Monday, November 24, 2014

Apam Beras Nasi yang mudah

Salam sejahtera..

Masih sempat nak post resepi Apam beras Nasi yang sangat mudah ini..



Bahan-bahannya.
  • 1 cwn nasi
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung beras
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 sudu besar yis (mauripan)
  • 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
  • pewarna
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras, yis dan bikarbonat soda.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...