Hidup bukan selalunya indah..
Sesekali kita akan diuji oleh Allah.
Allah menguji kita sebab kita insan terpilih
Menduga kesabaran kita
kebijaksanaan kita menghadapinya
kerana kita tahu
Sabar itu sebahagian dari iman..
sentiasalah ingat pada Allah..
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram. (al-Ra`d:28)
Allah SWT berfirman:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari
Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada
dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah:
"Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka
bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa
yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.