Sunday, September 5, 2010

Mee Rebus ~ resepi minang rawa..

Hari ini dah hari ke ~26 puasa.. insyaAllah 4 hari lagi menjelmalah sinar Syawal. Memang sedih bila mengenangkan Ramadan yang bakal meninggalkan kita. Berpeluang lagikah kita menatap Ramadan tahun hadapan. Sama-samalah kita berdoa supaya kita terus diberi peluang memeluk Ramadan seterusnya dan meraih malam Lailatul Qadar.. Amin...

Pastinya di hari-hari terakhir Ramadan, ramai yg dah malas nak masak juadah special untuk berbuka puasa.. ke pasar ramadan atau cari je bufet ramadan. tapi pasar ramadanpun dah sepi.. ramai yg dah balik kg.

so apa kata kita cuba mee rebus ni special untuk juadah terakhir di bulan yg mulia ini. kalau buat sendiri ni puas makan..



BAHAN KUAH :
  • 300 g daging. kalau guna daging tetel lagi best, (cuci bersih dan rebus hingga empuk)
  • 300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan blend
  • **3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, sebiji bawang besar, 2 inci halia, seinci lengkuas, segenggam udang kering~ semua bahan ni dicuci bersih dan blend
  • 300g udang basah ~ bersihkan, rebus sekejap dah sejuk buang kulit, blend . kulitnya blend asing dan tapis ambil airnya.
  • 3 camca besar tomato puree
  • 5 sudu cili kering diblend
  • 2 batang serai dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya (air rebusan udang dan daging tadi masuk sekali)


BAHAN LAIN :
  • Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Taugeh, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Tauhu, goreng dan hiris
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK KUAH : Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan blend** bersama cili kering blend hingga harum, masukkan tomato puree. Masak hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan daging bersama air rebusannya. Biar mendidih dan tambah keledek blend tadi, kecilkan api dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) . Tambah garam secukup rasa dan juga gula (biasanya kuah mee rebus memang sedikit manis).
  2. Selepas semua bahan siap, masukkan sedikit mee yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk, letakkan taugeh yg dicelur, hirisan tauhu goreng, telur rebus, daun bawang/sup, bawang goreng dan limau kasturi. Tuangkan kuah bersama isinya..



4 comments:

  1. salam Hazlin..
    sedapnya mee rebus..bualn puasa ni ida tk sempat nk buat berat2...sibuk manjang je dgn tempahan kueh..pastu nk kemas rumah lak..rabu nk balik kg dah..

    ReplyDelete
  2. Kaklin...yang ni hampir sama dgn mee bandung yea? look yummy..will have a try soon...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...