Thursday, September 27, 2012

Tatasusila Profesion Perguruan

Salam sejahtera semua..

*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warga negara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya

*******************************************
JOM LINK :
  1. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
  2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
  3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
 *******************************************

*Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Tanggung Jawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara

Salam sejahtera semua..

*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

 TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
    1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
    2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggung jawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
    3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
    4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
    5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
    6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
    *******************************************
    JOM LINK :
    1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
    2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
    3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
    4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
     *******************************************

    *Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


    Tanggung Jawab Guru terhadap Ibu Bapa

    Salam sejahtera semua..

    *******************************************
    TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

     TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
      1. Menghormati tanggung jawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
      2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
      3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada meraka yang berhak mengetahuinya.
      4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
      5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
      6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yng menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

      *******************************************
      JOM LINK :
      1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
      2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
      3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
      4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
       *******************************************

      *Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


      Tanggung Jawab Guru Terhadap Pelajar

      Salam sejahtera semua..

      *******************************************
      TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

       TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
      1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
      2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
      3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
      4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
      5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh lebih baik kepada para pelajar.
      6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


      *******************************************
      JOM LINK :
      1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
      2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
      3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
      4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
       *******************************************

      *Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

      "Macam mana mak tahu?"

      Salam sejahtera semua

      Dalam hidup ini kita akan mendapat pengalaman apabila melalui peristiwa yang mencatatkan pengalaman itu sendiri. 
      Sebagai seorang emak kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat mengenali tingkah laku anak-anak biarpun perangai mereka memang berbeza di antara satu sama lain. Saya boleh dapat tahu sama ada mereka dah makan atau belum, sama ada dah siap homework atau belum.. Ada masalah dengan kawan, dengan guru, dah solat atau tak....
      Tidak pasti bagaimana... tetapi fitrah seorang emak yang melahirkan agaknya..
      Allah wujudkan "rasa" , "deria" , "sense"... khusus buat seorang bergelar emak..
      Alhamdulillah..

      ********************************************
      peristiwa yang berlaku petang semalam..
      sekitar jam 5:30 petang sewaktu saya sibuk di dapur menghidangkan juadah makan malam...

      Am, cari apa? Baju sekolah tak tukar lagi kenapa?
      Tunggu kawan ye?

      izham masih membisu di kerusi makan sambil memegang raket badminton.
      Sejak dua tiga minggu ni setiap hari balik dari sekolah asyik bermain badminton di depan rumah

      kan mak dah kata.. main madminton tu selang sehari..
      lagipun hari ini hujan.. tentu mak kawan tu tak bagi keluar rumah...

      tapi.. kami dah janji

      kalau kawan tu tak datang, am pegi tukar baju, mandi dan siapkan homework. Lepas maghrib nanti boleh makan

      ok..
      tapi macammana mak tahu am ada homework? am tak cakappun...

      aku cuma tersenyum...
      dalam hati aku cuma berkata-kata
      kalau am cakap tak ada homeworkpun, mak akan cakap ayat yang sama je...
      tapi,
      itulah fitrah seorang emak...

      Tuesday, September 25, 2012

      Shila Amzah Final Asian Wave

      Salam sejahtera semua..

      Tahniah buat penyanyi shila amzah yang berjaya...

      Monday, September 24, 2012

      Esok gaji..

      Salam sejahtera semua..

      Esok 25/9/12 Selasa..
      kakitangan kerajaan akan dapat gaji bulan September...
      seronoknya..

      Rasa macam dah lama tak dapat gaji..
      ye lah sejak dapat gaji dan bonus
      masa raya puasa..
      haaa... punya la lama..

      so, bila dah dapat gaji..
      masing-masing ingat le ye..
      yang berhutang.. sila selesaikan hutang..

      :)

      Saya yang semakin malas

      Salam sejahtera semua..

      Memang saya agak malas nak up date blog ataupun fb apatah lagi twitter..
      sesekali saya sekadar blogwalking ataupun jadi silent reader di facebook dan twitter..

      Mana-mana manusiapun saya fikir akan jadi seperti saya sebab..
      kita ini manusia.. bukan robot..

      lagipun sekarang saya cuba buat yang terbaik untuk anak didik saya..
      calon spm 2012
      yang akan menjelang sebulan sahaja lagi..

      sepatutnya pelajar saya yang gabra..
      tapi nampaknya saya yang terlebih sudahhh..
      saya akan pastikan setiap pelajar saya akan mencapai kejayaan cemerlang..
      InsyaAllah..

