Saturday, September 18, 2010

AIDIL FITRI 1431 H / 2010 M



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

syukur alhamdulillah telah masuk syawal ke-9 hari ini. setelah dua minggu bercuti raya, maka esok lusa tugas dan rutin harian akan bermula kembali. Macam-macam perkara menanti.. tapi mood rajin masih tertinggal di belakang.

next week, nurul nak upsr, izham dan ikhwan pastinya nak get ready for their final exam.. akupun?... soalan final exam form 4 masih di awang-awangan.. urghhh... moga Allah memudahkan segala-galanya. yg penting usaha, doa, tawakal..

mengenang aidil fitri yg baru diraikan, raya pertama di gombak, kg suami. seperti biasa, masak-memasak rendang minang memang tugas kami suami isteri. adik ipar, azhar dan birasku siti turut serta. akupun tak tahu nak buat menu apa untuk takbir malam nanti. (orang minang kata ~ beghendong-ghendong) ... sudahnya makan nasi impit kuah kacang serta lemang dan rendang. pagi raya aku tambah juadah soto ayam dan nasi impit. tp anak2 suka sangat kuehtiow soto.. berulang-ulang menambah. lebih-lebih lagi si izham...


anak teruna ni suka sgt posing macam-macam..


raya kedua kami balik ke gopeng.. hati gusar meninggalkan keluarga di gombak mengenangkan emak siti yang tidak sihat. raya di gopeng lebih meriah kerana semua adik beradik ada. mercun berdentum dentam tak kira siang atau malam. (hairan jugak ye dalam di"haram"kan... , bekalan tetap ada )
di gopeng, sakan pulak ke rumah suku sakat.. keluarga sebelah mak ramai. masa raya ni lah nak jumpa dan berkenal mesra. apa-apapun moga dapat lagi berjumpa di tahun depan.. InsyaAllah..


.... tetap berlima...


4 comments:

  1. Salam Aidilfitri untuk akak sekeluarga..
    hensem anak teruna akak tu..
    da besar mesti lg hensem..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. salam juga buat minna dan famili.
    hehehe.. izham tu memang cute. hehehe thanks.

    ReplyDelete
  3. betol tu Kak Lin.. esok dah masuk kerja balik.. mood nie masih suam2 kuku lagi hehe..

    ReplyDelete
  4. dam dam dum bunyi mercun.. tak de bunyi2 mcm tu rasa raya mcm tak meriah kan... yang supply tu mesti underground kan...

    slamat hari raya kak..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...