Thursday, September 27, 2012

"Macam mana mak tahu?"

Salam sejahtera semua

Dalam hidup ini kita akan mendapat pengalaman apabila melalui peristiwa yang mencatatkan pengalaman itu sendiri. 
Sebagai seorang emak kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat mengenali tingkah laku anak-anak biarpun perangai mereka memang berbeza di antara satu sama lain. Saya boleh dapat tahu sama ada mereka dah makan atau belum, sama ada dah siap homework atau belum.. Ada masalah dengan kawan, dengan guru, dah solat atau tak....
Tidak pasti bagaimana... tetapi fitrah seorang emak yang melahirkan agaknya..
Allah wujudkan "rasa" , "deria" , "sense"... khusus buat seorang bergelar emak..
Alhamdulillah..

********************************************
peristiwa yang berlaku petang semalam..
sekitar jam 5:30 petang sewaktu saya sibuk di dapur menghidangkan juadah makan malam...

Am, cari apa? Baju sekolah tak tukar lagi kenapa?
Tunggu kawan ye?

izham masih membisu di kerusi makan sambil memegang raket badminton.
Sejak dua tiga minggu ni setiap hari balik dari sekolah asyik bermain badminton di depan rumah

kan mak dah kata.. main madminton tu selang sehari..
lagipun hari ini hujan.. tentu mak kawan tu tak bagi keluar rumah...

tapi.. kami dah janji

kalau kawan tu tak datang, am pegi tukar baju, mandi dan siapkan homework. Lepas maghrib nanti boleh makan

ok..
tapi macammana mak tahu am ada homework? am tak cakappun...

aku cuma tersenyum...
dalam hati aku cuma berkata-kata
kalau am cakap tak ada homeworkpun, mak akan cakap ayat yang sama je...
tapi,
itulah fitrah seorang emak...

1 comment:

  1. Bener itu.... kdgkala saya pun begitu dgn anak2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...