Monday, September 20, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Esok akan bermula satu lagi episod ...
semua pelajar tahun 6 2010 akan menduduki peperiksaan UPSR.. termasuk anak keduaku, nurul fateha...
doa dan harapan ayah dan mak moga nurul dapat menghadapinya dengan tenang.. usaha, doa dan tawakkal..
mudah-mudahan mendapat kejayaan yang cemerlang..


peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari..

Selasa (21/9/2010)

1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)

2. 9.45am - 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)

3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)

Rabu (22/9/2010)

1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

Khamis (23/9/2010)

1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)

2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)

4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)


Kepada semua ibubapa yang anaknya akan menghadapi exam esok, beberapa tips yang boleh diikut..

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.

2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akan menghadapi peperiksaan.

3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.

4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun.

5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.



Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk nurul...

3 comments:

  1. good luck nurul... smg Allah permudahkan... anak yg baik mesti dimudahkan utk jawab exam ye.. insyaallah.. smg beroleh kejayaan..

    ReplyDelete
  2. adik along pun duduk periksa esok.. semoga adik2 semuanya dipermudahkan menghadapi peperiksaan 3 hari nie nanti :)

    ReplyDelete
  3. ummiafifah,
    tq tq..:)

    terompah biru,
    tq tq..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...