Saturday, November 29, 2014

Wasiat Rasulullah SAW 13: Kewajipan menuntut ilmu

Salam sejahtera semua...

WASIAT RASULULLAH SAW ~ 13 : KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

HAK wajib belajar antara lelaki dan perempuan sama-sama diwajibkan Allah. Kerananya Rasulullah SAW telah bersabda:
 "Menuntut ilmu itu adalah kewajipan bagi tiap-tiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan." 
[HR. Ibnu 'Ady dan Baihaqi]

Oleh kerana anjuran  yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kaum wanita, bahawa dalam menuntut ilmu pengetahuan itu sama-sama diwajibkan oleh Islam kepada kaum lelaki dan kaum wanita, maka kita temui dalam sejarah Islam ada wanita-wanita yang ahli dalam ilmu hadis, ilmu fiqh, ilmu kesusasteraan, pendidikan dan pengajaran, kedoktoran dan lain-lain.

Juga kepada suami diberitahukan oleh Rasulullah SAW harus memberi izin isterinya untuk pergi ke masjid, untuk belajar atau mengerjakan ibadah.
Sabda Rasulullah SAW:
 "Apabila isterimu meminta izin kepadamu pada malam hari untuk pergi masjid, maka izinkan mereka itu."
[HR. Bukhari dan Muslim]

Di sini akan dikemukakan nama-nama wanita yang ahli dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.
Menurut riwayat Bukhari, wanita-wanita pernah berkata kepada Rasulullah SAW: Kami telah dikalahkan oleh kaum lelaki kera merekalah yang banyak mengambil waktumu, oleh kerana itu, tentukanlah satu hari untuk kami kaum wanita. Pada hari itu Rasulullah SAW menerima mereka untuk belajar. Oleh kerana itu, maka timbullah pada masa permulaan Islam wanita-wanita yang memegang peranan penting dalam perkembangan ilmu agama, terutama dari wanita-wanita Anshar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...