habis tenggelam.

Semoga semua yang terlibat akan lebih tabah dan sabar menempuh ujian dari Allah...





Friday, December 26, 2014

Doaku di pagi Jumaat

Salam sejahtera semua...




Semoga mangsa banjir terus berdoa dan tabah menghadapi ujian Allah.
Aamiin.

Sunday, December 21, 2014

Kalendar Kuda 2015 ~ Free

Salam sejahtera semua,

Tidak mudah nak dapat kalendar kuda free sekarang ni... Dah la kalendar kuda.. nak free pulak.. Masuk bilik air pun kena bayar tau...

Tapi kerana ihsan group fb.. dapatlah kalendar 2015 free.. bukan free pun... kena print sendiri...
Tak apalah.. Ink printer pun banyak lagi.. bolehlah kita print..

ni yang saya cetak. 
nak saiz apa boleh adjust sendiri..
nak letak gambar sendiripun boleh..


boleh klik kat link ni untuk dapatkan kalendar 2015 free...   kalendar 2015
selamat mencetak...

Saturday, December 20, 2014

Suamiku Paling Sweet

Salam sejahtera semua...

Saya sedang baca novel ni..

❤❤kerana dia sweet, hati yang bekupun boleh jadi cair ❤❤


Oooo sebab masih membacanya... saya malaz nak taip sinopsisnya...

Wednesday, December 17, 2014

Sedekah

Salam sejahtera semua....

Bersedekah tidak memiskinkan kita...
Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki
Allah memberi rezeki org lain melalui kita
Bila kita bersedekah.... Allah beri kita rezeki pahala
Dan rezeki kpd yg menerima sedekah...


Semoga sedekah kita ikhlas kerana Allah.

Tuesday, December 16, 2014

Facebook dan "game-game" nya...

Salam sejahtera semua.

Sudah tentu hampir setiap orang di Malaysia ni ada akaun facebook.  Dari yang baru lahir hinggalah tua 80 atau 90 tahun...

Macam-macam yang boleh digunakan pada akaun facebook. Selain update status... banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan... antaranya ialah berniaga... online... mencari kawan lama.. mencari saudara... mencari jodoh... berbincang berkaitan pelajaran... motivasi... tazkirah.. ubat-ubatan.. seni.. warisan..

Eh.. macam-macam... pokok pangkalnya.. pandaipandai menggunakan ilmu di hujung jari... sama ada yang baik, ilmiah atau yang boleh merosakkan...

Nak cerita tentang "game" tapi dah melalut ke lain pulak. Sejak saya menggunakan facebook pada 2009 lagi... ramai yang ketagih dengan game yang ada. Seingat saya dulu ialah farmville dan restaurant city. Farmville saya tak gemar sangat sebab kena set jam nak siram pokok atau nak harvest buah... bangun pukul 2 atau 3 pagi semata-mata nak  beli lembu... hahaha... memang kelakar. Baik bangun solat tahajjud.. lagi dapat pahala. Ada juga yg bagi pssword fb kat kawan konon kat rmh tak ada line internet. Sematamata nak siram pokok takut mati... adoiyyyya...

saya pun sesekali main juga game ni. Tapi bosan lah...

sekarang ni... dah mula pulak candy crush saga... akaun fb saya tak sunyi dari notification yg mengajak bermain... saya abaikan je sbb bila saya sound kat status saya tak main game... notification tu tetap ada.

bagi saya.. terpulang kpd pemilik fb game apa yang dorang nak main. Janji jangan hack or hantar virus kat fb saya... haha


Sunday, December 14, 2014

Fasa baru dalam hidup Izham.

Salam sejahtera semua

Alhamdulillah...
Hari ini 14.12.14 bersamaan hari Ahad.. bermula satu lagi fasa baru dalam hidup Izham. Telah selesai proses berkhatan petang tadi.

Dalam usia11 tahun....
Mudah-mudahan menjadi lebih matang dan  menjadi anak yang soleh.



Senyum sbb bius tak hilang lagi....
Bila dah habis bius.. mula la merengek...
Sekejap je tu... ikut pantang. Jaga makan minum. Cepat la baik...

Ikhtiar perubatan kanser tahap 4

Salam sejahtera semua..

Sharing is caring..

Bukan setakat share resepi dan tips di dapur.
Untuk sihat pun kita boleh share petua...

Ustaz yang saya panggil abah masa belajar di MRSM KUANTAN dikesan mendapat kanser paru-paru. Banyak perubatan alternatif yang boleh kita cuba. Selain perubatan moden (hospital).

Saya sharekan apa yang ustaz saya buat. InshaaAllah.. kita usaha.. Allah yg menyembuhkan.


 Ambil 100 helai daun belalai gajah dan sebiji apple hijau. Blend dan minum airnya.

Aprikot. Dalam bentuk biji. Kapsul minyak. Atau kapsul serbuk.

Sesungguhnya kita berikhtiar...

Saturday, December 13, 2014

Gunting Rambut....

Salam sejahtera semua.

Cuti sekolah dah 3 minggu berlalu... rambut semakin lebat. Saya suka tengok izham dan ikhwan berambut pendek dan kemas.