      Friday, September 21, 2012

      11572

      Salam sejahtera semua

      11572
      bukan sekadar nombor
       
       
      nombor ini mengingatkan saya akan nombor "askar" abah saya

      nombor ini sangat istimewa buat saya 
      angka 27 sangat sinonim dengan saya
      umur 27 tahun saya dinikahkan
      angka 5 juga
      angka 1
      dan
      saya akan ingat nombor ini sampai bila-bila



      Wednesday, September 19, 2012

      Rezeki dari korea

      Salam sejahtera semua

      saya memang punya hobi mengumpul fridge magnet. 
      Kebanyakannya saya beli dan ada yang sudi memberi.
      Kalau saya beli, pastinya koleksi dalam Malaysia sahaja. 
      Maklum sahaja.. saya belum berpeluang ke luar negara.
      Tapi jika ada sahabat yang berpeluang ke luar negara, biasanya mereka tidak lupa berikan kepada saya.
      Tetapi saya tak meminta..
      Jika ada rezeki.. alhamdulillah...

      Terbaru, jiran saya kak Khursiah aka kak Kushah
      pergi melawat Korea..
      alhamdulillah ada rezeki saya..
      terima kasih kak..

      Sunday, September 16, 2012

      hari malaysia dan penutup raya

      Salam sejahtera semua
      Hari ni malaysia menyambut ulangtahun pembentukan malaysia yg ke49 tahun. hari ini juga penutup kepada syawal 1433hijrah dah penat beropen house... beraya sakan.. 2 kali raya selepas menunaikan puasa sunat syawal alhamdulillah...

      Thursday, September 13, 2012

      Saya bersyukur...

      Salam sejahtera semua

      Di dalam hidup ini kita perlu sentiasa bersyukur.
      Tidak rugi jika kita bersyukur.

      Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat kita jika kita bersyukur.

      Sepanjang kehidupan saya,
      memang ada susah dan senang.
      Mungkin orang lain nampak.. macam senang je...
      Kehidupan berkeluarga, kerjaya, peribadi..
      semuanya beres...
      Nampak je macam tu..
      Ada masa, kehidupan ini dilambung ombak
      terlalu perit untuk ditempuh
      Ada masa, ianya sungguh indah untuk dikenang..

      Namun ku tetap bersyukur..
      Hati tetap tenang...
      Alhamdulillah..

      Tuesday, September 11, 2012

      saya dah selesaikan tugas menanda kertas ...

      salam sejahtera

      dah se minggu exam paper maths berlalu. maksudnya dah selesai seminggu menghabiskan masa menanda kertas soalan percubaan spm..

      alhamdulillah...
      selesai juga akhirnya walaupun keputusan yang didapati tidak seperti yang dijangkakan.

      semoga anak didik sekalian akan sedar diri...

      sebelum

      selepas...



      Saturday, September 8, 2012

      Walaupun hujan, tetap hadir

      Salam sejahtera semua


      hari ni, sekolah walaupun hari sabtu..
      pagi yang basah kerana hujan, pelajar tetap hadir walau kehadiran tidak penuh.
      semangat begitu yang kita hendak.
      Semoga yang tidak hadir, akan berubah jua ke arah kebaikan.
       

      Friday, September 7, 2012

      bersabarlah wahai hati...


      Hidup bukan selalunya indah..
      Sesekali kita akan diuji oleh Allah.
      Allah menguji kita sebab kita insan terpilih
      Menduga kesabaran kita
      kebijaksanaan kita menghadapinya
      kerana kita tahu
      Sabar itu sebahagian dari iman..
      sentiasalah ingat pada Allah..


      Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

      Allah SWT berfirman:
      Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)


      Thursday, September 6, 2012

      Keluarga arwah Zainab.





      Salam sejahtera semua

      Saya teruja bila melihat foto ni sebab ini adalah satu-satunya foto keluarga
      arwah Hajjah Zainab bt Jaafar
      yang dapat berkumpul bersama..
      Sayangnya hanya selepas 5 tahun pemergian arwah, baru kami dapat bergambar bersama..

      Arwah adalah ibu mertua saya..
      walaupun arwah sudah tiada, dia tetap kekal dalam ingatan saya.
       

      Tuesday, September 4, 2012

      Siap juga.. simple and sweet..

      Salam sejahtera semua
       
      taraaaaa....


       bantal untuk melepak tengok tv...
      hasil kerastangan saya
      guna perca kain je..

      satu untuk saya, satu utk hubby tersayang..




      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...