Monday, September 27, 2010

Ikan merah jeruk mangga..


dah tak tahu nak masak resepi apa.
kalau pergi pasar, asyik ayam, udang, sotong, ikan kembung (sampai kembung memakannya)...

hari tu ke pasar sitiawan sebab nak beli ayam. kat pasar manjung sampai sold out dibuatnya sebab penangan open house. kat pasar sitiawan banyak pilihan ikan. udangpun berjenis-jenis. makanya teringin pulak nak makan ikan merah masak sup. tapi dah plan nak masak kari kacang murunggei...

so, terciptalah resepi ikan goreng jeruk mangga.
eh, kenapa pulak ada jeruk mangga?
jeruk mangga tu pengganti nenas. jeruk yg aku buat sendiri seminggu lepas raya hari tu..
sedap jugak..

ok.. ini resepinya.
Bahan-bahannya :
  • seekor ikan merah dicuci dan dikelar
  • 2 ulas bawang merah, seulas bawang putih ~ dikisar
  • 2 sudu cili giling
  • seinci halia dihiris halus
  • sebatang daun saderi
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 sudu jeruk mangga
  • garam secukup rasa

Cara memasaknya:
  1. goreng ikan dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sekejap je. Jangan terlalu garing.. dah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis bawang dan cili giling tadi.
  3. setelah cili masak, masukkan batang saderi, bawang besar dan jeruk mangga. masukkan garam dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ikan goreng, kacau dan hidangkan.


inilah hasilnya..
isi ikan merah yang lembut, enak sekali
makan dengan nasi putih



saje nak tunjuk tang kepala..

Sunday, September 26, 2010

Ramainya pelakon MAGIKA... KRU



Sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd. yang memuatkan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang.

MAGIKA mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain.Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Aznil Nawawi, Nabil Raja Lawak, Sharifah Amani, Sharifah Aleeya, Norman Hakim, Saiful Apek dan Raja Azura.


Tuesday, September 21, 2010

Alah membeli menang memakai...

cantiknya baju... beli kat mana, berapa harga?
murahje... beli time sale..

ni biskut raya ni beli time sale jugak ke? 3, 10 hengget?
ni memang kuih beli tp bukan yg 10 hengget ok! barang makan, kena yg betul-betul baik punya..



kata orang,
biar rugi membeli tp kualiti terjamin dan sedap..
yg penting habis dimakan.

Monday, September 20, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Esok akan bermula satu lagi episod ...
semua pelajar tahun 6 2010 akan menduduki peperiksaan UPSR.. termasuk anak keduaku, nurul fateha...
doa dan harapan ayah dan mak moga nurul dapat menghadapinya dengan tenang.. usaha, doa dan tawakkal..
mudah-mudahan mendapat kejayaan yang cemerlang..


peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari..

Selasa (21/9/2010)

1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)

2. 9.45am - 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)

3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)

Rabu (22/9/2010)

1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

Khamis (23/9/2010)

1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)

2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)

4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)


Kepada semua ibubapa yang anaknya akan menghadapi exam esok, beberapa tips yang boleh diikut..

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.

2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akan menghadapi peperiksaan.

3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.

4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun.

5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.



Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk nurul...

Sunday, September 19, 2010

Gopeng ~ kisah raya

Raya tahun ni seronok sebab dapat cuti panjang. Maklum saja sebelum raya dapat habiskan masa hujung ramadhan di gombak. dua raya aku dah balik gopeng. Ada masa seminggu sebelum sekolah dibuka. Bila raya di gopeng, memang banyak rumah yang boleh dikunjungi. Maklum saja keluarga arwah abah ramai dan keluarga mak lagi ramai. berjalan sakan. itupun banyak jugak rumah yg aku ter"miss ". maklum saja bila dah banyak rumah, banyak makan, badanpun rasa semacam je..


bila dah masuk lima atau enam raya, dah jemunya makan juadah raya, mulalah tekak rasa nak pekena roti canai...
maka bergogehla kami poi ke kodei mencari kodei menjual roti canai.


ini antara kedai yg famous
dan
arwah abah dan mak aku suka roti canainya..


lokasinya setentang dengan stesen bas gopeng.

kalau sesiapa lalu situ, boleh singgah
dan cuba roti canainya.