Petang tadi sempat bawa Izham gunting rambut di tempat yang biasa.  Biasanya Izham pergi dengan suami tp keadaan tak mengizinkan. So... saya lah yang bawa Izham.

Setibanya kami di kedai.. ada 1 pelanggan menunggu giliran. Tapi abang tukang gunting yg sorang lagi tu tiada pelanggan. Izham terus duduk dan saya terus kata..
"Bagi nipis"

 Macam best aja.. Kalau saya.. dah terlena-lena.
Setelah selesai saya hulurkan RM5...
Terfikir juga saya dengan rezeki yg mereka dapat... cukupkah rm5 seorang pelanggan ?
Cukup ke nak bayar sewa kedai?
Cukup ke nak bayar bil elektrik ... kedai tu ada aircond!

Mungkin cukup la kot sebab kedai sebegini merata-rata. Pasti untung.. Kalau nak agak pendapatan tukang gunting boleh congak sendiri.


Thursday, December 11, 2014

untung berada di dunia yang canggih

Salam sejahtera semua..

Sejak saya guna gadget yg baru.. memang amat mudah utk update blog... tak perlu menunggu utk on lappy segala bagai..  janji rajin.

Sangat mudah. Nak cari resepi pun mudah. Nak share pun mudah. Untung betul generasi skrg.

Anak saya yg sulung pun kata nota kuliah semua dlm fon. Tapi saya pesan juga dgn dia.. kena buat backup. Sekali virus jin toncit menyerang..... amikk kau..

Dapat pulak line internet yg berdesup... omg.. semua di hujung jari.
Tapi.. pandai2lah dan sentiasa beringat. Gunakan ke arah kebaikan. InshaAllah berkat.

Foto atas ni saya guna gadget baru. Bukan nak cerita pasal gadget tp keindahan alam ciptaan Ilahi yang tiada tandingannya...

Tuesday, December 9, 2014

Cik Cinderella dan Encik Tengku

Salam sejahtera semua...


Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni ditinta oleh AIRISZ... Saya suka sangat baca novel AIRISZ ni. Dulu dah pernah baca Cik Bunga dan Encik Sombong. Novel kisah cinta ni santai dan ada unsur lucu..

Sedikit sinopsis yang saya dapat kongsikan..

"Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada seorang mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku SHA. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, jadi ada sebab ke aku nak sukakan dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia ASHRAF... Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan ASHRAF.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opppsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makanpun sanggup. Cerdik sungguh!!

Tapi kan, suatu hari Daniel bagi aku sejambak bunga . Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highland terbalik.. Tak percayalah....

Tapi semuanya menjadi amat sukar.. Aku tak mampu tolak amanat arwah ibu dan aku juga tak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel. Siapa harus aku pilih??? Ashraf atau Daniel?"

Novel ni ada 475 mukasurat dan berharga RM21.00
Selamat membaca!

Monday, December 8, 2014

Ketam

Salam sejahtera semua,

Saya suka makan ketam. Tapi anak-anak allergic ketam. En. suami pulak tak berapa gemar sebab susah nak kopek kulitnya...

Bila memasak ketam... tak perlu pedas. Boleh dimasak sup, atau gulai atau buat rendang..

Sesekali saya suka masak rendang... Tak perlu berkuah tapi sekadar lembab... makan dengan nasi panas... Ouchhh!!!..


Ikhtiar untuk sakit barah

Salam sejahtera semua,

setiap penyakit pasti ada ubatnya.. kita berusaha...

sumber yang saya kongsi

Doa melembutkan hati anak-anak

Salam sejahtera semua,


Cubalah...  
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik
dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.


sumber yang saya kongsi

Saturday, December 6, 2014

kellie's castle batu gajah

Salam sejahtera semua.
Sempena cuti sekolah... dah tentu anak2 nak merehatkn minda dan badan. Maklum la dah penat belajar hampir sepanjang tahun. Walau mak dan ayahnya cikgu.. cuti berjela hujung tahun... namun ntah siapa yg baik hati... si ayah kena hadir kursus 2 minggu... Alamak.. 2 minggu tu... Aduhaiiii...
Sudahnya terpaksa anak2 balik kg dgn mak aja.. nasib baik kg tak jauh.

Tapi.. tak lama pun di kg. Anak2 sekarang runsing berlama-lamaan di kg.
Mak... rumah opah tak ada internet...
Mak... rumah opah ni bnyk nyamuk..
Mak... rumah opah ni sejuk sangat pagi-pagi sejuk ketar nak mandi pagi..

Hahaha.. macam2 alasan.
Rumah kg kami dekat dengan kellie's  castle ni. On the way balik ke manjung hari tu kami sempat singgah.. tapi tak masuk dalam. Sekadar kat luar ambil gambar...
Mak... ayah tak ada.. so tak payah la masuk... banyak sgt entiti kat dlm tu...
Ok sayang.... mak ikut je.







Kalau nak tahu sejarah tentang kellie's castle tu.. cari guna en. Gugel je okay...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...