Thursday, October 29, 2009

musim-musim peperiksaan...


"Dah baca buku?"
"pukul 8 nanti. lepas habis citer katun ni"

"nurul, dah sembahyang? poi baca buku"...
"nak tengok bunian boleh????"
"exam sekolah agama tak habis lagi kan?????"...

baring tengok tv je.... dah study?
"dah... kat sekolah dah buat ulang kaji.."


ayat-ayat cinta anak-anak pabila tiba hujung tahun... mak ayah yg kecut perut bila mengenangkan anak-anak nak ambil periksa...
tapi anak-anak lebih relaks dengan melayan cerita ceriti di tv...

memang anak-anak zaman sekarang, tak boleh dipisahkan dengan tv...
susah nak tengok diorang berkepit dengan buku..
kalau adapun bila ambik peperiksaan yg penting.. upsr, pmr, spm.. itupun dah last minute...

mungkin sekarang ni buku dan anak-anak sekolah dah tak relevan? maklum saja zaman dunia tanpa sempadan ni.. semuanya dihujung jari je...
tekan je keyboard.. keluar segala macam soalan .. ramalan, tips, buat aja soalan... tak perlu baca buku... hafal jawapan je????

namun aku sendiri .... dalam sibuk-sibuk memantau anak nak periksa... anak orangpun nak dipantau jugak...

"mak nak pergi mana?"
"ada kelas tambahan"
"abis tu kitaorang ni...?????"

"emmmm.........."

apa yg aku nak katakan..?
ada tugas yang perlu aku dahulukan... sehinggakan anak-anakku sendiri terpaksa belajar sendiri...

hanya doa yg dapat kupanjatkan semoga semuanya.. anakku dan anak didikku berjaya dalam pelajaran dan hidup...

Monday, October 26, 2009

Mari semak keputusan PTK Ogos 2009


Salam untuk semua...
tenang-tenangkan fikiran... baca salawat...
klik je kat gambar atas
dan masukkan no.kp anda
dan lihat hasil penat lelah anda...

selamat....

Saturday, October 24, 2009

nampaknya kami bertiga ajalahhh....... cikgu



spm menanti tak sampai lagi sebulan....
macam-macam program yg cikgu rancangkan utk pelajar tercinta..
yang pandai dan ada potensi... program elit diadakan...
yang lemah dan potensi lulus juga bermasalah... program halus digarap...

namun.... apa dah jadi jika cikgu aja yg beria-ia nak menolong dan membantu ...
sedangkan pelajar-pelajar?

itu yg terjadi masa aku buat kelas khusus utk pelajar bermasalah... kritikal tahap icu...
tak ramai... cuma 10 orang aja.. tapi yg sudi hadir cuma 3 orang ni saja...



siapa yg perlu disalahkan?

Wednesday, October 21, 2009

lamanya tak update

sejak dah pandai berfb ni, masa banyak diluangkan di situ...

maka blog ni dah semakin muram dan suram...

blog kawan-kawan yg lainpun dah jarang-jarang dilawat...

namun tempat jatuh lagi dikenang..

terpaksa bahagikan masa juga...

macam bermadu pulak rasanya...



seronok berfb, mencari teman-teman lama...

kalau dulu gigih berblog... kawan-kawan seblog juga terkena tempias fb..

antara gambar profil fb...

boleh tanya pada tukang cerita atau pada ctm malah pada boss sendiri... tanya pada budak kentang atau tirana mutiara.. atau pd yanmie... (sekadar menulis beberapa nama)
mana lebih mengasyikkan... blog atau fb?

terpulang ....
namun..
jangan keduanya menjadikan kita lalai dan cuai dari tanggungjawab...
keduanya ada kebaikan...

namun fb menjadi jambatan menghubungkan kembali kawan sekolah dolu-dolu yg menggamit nostalgia... ada yg dah bermenantu...
juga bekas anak didik yg telah berjaya dalam karier
ada gembira... ada juga kesedihan .....
bila mendapat tahu ada yg telah pergi menghadap Ilahi....

Kepada kawan-kawan yg masih setia berblog, teruskan... jangan merajuk, jangan stop kerana apa jua medium maya yang ada... ada keistimewaannya tersendiri...

p/s: terima kasih dj epoi sudi menjumput k rumah terbuka idulfitri... maaf banyak tak dpt dtg....

Wednesday, October 14, 2009

Mengapa ada benci?




Hidup di dunia ini hanya sementara....
Sepatutnya kita lakukan perkara yang mendatangkan kebaikan pada diri kita....

Namun kenapa mesti manusia menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka.?
Tuhan itu maha adil.
Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.

Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya
mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya
atau malahan ketua jabatannya.





Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar
kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang lain
mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus
dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang
(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang,
senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea,
pandangan, sokongan moral dan
doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.
Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain.
Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang-menyayangi antara
satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa.
Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan
orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa
dan insyaAllah orang lain akan tertarik
kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci
terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati.
Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan
apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian
Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat
kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan
hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu
yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain
dan sembunyikan
kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah
dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita,
kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.
Orang yang mengasihi dirinya tidak akan
melakukan sebarang kegiatan
yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya.
Setiap tindak-tanduknya akan
dilakukan secara berhikmah
dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.


Monday, October 12, 2009

happy 1st birthday ::SmiLe MyFta::



Sengaja entri dibuat khusus buat adik nan sorang ni... Hysman.... selamat ulangtahun pertama buat blog kebanggaannya ::SmiLe MyFta::

Suka menjengah ke blognya yang banyak info menyedarkan diri ini.. menambahkan ilmu yang cetek.. walaupun terkadang seperti terkena batang hidung sendiri.. namun ia mengajarku supaya "sedar diri".. walaupun aku lebih berusia darinya...

Semoga hari-hari mendatang blog ini lebih mantap lagi penampilannya...

Terima kasih Man, akak dah cilok special smiley award tu... Anugerah yang sangat special ni dah ditempek di blog ni....

Tapi.. macam biasa lah kan.. akak ni tak ada apa nak balas.... semoga sukses selalu

Thursday, October 8, 2009

Tag dari adik lillies

Kali ni aku nak langsaikan hutang aku pada adik lillies
Tag ni dah berzaman dah hampir 2 bulan terperap... boleh buat tempe...

1. nama timangan anda di rumah...


lin


2. anda seorang yang...

selamba.. tapi ada yg kata serious



3. lagu favourite


lagu malarhijau


4. makanan kegemaran

semua gemar
kecuali
sayur lodeh


5. soalan telah daku abaikan....
aku x dapat nak jawab sebab adik lillies
pun x jawab...hehehe...

6. warna kesukaan

tengok pada warna baju yang selalu aku pakai..

...hijau .....merah ...ungu ...biru
.


7. benda yg mesti ada dalam beg

lipstick, compact powder, cermin,
calculator, pen,
beg duit (yg kadang-kadang tinggal kad je)




8. kali terakhir anda menangis


semalam... (baca kisah mak mazlinawati meninggal)
ingat pulak kat arwah abah...


9. sikap yg buat anda stress


bila kerja datang bertimpa-timpa


10. tag 6 rakan anda

tak ndak la...



woookay... hutang dah bayar


Monday, October 5, 2009

Cadar ...


Aduhai..... tersangatlah cantiknya cadar ni di mataku..
terus saja aku sms si penjual online..
buat bayaranpun online..
dua hari dah sampai..


malam ni tidur atas cadar cantik..
ahhh.. romantik..
tak perlu tunggu malam jumaat..
hehehe...


Thursday, October 1, 2009

Rempah bubur pedas


Terima kasih yg tak terhingga kepada along @ terompah-biru.blogspot.com.
Sorry ye dik.. baru sempat post n3nya..


Rempah bubur pedas... tqvm..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...