Penyakit ni bila nak datang macam kilat.. Cepat.. Pantas.. Tapi bila nak perginya.. macam semut.. lambat..
Namun setiap penyakit itu ada ubatnya.. kecuali mati..
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.
En suami selalu mengadu sakit di bahagian dada.. Dah buat check up dan ecg {Electrocardiography}, namun hasilnya semua ok..
Doktor juga mengesahkan mungkin gastrik atau sakit pedih ulu hati..
dah google.. dan saya share..
sumber: disini
Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah
esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali
sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini
memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini
akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan
adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan
berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala
ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya
berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan
masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan
pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)
Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
- Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
- Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
- Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
- Sendawa
- Batuk yang teruk
- Suara menjadi serak
- Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa
gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser.
Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut.
Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's
oesophagus.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan
mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor.
Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu
untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin
memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh
menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok
juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh
mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi
serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan
farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan
perut dengan kadar segera.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal
sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh
dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan
beberapa hari di hospital.
Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani
pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's
esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat
terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya
Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan
bagi melihat perkembangan kanser maglinan.
Pencegahan
Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
- Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
- Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
- Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
- Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
- Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
- Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan