Tuesday, December 16, 2014

Facebook dan "game-game" nya...

Salam sejahtera semua.

Sudah tentu hampir setiap orang di Malaysia ni ada akaun facebook.  Dari yang baru lahir hinggalah tua 80 atau 90 tahun...

Macam-macam yang boleh digunakan pada akaun facebook. Selain update status... banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan... antaranya ialah berniaga... online... mencari kawan lama.. mencari saudara... mencari jodoh... berbincang berkaitan pelajaran... motivasi... tazkirah.. ubat-ubatan.. seni.. warisan..

Eh.. macam-macam... pokok pangkalnya.. pandaipandai menggunakan ilmu di hujung jari... sama ada yang baik, ilmiah atau yang boleh merosakkan...

Nak cerita tentang "game" tapi dah melalut ke lain pulak. Sejak saya menggunakan facebook pada 2009 lagi... ramai yang ketagih dengan game yang ada. Seingat saya dulu ialah farmville dan restaurant city. Farmville saya tak gemar sangat sebab kena set jam nak siram pokok atau nak harvest buah... bangun pukul 2 atau 3 pagi semata-mata nak  beli lembu... hahaha... memang kelakar. Baik bangun solat tahajjud.. lagi dapat pahala. Ada juga yg bagi pssword fb kat kawan konon kat rmh tak ada line internet. Sematamata nak siram pokok takut mati... adoiyyyya...

saya pun sesekali main juga game ni. Tapi bosan lah...

sekarang ni... dah mula pulak candy crush saga... akaun fb saya tak sunyi dari notification yg mengajak bermain... saya abaikan je sbb bila saya sound kat status saya tak main game... notification tu tetap ada.

bagi saya.. terpulang kpd pemilik fb game apa yang dorang nak main. Janji jangan hack or hantar virus kat fb saya... haha


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...