Monday, September 27, 2010

Ikan merah jeruk mangga..


dah tak tahu nak masak resepi apa.
kalau pergi pasar, asyik ayam, udang, sotong, ikan kembung (sampai kembung memakannya)...

hari tu ke pasar sitiawan sebab nak beli ayam. kat pasar manjung sampai sold out dibuatnya sebab penangan open house. kat pasar sitiawan banyak pilihan ikan. udangpun berjenis-jenis. makanya teringin pulak nak makan ikan merah masak sup. tapi dah plan nak masak kari kacang murunggei...

so, terciptalah resepi ikan goreng jeruk mangga.
eh, kenapa pulak ada jeruk mangga?
jeruk mangga tu pengganti nenas. jeruk yg aku buat sendiri seminggu lepas raya hari tu..
sedap jugak..

ok.. ini resepinya.
Bahan-bahannya :
  • seekor ikan merah dicuci dan dikelar
  • 2 ulas bawang merah, seulas bawang putih ~ dikisar
  • 2 sudu cili giling
  • seinci halia dihiris halus
  • sebatang daun saderi
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 sudu jeruk mangga
  • garam secukup rasa

Cara memasaknya:
  1. goreng ikan dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sekejap je. Jangan terlalu garing.. dah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis bawang dan cili giling tadi.
  3. setelah cili masak, masukkan batang saderi, bawang besar dan jeruk mangga. masukkan garam dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ikan goreng, kacau dan hidangkan.


inilah hasilnya..
isi ikan merah yang lembut, enak sekali
makan dengan nasi putih



saje nak tunjuk tang kepala..

4 comments:

  1. amboiii...sedap ni jeruk mangga lagi...so tak jadilah nak masak kari kcg 'merunggai' yea. Kalo kat sini kcg merunggai ni dah susah nak cari..tp kalo masak kari memang sedap yea. Even the leaves jugak kalo dimasak lemak pun sedap.

    ReplyDelete
  2. ummirosma, hehehehe.. kat sana pun makan merunggai gak ek?

    ReplyDelete
  3. yea..tp dah susah nak dapat sebab dah extinct dah kot...tp memang sedappppp...

    ReplyDelete
  4. ummirosma,
    kat sini masih banyak dijual di pasar. buat masak kari... yummy!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...