Saturday, September 18, 2010

AIDIL FITRI 1431 H / 2010 M



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

syukur alhamdulillah telah masuk syawal ke-9 hari ini. setelah dua minggu bercuti raya, maka esok lusa tugas dan rutin harian akan bermula kembali. Macam-macam perkara menanti.. tapi mood rajin masih tertinggal di belakang.

next week, nurul nak upsr, izham dan ikhwan pastinya nak get ready for their final exam.. akupun?... soalan final exam form 4 masih di awang-awangan.. urghhh... moga Allah memudahkan segala-galanya. yg penting usaha, doa, tawakal..

mengenang aidil fitri yg baru diraikan, raya pertama di gombak, kg suami. seperti biasa, masak-memasak rendang minang memang tugas kami suami isteri. adik ipar, azhar dan birasku siti turut serta. akupun tak tahu nak buat menu apa untuk takbir malam nanti. (orang minang kata ~ beghendong-ghendong) ... sudahnya makan nasi impit kuah kacang serta lemang dan rendang. pagi raya aku tambah juadah soto ayam dan nasi impit. tp anak2 suka sangat kuehtiow soto.. berulang-ulang menambah. lebih-lebih lagi si izham...


anak teruna ni suka sgt posing macam-macam..


raya kedua kami balik ke gopeng.. hati gusar meninggalkan keluarga di gombak mengenangkan emak siti yang tidak sihat. raya di gopeng lebih meriah kerana semua adik beradik ada. mercun berdentum dentam tak kira siang atau malam. (hairan jugak ye dalam di"haram"kan... , bekalan tetap ada )
di gopeng, sakan pulak ke rumah suku sakat.. keluarga sebelah mak ramai. masa raya ni lah nak jumpa dan berkenal mesra. apa-apapun moga dapat lagi berjumpa di tahun depan.. InsyaAllah..


.... tetap berlima...


Sunday, September 5, 2010

SALAM AIDIL FITRI 1431 HIJRAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini... sama ada dari dalam dan luar Malaysia.

Ampun dan maaf dipinta andai terdapat tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan sepanjang mengenali semua rakan di alam maya ini.

Semoga semuanya berbahagia di lebaran yang indah bersama keluarga tersayang..
terimalah kad ucapan ini untuk semua..


Mee Rebus ~ resepi minang rawa..

Hari ini dah hari ke ~26 puasa.. insyaAllah 4 hari lagi menjelmalah sinar Syawal. Memang sedih bila mengenangkan Ramadan yang bakal meninggalkan kita. Berpeluang lagikah kita menatap Ramadan tahun hadapan. Sama-samalah kita berdoa supaya kita terus diberi peluang memeluk Ramadan seterusnya dan meraih malam Lailatul Qadar.. Amin...

Pastinya di hari-hari terakhir Ramadan, ramai yg dah malas nak masak juadah special untuk berbuka puasa.. ke pasar ramadan atau cari je bufet ramadan. tapi pasar ramadanpun dah sepi.. ramai yg dah balik kg.

so apa kata kita cuba mee rebus ni special untuk juadah terakhir di bulan yg mulia ini. kalau buat sendiri ni puas makan..



BAHAN KUAH :
  • 300 g daging. kalau guna daging tetel lagi best, (cuci bersih dan rebus hingga empuk)
  • 300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan blend
  • **3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, sebiji bawang besar, 2 inci halia, seinci lengkuas, segenggam udang kering~ semua bahan ni dicuci bersih dan blend
  • 300g udang basah ~ bersihkan, rebus sekejap dah sejuk buang kulit, blend . kulitnya blend asing dan tapis ambil airnya.
  • 3 camca besar tomato puree
  • 5 sudu cili kering diblend
  • 2 batang serai dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya (air rebusan udang dan daging tadi masuk sekali)


BAHAN LAIN :
  • Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Taugeh, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Tauhu, goreng dan hiris
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK KUAH : Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan blend** bersama cili kering blend hingga harum, masukkan tomato puree. Masak hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan daging bersama air rebusannya. Biar mendidih dan tambah keledek blend tadi, kecilkan api dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) . Tambah garam secukup rasa dan juga gula (biasanya kuah mee rebus memang sedikit manis).
  2. Selepas semua bahan siap, masukkan sedikit mee yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk, letakkan taugeh yg dicelur, hirisan tauhu goreng, telur rebus, daun bawang/sup, bawang goreng dan limau kasturi. Tuangkan kuah bersama isinya..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...